Saturday, January 19, 2013

K-FIQH persoalan diajukan oleh peserta

Assalamualaikum wbt :)

19/01/2013
hari ini ada menyertai satu program yang TERBAIK PUNYA, Konvensyen FIQH wanita dan juga hari esok insyaAllah
nama je Fiqh Wanita tapi orang lelaki pun kena amik tahu jugak sebab bukan 100% pasal wanita. tanggungjawab lelaki (suami) atau bapak kepada anak perempuannya dan lain2 lagi.

serius best dengan penceramah2 yang super duper hebat. kongsi ilmu mereka yang best tu..

well, pengalaman cerita lain kali insyaAllah kalau rajin yer.
ni just antara persoalan2 yang peserta ajukan kepada penceramah2 hari ini. tanya melalui sms ke no telefon dan pengerusi majlis akan bacakan soalannya



Soalan terpilih:

Bagaimana mengatasi krisis pertembungan antara tggungjawab di rumah dengan penglibatan dalam NGO?

UZAR (mafhum): Berdasarkan hadith sahabat meminta izin untuk berjihad sedangkan ada ibu yang masih sakit, Rasulullah menegaskan yang di rumah dahulu mesti diselesaikan. Begitu juga dengan antara suami dan NGO, hendaklah hak-hak suami dan anak-anak dipastikan tidak terabai terlebih dahulu kemudian barulah tanggungjawab terhadap NGO boleh ditunaikan.
Namun jika komitmen yang lebih tinggi dituntut terhadap NGO seperti menjadi Presiden contohnya, dan muslimah itu pula dihargai kerjanya, dia juga bahagia begitu, maka opsyen poligami boleh dipertimbangkan. Isu ini akan lebih dibincangkan dalam forum esok, Insya Allah. Isu ini hampir sama dengan doktor Muslimah yang mungkin kurang masanya di rumah maka opsyen poligami boleh menjadi pilihan selain keredhaan dan tolak ansur suami juga PERLU di peringkat pertama. Wallahua'lam.

penambahan : sebab tu ada hadis nabi cakap buat baik pada ibu bapa itu lebih utama dari berjihad di jalan Allah :)

Seorang lelaki bertemu dengan nabi s.a.w lalu bertanya, “Bolehkah saya berjihad? Nabi bertanya; “adakah kamu ada ibubapa? Jawab lelaki tersebut; “ya, ada. Maka nabi bersabda berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya”. (Riwayat Bukhari)


Soalan: 
Bagaimana dengan perkembangan anak yang dibesarkan oleh amah akhirnya bisa menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua?

Prof Muhaya (mafhum): Dampingi anak-anak ketika dalam gelombang alpha mereka; ketika sebelum tidur, selepas mandi, ketika gembira, sampaikan embedded message kepada minda bawah sedar mereka yang ibu bapa sayang mereka, beri mereka rasa kasih sayang kita. Biar pembantu rumah kita buat tjawab fizikal anak-anak tetapi yang rohani dan kasih sayang datang daripada anak-anak.

Betapa ramai ibu yang berhenti kerja alasannya ingin menjaga anak namun akhirnya merasakan masa mereka sangat lapang sehingga kemudiannga membuang masa melayani drama semata-mata!

Berapa ramai dalam kalangan kita yang ucap terima kasih kepada pembantu rumah mereka. Betapa manusia amat suka jika mereka dihargai.

Sayangi pembantu rumah kita supaya akhirnya nanti sayang itu akan mengalir turun kepada anak-anak kita yang mereka jaga. Wallahua'lam.



tu antara soalannya jer lah. oklah semoga bermanfaat :)