Sunday, March 10, 2013

when weekend come


haha.sabor jerlah

Sekolah Agama VS Sekolah Biasa

 Assalamualaikum wbt :)


it happen to me. always. erkk
my background, xder sekolah agama, setakat kelas fardhu ain ada la

kalau jumpa orang, orang akan tanya "dulu sekolah agama mana?"
"amik kos agama?"
"family awak misti alim kan"

yang paling best masa cuti hari tu, tunggu makcik tu jahit tepi kain, makcik tu tanya..
Makcik (MC) : cuti ke sekarang?
Cik Wan (CW) : a'ah cuti, tapi minggu depan dah nak balik U
MC : ooo. musim cuti kan sekarang. belajar mane? mesir ke?
CW : *sengih2* tak lah makcik, belajar kat UPM serdang. kat KL
MC : ooo. kos apa?
CW : amik kos sains
MC : doktor ke?
*GULP*

haha. tinggi benor expectation makcik tu ^-^

S(M)K Agama vs S(M)K

post kali ini bukan untuk membeza-bezakan siapa2, just take it as pengajaran oke?
biasalah, dimana pun asal kita, ada ilmu tapi tanpa amal, tak guna jugak kan?

tugas sahabat2 adalah untuk menegur kesilapan, so biasakan diri untuk menerima teguran tanpa rasa terbeban. sebab kita manusia, always change. berubah ikut masa, mungkin? nauzubillah, moga Allah kuatkan aku dari berpaling dariMU.

dimana pun asal kita, jangan sombong, bongkak. jangan hina orang lain semata-mata kita rasa kita banyak ilmu, banyak amal?
bila besar kesombongan diri dalam diri setiap insan, maka sedikitlah kesyukuran kepada Allah. sedihkan bila Allah jauh dengan kita?

jadi, sifat low profile tu penting. bukan rendah diri yang negatif tapi positif :)
siapa kata yang sekolah agama tu tinggi ilmunya? sekolah biasa tu rendah ilmunya?
apa guna kalau ilmu menggunung dalam diri pun, kalau tak mengamalkannya, its nothing. but don't judge people, Allah sebaik-baik dan berhak menghakimi hambaNya. Allah yang tahu nilai seseorang disisiNya.

dan ayat bawah ini saya copy dari satu blog. maaf saya lupa blog siapa. but credit to her :)
not mine yer.

janganlah hanya kerana dirimu sekolah beragama, engkau sesuka hati mengubah hukum agama..Allah dah tetapkan halal haram hukumNya..
jangan mengubahnya secara suka hati sahaja..sekolah agama tak bermakna cakapmu betul belaka..fikir dahulu sebelum berbicara..ku bimbang kelak dirimu yang menanggung dosa, neraka.

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta'ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar” [QS. Al-Ahzab(33) : 70-71]

bukan niat menghina sekolah agama..bukan juga niat menaikkan sekolah biasa..cuma ingin menyedarkan mereka yang terlupa..bahawa nama sekolah tidaklah membawa apa-apa makna..kerana nilai sebenar terletak pada harga sekeping jiwa..mahalkah haraganya, terletak pada mengabadikan ilmu dalam dada..dan mempraktikkannya di luar sana..
"wahai anakku, ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu adalah perbuatan yang gila, dan amal yg tidak disertakan dengan ilmu adalah sia sia. Ketahuilah ilmu tanpa disertai amal itu tidak akan dapat membantu menjauhkan dirimu dari maksiat dan tidak akan dapat memelihara dirimu dari api neraka" - Imam Al-Ghazali

aku hanya seorang pelajar sekolah biasa..yang sangat mengagumi sahabat dari sekolah agama..tapi sayang semuanya indah khabar dari rupa..mereka itulah yang memburukkan segalanya..couple sebelum kahwin haram hukumnya..tapi engkau yang tahulah yang melakukannya..hanya kerana ilmumu tinggi dalam dada, engkau menghalalkan perbuatan sesuka hati sahaja.. ku akui sekolah biasa juga ada terlibat dalam perlakuan yang tidak mulia..tapi ingatlah sahabat, masyarakat memandangmu kerana pelajaranmu yang beragama..engkau berasal dari sekolah mulia..engkau pendukung maruah agama..dibahumu itu tergalas tugas pejuang agama..yang menentukan hala tuju Islam yang mulia..kerana masyarakat tak menyalahkan manusia, tapi menunding jari pada agama.. sampai di sini sahaja coretan kata..mohon maaf andai terkasar bahasa..sekolah agama, sekolah biasa tiada bezanya..kerana yang paling penting, nilai sekeping jiwa..jiwa yang memegang kepada Islam yang mulia..mulia Islam dari sudut sebenar-benarnya..jagalah maruahmu wahai pejuang semua..sesungguhnya nama Islam tergalas di bahu kita..sedikit silap dari diri ini, pincanglah Islam di mata dunia..kelak membawa buruknya Islam di mata semua..ayuhlah kita semua muhasabah jiwa..moga Islam sebenar kekal hingga ke akhirnya............................................

wallahualam. moga Allah redha :)