Sunday, September 7, 2014

Pengalaman First Booth Fluffy Stuff

Assalamualaikum :)



alhamdulillah baru selesai kerja2 buka booth untuk Fluffy Stuff di Baza Festival yang berlangsung pada 5&6 September bertempat di KTC KB

pengalaman first time buka booth memang best
mula-mula rasa takut jugak. entahlah, mungkin sebab first time kot nak buka booth dan jumpa dengan orang ramai
tapi alhamdulillah dipermudahkan segala hal dan dapat jumpa ramai orang dan bermacam gaya dan perangai

memang kena belajar dan kena paham dan tahu dan jumpa orang ramai kan? berapa banyak 'dan' daa

1. HATI KENA KENTAL
haha.yang ni memang lawak. harga buka booth memang lain dengan harga online. memang harga promosi giler2 dah bagi sebab tujuan buka booth ni pun nak bagi orang kenal Fluffy Stuff ni...mana la tahu lepas ni buka booth luar kelantan pula kan? insyaAllah amin :)
hati kena kental sebab orang tawar menawar.lagi2 yang datang tu peniaga jugak.haha. memang pening dibuatnya wuwuwu. rasa nak nangis disitu jugak! haha ini over

2. SENYUM SOKMO
yang ni memang la kan. kena senyum jer pada customer dan juga orang lalu lalang even orang tak senyum kat kita
ada customer datang tak senyum pun. kita pulak yang takut haha.

yang pengalaman best orang ajak bergambar. tiba-tiba rasa macam 'retis' bila orang ajak bergambar dan berselfie. memang suka bergambar cuma segan dengan orang tak berapa kenal. hehe.

yang part suruh ajar tutorial tudung dan shawl ni tiba2 jadi ketar2...tangan sejuk tak tau sebab nervous atau aircond? haha. tapi alhamdulillah boleh manage dengan baik :)

ada customer datang hari jumaat. hari sabtu datang lagi sebab nak beli lagi tudung. alhamdulillah :)

semistinya tudung dan shawl palestin paling laris :)

SEMOGA FLUFFY STUFF DAPAT BANTU ORANG MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

sebab ada pasangan suami isteri datang, baru kahwin kot, si isteri try tudung lepas tu tanya suami macam mana? dia cakap suami dia nak dia pakai tudung tutup bahagian depan. alhamdulillah terus grab 4 helai tudung dan shawl. suami dia pun sporting dan lawak. haha. kan pemilihan pasangan tu penting? syukur dapat suami macam tu, boleh didik isteri menutup aurat dengan sempurna kan :)

insyaAllah, plan for next future