Thursday, September 20, 2012

Wanita yang haid, boleh ke masuk masjid?


 kredit to ustazah Fatimah Syarha :)


Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.

Perlu diperjelaskan juga... Ia bukan isu khilaf bagi orang yang belajar atau mengajar fiqah berpandukan pendapat-pendapat lama semata-mata. Iaitu berpandukan pendapat imam yang empat sahaja. Ia suatu isu khilaf bagi orang yang belajar dan mengajar fiqah dengan cara menghargai pendapat lama dan meraikan pendapat baru/kontemporari.

Dengan cara kedua inilah, saya belajar dan diajar tentang fiqah. Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini, beliau menjawab wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha'.

Namun beliau berkata lagi, "Ternyata saya telah membuat mereka berada dalam kesempitan dalam masalah yang sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan."

Beliau mengkaji nash-nash sahih, kuat dan jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yang tidak menghalalkan wanita haid dan junub masuk masjid itu penuh dengan sanad-sanad lemah dan tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum. Kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yang mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.

Saya dan jutaan muslimah serata dunia berbahagia memilih kemudahan ini. Jika ada di kalangan kalian yang tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama-sama berlapang dada. Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dengan hina-menghina

Tuesday, September 18, 2012

Wajib Ke Pakai Tudung Labuh?


Wajib Pakai Tudung Labuh?




Soalan:

Salam,saya ingin bertanya, adakah seseorang perempuan itu diwajibkan untuk memakai tudung labuh sehingga menutupi dada?Saya harap dapat dijelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.terima kasih.

Jawapan:

Soalan saudari ini mungkin berpunca daripada firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 (وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ ) yang terjemahannya (dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;)

Menurut at Tafsir at-Tobariy, ayat ini bermaksud: wanita hendaklah melabuhkan tudungnya ke hadapan supaya menutupi rambut, leher dan subang mereka.

Dalam tafsir al-Qurtubiy menyebut bahawa sebab turun ayat ini ialah wanita-wanita pada masa itu, meletakkan tudung di atas kepala dengan mengikatnya ke belakang. Dengan cara itu telinga, leher dan dada tetap terdedah. Maka Allah perintahkan supaya tudung di bawa ke depan agar tertutup bahagian-bahagian tersebut. Ini menunjukkan dada, leher dan telinga adalah aurat yang wajib ditutup. Cara menutupnya ialah dengan tudung kerana kebiasaannya baju yang dipakai oleh kaum wanita tidak menutupi bahagian tersebut. Kadang-kadang baju yang dipakai itu ketat. Walaupun menutupi sehingga ke leher, tapi masih menonjolkan bentuk buah dada. Sebab itu lebih sempurna kalau tudung itu dilabuhkan. Kalau baju itu longgar dan tidak kelihatan seperti membungkus anggotanya, maka tidak mengapa kalau tidak dilabuhkan tudung.

Apa yang penting, semua bahagian yang wajib ditutup itu tertutup. AllahuA’lam.

credit to facebook :) (lupa nama sape)