Wednesday, September 4, 2013

First Time Interview

Assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah hari ini 4/9/2013 berjaya di interview oleh satu syarikat buat ubat ubatan

pengalamannya?

FAILED!!!

HAHAHA
serius rasa macam tergelak bila ingat balik

hari isnin hari itu, dapat call daripada syarikat ini untuk datang interview. masa tu dalam perjalanan ke cameron highland. plan nak tidur di sana, tapi disebabkan nak buat 'persediaan' dan takut tak sempat terpaksa la singgah kejap jer di cameron highland. huuu~~

semalam bukan main lagi search pasal syarikat ini. siap hafal bagai dah jawapan2 dia.

so, hari ini interview start pukul 2 petang. ingatkan sikit orang rupanya 7 orang jugak yang di interview di depan 4 orang yang meng-interview. dan aku perserta no 5.

start peserta no 4, hati dan jantung dah start berdegup kencang dah

masuk2, semua muka garang jer. ayokkk

aku macam biasa la. macam mayat hidup dah. habis semua aku lupa. dia tak tanya pun pasal syarikat tu. soalan spontan jer pasal apa yang kita belajar semua

masuk2 dia suruh introduce yourself. haaa. mula2 aku speaking, last2 aku cakap melayu. bukan bahasa baku. bahasa kelate okee!! haha

tapi memang banyak jugak aku tak boleh jawab padahal simple question jer

aku boleh siap gelak2 lagi dalam bilik tu. adoi. sungguh itu failed! haha

lagi satu, aku bukan ingat pun semua yang aku belajar sebelum ini. maaf la yer

last sekali, memandangkan ini syarikat islamik sikit, dia tanya rukun islam, rukun iman dan rukun solat ada berapa dan sebutkan rukun iman.

yang ni boleh jawab

kedua, "kitab kita ada berapa? yang kita perlu percaya?"

aku "ermm satu.."

"satu??"

"eh empat...ehhhhh"

penemuduga lain "aiii. latoh budok ni..haha"

aku gelak, pastu semua yang lain gelak jugak

serius failed wan nurul hanini! failed!

oh btw, aku memang tahu jawatan ini bukan untuk degree. sebab tu 2 kali dia sebut jawatan ni bukan untuk degree dan gaji pun rendah. aku jawab la "saya tak kisah".

miahahaha

ok. nampaknya awak kena improve lagi wan nurul hanini.
tak expect pun dapat keje ni :)

kalau ada rezeki, kita try la
insyaAllah

^_^

p/s: jangan la jadi macam aku. memang nampak tak konfidennya :p

No comments:

Post a Comment