Thursday, February 16, 2012

syarat-syarat TUDUNG by ustaz don

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

assalamualaikum wbt~









kata ustaz don:
zaman sekarang ni dah ramai pakai tudung, saya suka sangat. orang yang tak pakai tudung dah macam pelik dah orang tengok ^_^

syarat-syarat pakai tudung: kena ada juntai ni yakni pakai tudung yang menutup dada

khumur yakni:
1. terselindung
2. longgar
3. tersembunyi


hari kahwin, pengantin pakai tudung masuk dalam baju, tak tutup dada hari perkahwinan, TUHAN LAKNAT, MACAM MANA NAK DAPAT ZURIAT YANG BAGUSS??

Allah laknat. saya ulangi. Allah laknat. nauzubillah

moga di jauhi perkara2 begini.selamat mendengar :)



like video sebelum cakap, nak berfasion or bergaya boleh but put Islam first.

Sunday, February 12, 2012

resepi sheperd pie

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

assalamualaikum wbt~





bahan-bahan:

BAHAN A (untuk inti)
500g daging kisar
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 cawan kacang panggang
8 biji cendawan butang (dibelah 4)
5 biji tomato
1 batang lobak merah
1 pokok daun parsli (cincang)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok ayam/daging
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

BAHAN B (untuk pai)
1kg kentang (potong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
air bagi rebus kentang secukupnya

CARA-CARA:

CARA BUAT INTI

  1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2. masukkan daging/ayam kisar dan cendawan butang. kacau rata sehingga daging/ayam masak.
  3. masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung/
  4. apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
  5. angkat dan masukkan ke dalam mangkuk


CARA BUAT PAI

  1. kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. (bagi sampai empuk la)
  2. lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.



kemudian masukkan inti ke dalam bekas aluminium (atau bekas lain pun xpe).
tutupkan dengan pai (kentang yang dilecek tadi)
taburkan cheese pada lapisan atas sekali.
bakar di dalam oven sekejap jer untuk cairkan cheese jer (sampai kuning emas).
siap dan hidang!


selamat mencuba!! ^^