Wednesday, July 31, 2013

Surah Al-Mujadilah

Assalamualaikum :)

22 Ramadhan hari ini
cepatnya masa berlalu

just nak kongsi, pagi tadi selepas sahur..terbukak facebook lepas tu rajin pulak gi tengok video "khutbah yang boleh menggoncangkan dunia"
video tu dah diedit dengan menambah visual2 apa yang sheikh tu cakap

jadi banyaklah gambar2 yang menyedihkan dan video2 yang berlaku di sana...di syria.  Allah sedihnya...
tak tahu nak cakap macam mana...kenapa manusia semakin kejam??

lepas subuh, terbaca tafsir surah al-mujadilah
ya Allah...sungguh Allah itu maha bijaksana..maha mengetahui..

ringkasan mengenai surah al-mujadilah...
sesiapa yang ingkar pada Allah, dia akan dapat azab Allah suatu hari nanti...dapat neraka
nanti hari akhirat mereka akan berkata yang mereka tidak munafik padahal Allah Maha mengetahui...

ayat 21: Allah telah menetapkan, "Aku dan rasul-rasulKu pasti menang." Sungguh Allah Mahakuat, Mahaperkasa

percaya yang Allah bersama mereka...hasbunallah wa nikmal wakil
mungkin Allah tak tunjuk sekarang. Allah tangguhkan kemenangan kita. suatu hari nanti Allah akan balas semua yang baik buruk kamu2 semua

doa senjata umat Islam. doalah untuk kita dan mereka. moga Islam akan menang suatu hari nanti. moga Allah bantu pejuang2 Islam disana dengan menghantar bantuan2 seperti yang terjadi zaman2 dahulu

Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

betul jugak cakap ustaz syaari...dia cakap, setiap hari buka la al-quran dan amik je mana2 helaian dan tunjuk je mana2 ayat secara  rambang...dan baca tafsirnya...mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk..:)

wallahualam...

Allah bantulah kami umat Islam

Umrah 5/7/2013 - 17/7/2013

Assalamualaikum wbt :)



terlebih dahulu, alhamdulillah Allah bagi kesempatan hidup dan merasa kerjakan umrah di usia muda
alhamdulillah...terima kasih abah ma yang fully support anak perempuan dia ni haaa (nasib baik ada sorang jer anak perempuan macam ni.hehe)

insyaAllah nak kongsikan pengalaman disana, bukan niat nak menunjuk-nunjuk, cuma nak kongsikan. insyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh la kamu2 merasa berada disana :)

tahun lepas abah ma dah buat umrah bulan 3...masa tu saya masih belajar di upm. jadi abah janji nak bawak saya ke sana jugak...masa abah sampai sana, abah call dan menangis...abah kata teringat kat saya. teringat janji dia nak bawak saya ke sana. dah la masa abah call, tengah study nak test 1. ada beberapa jam je lagi nak test masa tu.haiyaa. sabor jer la. jadi anak dia ni pun ikut la menangis sama. haha

so, abah plan la untuk pergi tahun ni. lepas saya tamatkan pelajaran saya. alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami

jadi perjalanan kami bermula 5/7/2013....jadual asal travel agensi cakap pergi pagi 5/7, so abah pun beli lah tiket dari KB ke KL hari sebelum tu (4/7) malam...tapi lepas tu cakap tukar plan pulak...still flight 5/7 tapi malam dan ke Jeddah bukan ke Madinah terus. so kat situ dah rugi dah sehari. tapi Alhamdulillah...last minit punya dia tukar...hari 4/7 pagi tu dia call cakap kembali pada plan asal. jadi malam 4/7 tu jugak kena turun ke KL. nasib baik semua barang dah siap packing..fuhhh. jadi tido la kat KLIA tu sampai ke pagi esok dan berlepas ke Madinah terus :)

here you go..abah, me and ma :)


sewaktu tiba dia Madinah, kapten kapal terbang umumkan yang kawasan disitu sedikit berangin...nampak jer padang pasir sana, ya Allah...keluar jugak air mata. terharuuuu...tak sangka dah sampai bumi Madinah. bumi Rasulullah. Allahhumasollialasaidinamuhammad...
turun jer kapal terbang tu.....berangin...tapi....Allah...Allah...wap panas dia. hanya Allah jer yang tahu. panasnya. dalam kepala ni pikir dah, macam mana nak duduk sini kalau macam ni. tp mulut diamkan jer, sebab orang cakap mulut kena jaga kat sana...terus tak nak pikir dah macam2...abah sampai beristighfar sebab panas sangat T_T

naik bas menuju ke hotel. alhamdulillah hotel cantik :) bagi saya hotel dekat je dengan masjid tapi ma cakap jauh..huhu..entah, mungkin sebelum ni ma abah duduk lagi dekat kot sebab tu diorang rasa jauh...sampai2 dah asar...naik bilik, amik wuduk dan pergi masjid...Allah...masuk jer perkarangan masjid..."CANTIKNYA"....tak boleh nak cerita excitednya...masa tu lah jumpa kawan kat sana, sama travel agensi..sebab saya tak boleh masuk masjid, dia pun xboleh, jadi duduk sekali laaa...

nama hotel tempat kami menginap


sepanjang duduk masjid, dah rasa macam kaunter pertanyaan dah...mana la saya paham bahasa arab..lepas tu baru tahu diorang ni tanya kat mana nak amik wuduk..haha...kalau setiap kali orang tanya, tunjuk je ke kawasan amik wuduk tu...ada sekali tu orang tu tak habis tanya lagi terus tunjuk ke sana..dia pun ulang "raudhoh..raudhoh"...terus tukar arah ke sebelah lain...:p

ada satu malam tu, rasanya malam hari kedua disana kot, sewaktu menunggu orang habis isyak, masa antara magrib dan isyak, tiba2 datanglah seorang pakcik ni...al maklumlah, saya ni mana ada pengalaman...ingatkan dia nak tanya arah ke hapee...

"assalamualaikum sister...do u understand english"
saya pun anguk2 je lah
"i am from pakistan...i dont have any money..bla bla bla" dia cerita pasal mak dia ke hape, macam2 sebab xdengar dah lepas tu. lepas dia dah habis cakap, saya jawab "i dont have any money" sambil geleng2 kepala...sebab memang duit tak de pun dalam beg. kawan kat sebelah ni tanya "nak bagi ke"...lepas tu kitorg buat tak tahu je..dia pun pergi ke orang arab pulak...baru teringat abah pernah cerita...balik hotel cerita kat abah ma pasal tu. keesokkan dan hari2 seterusnya abah pulak yang kena. tiap2 hari pulak tu datang kat abah...hoho

saya suka memerhati....so, memang kerja tengok orang jer la kan...macam2 jumpa yang tiada di Malaysia.


pemandangan sewaktu nak masuk magrib. cantik kan langit dan masjid ni


hari kedua, kami dibawa melawat ke raudhoh. as usual, saya berdoa dari luar jer :)
then ke perkuburan baqi...mengikut ustazah, para syuhada ada disana dan orang yang meninggal di Madinah juga dikuburkan disana. perempuan tidak dibenarkan masuk ke sana, berdoa dari luar jaa

gambar pintu masjid nabawi.cantik ^_^


lepas tu balik bilik...beli aiskrim mangga dan coklat. masyaAllah sedapnyaaaa....sehingga menjilat jari. 5riyal satu.
lepas zohor jalan2 dengan abah ma ke mall berdekatan. banyak rupanya kedai kat situ. huhu. sebab dahaga beli la air kat sana..ingat air blend macam kat malaysia...rupanya blend buah jer. manisss...tak boleh nak minum air tu. bawak balik hotel campur dengan air...duduk sini lama2 boleh kena kencing manis! oh, got new jubah umbrella cut dan one for my mom. ihik! saya suka shopping!

air buah yang manis yang teramat


haaa...satu benda yang paling tak suka shopping kat sini. mat arab ni tak boleh tanya, kalau tanya dia terus pegang..erk pegang orang lelaki laa..tambah2 yang jenis orang putih tuu.penat tengok diorang ni.macam paksa orang beli pulak. banyak2 kedai rasa nak masuk semua tapi takut...sampai cakap kat abah "abah tak payah masuk laa.." tengok jer dari jauh.haha

hari ketiga kami dibawa ke Masjid Quba. masjid yang pertama dibina oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....ada hadis mengatakan sesiapa yang datang di masjid quba dan solat 2 rakaat tahiyatul masjid, pahalanya sama seperti mengerjakan satu umrah...wuu..untung orang yang p solat sana kan :) saya? duduk luar la..doa dari luar

Masjid Quba


next ke bukit uhud...masa duduk atas bas, ketua rombongan tak habis cakap ni Jabal Rahmah...sabor jer lah...padahal ustaz kat depan dah cerita macam2 pasal bukit uhud ni...tak ada apa, just bukit dan ada perkuburan para syuhada

Bukit Uhud


suka dengar ustaz tu cakap "kamu jangan ingat mereka ni mati kerana masih hidup disisi Allah...tengok macam mana Nabi ajar nak buat kubur...tiada satu pun bangunan di atasnya. nanti pesan kat anak2, jangan buat apa2 atas kubur kita"....memang pun, kalau tiada pagar disitu, memang tak tahu pun tu kubur

next ke ladang kurma. kurma mahal disini jadi beli coklat 50 riyal 1 kg jer lah :)

next ke masjid qiblatain...masjid 2 kiblat. sebab apa 2 kiblat? sebab daripada sini lah kita dapat kiblat ke Kaabah. mula2 kiblat kita ke baitulmaqdis.lepas tu turun ayat dari Allah kepada Nabi, dan Nabi pun solat menghala ke Kaabah

Majid Qiblatain. Masjid 2 kiblat sebab tu ada 2 menara


malam tu, kawan saya ni bawak p jalan2 sekitar situ sampai sakit kakiku. kalau jalan dengan abah ma, xleh jalan jauh sebab mereka tak larat sangat. so malam tu kawan bawak masuk mall. tunjuk kedai2 yang jubah murah2. dah macam kawan dia dah tokey2 kedai sana.haha.peramah budak ni..



hari ke empat bertolak ke Mekah! continue next post jika kerajinan melanda ^_^


Tuesday, July 2, 2013

Lunaa Halfmoon

Assalamualaikum wbt :) 

 Kali ini kami tampilkan Shawl Lunaa Halfmoon yang terbaru dengan 10 warna menarik. Menggunakan material high quality chiffon yang tidak jarang. jadi kalau dah lilit2 tu tak payah pakai inner pun xpe. Boleh digayakan dengan pelagai gaya 

 Price : RM45 include postage 

 Material : High Quality chiffon (tak jarang) 

 Ukuran : 2.0meter X 1.0 meter 

 No booking. Happy shopping :)

 emel nurulhanini91@gmail.com jika berminat

3 SEBAB HALF MOON INI PATUT MENJADI PILIHAN ANDA:
 Senang dibentuk!  Tahan kedut!  Design eksklusif!

Memperkenalkan design eksklusif halfmoon terbaru dari Fluffy Stuff. Direka khas untuk muslimah yang suka bergaya di samping menutup aurat dengan piawaian patuh syariah!

Jenis kain ini sangat mudah dibentuk mengikut kesesuaian anda. Kain ini tebal dan tidak jarang...

Paling best, halfmoon ini TIDAK MUDAH berkedut. Tak perlu nak seterika pun tak apa.


R̶M̶55̶ RM45 SAHAJA dan PERCUMA KOS PENGHANTARAN!

AMARAN : STOK tinggal 10 helai SAHAJA! 




 







Friday, June 14, 2013


Mr Bie - Separuh Aku "Noah Band" | Dedikasi SYRIA & GAZA




Monday, June 10, 2013

Baru habis baca buku Travelog Haji

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.
Akhirnya dapat jugak habiskan bacaan buku travelog haji mengubah sempadan iman ditulis oleh professor Muhd Kamil Ibrahim



Dan terima kasih untuk sahabat saya kerana bagi pinjam buku travelog haji ni sebagai persediaan untuk kesana katanya
Walaupun lambat habiskan bacaan ni tapi hari ini 1 Syaaban 1434h berjaya jugak habiskannya.

Ya Allah sebulan jer lagi nak puasa. Cepatnya masa berlalu. Moga aku sampai kepada Ramadhan nanti.
Dan ini bermaksud tak sampai sebulan jer lagi nak kesana :)
Dalam dok baca buku ni, macam2 pikir. Perasaan sangat gembira tu ada sebab ini adalah peluang yang Abah janjikan untuk bawak anak bongsunya kesana.
Sama2 tunaikan umrah. Baru tahu kenapa abah nangis masa call dari Mekah tahun lepas. Sebab Abah pikir janji dia nak bawak saya ke sana. Dan mungkin rindukan saya. Hee terharu :)

dannn perasaan takut tu tetap ada.

"Secara ringkas saya ketakutan kerana menganggap saya adalah manusia yang jahil. Manusia fakir, tidak berilmu dan sangat sangat tidak warak...." ok ini ayat buku..

Dan yang paling takut memikirkan yang Allah akan memberi pembalasanNya ketika saya berada di tanah suci nanti..
Ya Allah.. Tiap2 hari berdoa moga Allah ampunkan dosa2 yang banyak ni dan dosa2 kedua ibu bapa. Dan sentiasa sihatkan tubuh badan aku, ma dan abah aku untuk kami sama2 menunaikan umrah nanti dan Ya Allah sampaikanlah aku dan kedua ibu bapaku menjadi tetamu Mu Ya Allah. Sampaikanlah sampaikanlah sampaikanlah Ya Allah

Serius macam tak percaya tak sampai sebulan jer lagi ^_^

 takut....

Dalam dok baca buku ni, terpkir jugak nak buat haji dalam usia muda. Mungkin lebih senang untuk bergerak sebab dengar cerita macam2. Dah tua nanti takut tak larat.

Kalau abah ma diberikan nikmat kesihatan sampai 2019 nanti, insyaAllah sama2 teman aku buat haji pulak?

InsyaAllah. Kita hanya merancang tapi segala2nya Allah yang tentukan. Oh abah dah daftar lama dah nama saya di tabung haji dan mengikut giliran, nama naik 2019 katanya. Maknanya umur masa tu 28 tahun. Kalau dipanjangkan umur lah :)

ok bai. nak final exam dah rabu ni T_T