Wednesday, May 11, 2011

RABIATUL ADAWIYAH

assalamualaikum wbt~


buku srikandi ni dah lama dah cari sebenarnya..tapi baru jumpa kat pesta buku antarabangsa hari tu..yeay~
syukur alhmdulillah...
sebab apa nak baca sangat buku ni? sebab dia srikandi yang hanya mencintai Allah..dia hanya kenal Allah..
Allahurabbi...diri ni jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan srikandi2 dahulu..mungkin dirini hanya sekecil kuman ataupun habuk! T_T

dia idola saya! PERINDU CINTA ABADI :) 

tapi mampukah aku sekuatnya? TAK! aku seorang yang lemah~!

CINTA RABIATUL 'ADAWIYAH

Tanpa aku sedari, ada air mata bergelinangan di mata..menginsafi kisah keagungan seorang serikandi yang mengabdikan seluruh hati, seluruh diri, seluruh cinta, seluruh hidupnya kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah swt...

Cintanya yang amat kukuh kepada Allah membuatkannya tidak menghirau sesiapa..Rabiatul Adawiyah, serikandi yang tercipta.

Di dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang tiada bandingan kepada Allah swt sehingga menolak untuk berkahwin. Hidupnya berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang kekal..aku mengambil iktibar daripada kisahnya, agar menjadi pedoman hidup.

Nama ini sinonim dalam sejarah dunia .

>>> Rabi'ah binti Ismailal-Adawiyah terkenal dalam sejarah Islam.

>>> Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrahdi Iraq.

>>> Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.

>>> Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.

Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telahmempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya dihadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari (Masya Allah)

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

•Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernahghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah.
Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.

Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya ..

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yangmencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takutkepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan MahaMulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal duniapada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.

Moga-moga Allah meredainya dan membimbing kita untuk mencari cinta ILAHI, amin!