Friday, September 6, 2013

Perempuan dan Lelaki Berbeza

Assalamualaikum wbt :)

hai hai hai. just nak share satu benda

memang perempuan dan lelaki itu berbeza. Allah ciptakan makhluknya ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. lelaki tak boleh nak harap/anggap perempuan sama dengan lelaki. perempuan jugak sama tak boleh nak harapkan lelaki sama dengan perempuan

tak boleh. tak boleh

so, give and take

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin? 

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

Suami Itu Lelaki

• Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
• Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

Isteri Itu Perempuan

• Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Kenapa penting suami berbual-bual dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

Kesimpulannya:

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.





HAHA. apasal pasal kawen jer nih. aku nak cari pasal perbezaan lelaki dan perempuan. ahh biaq pi lah. ni copy daripada FB okeyy. bukan aku yang nak kawen lol!


mungkin abah aku jer HAHA

Thursday, September 5, 2013

Muslimah, Proud of what you wear!

Assalamualaikum wbt :)


 

haaa. see muslimah, even non muslim pun support hijabi. they say hijabi are beautiful
so, why we are not proud for wearing it?

kann...
pakai hijab or niqab or burqa
apa2 yang menjaga aurat kita sebagai muslimah Islam itu terbaik
semua orang dilahirkan sukakan kecantikkan
orang yang paling cantik adalah orang yang menjaga auratnya
^_^

of course dalam video ini ada yang negatif bilamana ada orang yang kurang setuju dengan orang pakai hijab ini tapi percayalah, itu hanya 1% daripada banyak2 orang. maknanya hanya golongan kecil yang mempunyai pandangan sebegitu. masih ramai yang menyokong dan tak kisah dan tidak memandang rendah pun kepada orang yang memakai hijab ini

bangga la

we are not terrorist ok

alhamdulillah

tapi negara kita,

So today i went for temporary job hunting at KLCC since KPLI won't be anytime soon. most of the stores gave me a shocking same answer.

NIKE : "Kita mmg nak pakai orang, tapi xnak yang pakai tudung"

Topshop : "Sorry, pakai tudung xboleh kerja sini"

Esprit : "emmm.." *laughs with the co-workers* "we don't hire hijab people"

Isetan : "Selalunya kita tak ambil orang pakai tudung kerja dengan kita"

and some other stores that gave the same answer.

I've lived in the UK for 4 years, i've travelled places in the Europe and North Atlantic, but never have i felt disgraced by wearing a hijab. And today in my own country i was disgraced for covering my hair. Merdeka? Really? This is clearly NOT an Islamic country. Even the UK is not like this. I am disappointed.

copy from FB, kenyataan daripada seseorang 

so muslimah, masih bangga lagi pakai barang jenama ni? hmm
sedeyyyy



yeah! very very very agree with this word
^_^

so, here i will give you the meaning of hijab,
Hijab, is a veil that covers the head and chest, which is particularly worn by a Muslim female beyond the age of puberty in the presence of adult males. It can further refer to any head, face or body covering worn by Muslim women that conforms to a certain standard of modesty. It not only refers to the physical body covering, but also embodies a metaphysical dimension, where al-hijab refers to "the veil which separates man or the world from God”. Hijab can also be used to refer to the seclusion of women from men in the public sphere. Most often, it is worn by Muslim women as a symbol of modesty, privacy and morality.
via wiki by google


budak kecik ini tersangat lah comel
suka tengok budak2 dah start pakai tudung
gerammmm

nanti kalau ada rezeki sempat merasa anak sendiri, nak pakaikan tudung dari kecik lagi. hehe
tu pun kalau masih hidup dan sempat :)

ok bai. 
insyaAllah
kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancangan adalah daripada Allah

Allahuakhbar
^_^

Wednesday, September 4, 2013

First Time Interview

Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah hari ini 4/9/2013 berjaya di interview oleh satu syarikat buat ubat ubatan

pengalamannya?

FAILED!!!

HAHAHA
serius rasa macam tergelak bila ingat balik

hari isnin hari itu, dapat call daripada syarikat ini untuk datang interview. masa tu dalam perjalanan ke cameron highland. plan nak tidur di sana, tapi disebabkan nak buat 'persediaan' dan takut tak sempat terpaksa la singgah kejap jer di cameron highland. huuu~~

semalam bukan main lagi search pasal syarikat ini. siap hafal bagai dah jawapan2 dia.

so, hari ini interview start pukul 2 petang. ingatkan sikit orang rupanya 7 orang jugak yang di interview di depan 4 orang yang meng-interview. dan aku perserta no 5.

start peserta no 4, hati dan jantung dah start berdegup kencang dah

masuk2, semua muka garang jer. ayokkk

aku macam biasa la. macam mayat hidup dah. habis semua aku lupa. dia tak tanya pun pasal syarikat tu. soalan spontan jer pasal apa yang kita belajar semua

masuk2 dia suruh introduce yourself. haaa. mula2 aku speaking, last2 aku cakap melayu. bukan bahasa baku. bahasa kelate okee!! haha

tapi memang banyak jugak aku tak boleh jawab padahal simple question jer

aku boleh siap gelak2 lagi dalam bilik tu. adoi. sungguh itu failed! haha

lagi satu, aku bukan ingat pun semua yang aku belajar sebelum ini. maaf la yer

last sekali, memandangkan ini syarikat islamik sikit, dia tanya rukun islam, rukun iman dan rukun solat ada berapa dan sebutkan rukun iman.

yang ni boleh jawab

kedua, "kitab kita ada berapa? yang kita perlu percaya?"

aku "ermm satu.."

"satu??"

"eh empat...ehhhhh"

penemuduga lain "aiii. latoh budok ni..haha"

aku gelak, pastu semua yang lain gelak jugak

serius failed wan nurul hanini! failed!

oh btw, aku memang tahu jawatan ini bukan untuk degree. sebab tu 2 kali dia sebut jawatan ni bukan untuk degree dan gaji pun rendah. aku jawab la "saya tak kisah".

miahahaha

ok. nampaknya awak kena improve lagi wan nurul hanini.
tak expect pun dapat keje ni :)

kalau ada rezeki, kita try la
insyaAllah

^_^

p/s: jangan la jadi macam aku. memang nampak tak konfidennya :p