Tuesday, August 20, 2013

Apa hukum mencintai seorang wanita?

Assalamualaikum wbt :)

oh btw, bagitahu awal2. post ini tiada kena mengena dengan siapa siapa cuma rasa menarik untuk kongsi. jumpa persoalan dalam group musyawarah dalam FB jadi apa salahnya nak kongsi kan. peace :D

Apa hukum mencintai seorang wanita?

Jawapan: Menurut kaedah syar'iyyah, perkara ini boleh dan ia tidaklah menjadi masalah. Namun, jika ia terjadi, maka wajiblah baginya untuk menyimpan niat yang bersungguh-sungguh untuk memperisterikan wanita itu kerana syari'ah Islam tidak menyediakan jalan lain untuk cinta itu menjadi halal kecuali dengan jalan pernikahan. Jika tidak, maka tidak ada makna baginya untuk mencintai wanita itu.
Apa yang benar ialah perasaan cinta merupakan satu naluri dan fitrah semulajadi yang dianugerahkan Allah ke atas manusia sebagai perhiasan bagi mereka, biar apa jenis pun cinta itu, sama ada cinta kepada kedua ibu bapa, cinta kepada saudara sedarah sedaging, cinta kepada sahabat handai, cinta kepada isteri, anak-anak, kebun-kebun, harta dan sebagainya. Ia merupakan urusan yang bersifat "dharuuri" (keterdesakan), bukan "ikhtiaari" (pilihan).
Dikatakan cinta itu sebagai "keterdesakan" kerana seseorang yang diberikan dengan perasaan cinta seolah-olah "terdesak" untuk menerima cinta itu, kerana dia sendiri tidak mengawal atau memilih siapa yang ingin dicintainya. Ini berbeza dengan soal "ikhtiari" (pilihan), di mana seseorang itu boleh memilih sesuatu menurut kehendaknya tanpa paksaan.



Maka, wajiblah bagi setiap pemuda dan pemudi untuk memilih jalan yang telah dihalalkan Allah dalam bentuk perhubungan yang sah melalui jalan pernikahan, dan hendaklah mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah dalam bentuk pergaulan bebas yang membawa kepada perzinaan dan percampuran benih yang tidak sah.
Hendaklah para pemuda dan pemudi yang dirahmati Allah sekalian mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang biasa dilakukan kebanyakan muda mudi di zaman kita sekarang, daripada perbuatan duduk berdua-duaan di taman-taman atau di tempat-tempat yang terpecil, atau berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan dan sebagainya, kerana semua ini ialah perbuatan yang batil dan menyalahi syari'ah Allah. Ia membuka jalan ke arah perzinaan yang merupakan jalan yang paling keji dan kotor, dan tindakan yang menempah kebinasaan dan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
Wallaahu a'lam.

terima kasih kepada tuan yang menjawab. halalkan share di sini ya hehe

Sunday, August 18, 2013

Umrah Part 2 ke Mekah

Assalamualaikum wbt :)

*post ini dah lama taip cuma tak publish jer. hehe.so malas dah nak edit >.< *

salam syawal ke 5
bismillahhirrahmannirrahim...

petang ni kepuasan sebab ditinggalkan seorang diri dirumah dan kenderaan sebijik pun tak de disini.wuwuwu. ni nak ada suami next year ni.ehhh?? aamiin. HAHA

ok ok.

hari ke empat umrah iaitu bersamaan 8 julai 2013, bertolak dari Madinah terus ke Makkah tapi berhenti di Bir Ali untuk niat umrah. oh jadi kami kena berihram dari hotel lagi. eh bukan saya lah, abah saya kena pakai ihram, perempuan senang sikit bab ni. asalkan tutup dan menjaga aurat kira dah terbaik. masa sebelum bertolak, abah 2 kali kot try ihram dia dalam bilik hotel HAHA. excited abah ni

Wasel Al Reem nama hotel kami. masa ni dah nak bertolak ke Makkah :)


masa di Bir Ali, saya tak solat sunat ihram tapi berada di bawah pohon kurma dan niat bersyarat. itulah yang ustaz cakap. perjalanan ke Makkah di temani dengan laungan "Labbaikallah hummalabaik..." ya Allah, rindunya masa tu. jarak dari Madinah ke Makkah agak jauh sampai ketiduran diriku atas bas dan panas. Allah jer yang tahu. TAPI...rasa panas tu terubat bila dengar ustaz cakap, memang kat sini panas sikit tapi percayalah setiap dugaan panas dan setitik peluh orang yang mengerjakan umrah akan bantu sejukkan kita bila di akhirat nanti. Allah Allah banyak sangat ganjaran Allah bagi :)

Bir Ali punya pokok kurma


sepanjang perjalanan dapat tengok padang pasir jer. luas sangat. macam mana la nanti di padang masyar. Allah Allah takutnya.

sampai di hotel Makkah, ya Allah happynya. first yang nampak, nampak la jam yang tinggi tu. tak percaya dah sampai Makkah. cubit cubit sikit diri sendiri. memang sah tak mimpi! heee

nangis kejap. macam tak percaya...

baca doa masuk Makkah. baca doa bila nampak perumahan di Makkah

sampai pukul 5.15 petang, dengar taklimat dari ustaz kejap. oh rombongan dibahagi kepada 2 kumpulan. saya dan keluarga kumpulan kedua. kena berkumpul pukul 6.00 petang. tapi for me ustaz cakap saya tak payah pergi. so duduk dalam bilik sorang2. scary kot mula2 tuuu. tapi Alhamdulillah percaya yang Allah jaga kita. zikir2 sorang2 sampai tertidur. isk3. kena jaga pantang sebab dalam ihram.

abah balik pukul 12 malam selesai umrah

ni lah kawasan hotel kami. tempat ni bakal dirobohkan dalam masa 2/3 tahun lagi


keesokannya,pagi tu jugak kawan call ajak pergi jalan2. so, saya ON je lah. dapat lah satu jubah hitam lagi. :D penat kot jalan dengan diorang ni. suka jalan semuanya. nak balik ke hotel dah nak masuk zohor tapi kena tahan kejap sebab pekerja2 nak robohkan bangunan. dapat tengok bangunan di bom depan mata. debunya bertaburan, masyaAllah penuh jalan. kat Makkah sekarang tengah renovate banyak benda, banyak bangunan dah dirobohkan dan tunggu masa jer nak dirobohkan

dan tempat saya menginap tu insyaAllah dalam masa 2 atau 3 tahun lagi akan dirobohkan jugak sebab dia nak bina bangunan lain

yang saya pelik kat sini, diorang bina je bangunan atas bukit. tak cantas pun bukit tu. so, ada bukit dalam bangunan. seriusly nampak bukit tu!

Alhamdulillah, asar baru dapat masuk masjidilharam. ALLAH Allah. T___T
ramai orang dalam masjid. lepas solat, ma abah bawak pergi tengok Kaabah. masa ni bercucuran la ayaq mata tengok Kaabah depan mata

ni first time tengok Kaabah :)
Allah Allah


lepas solat magrib, pergi tawaf ditemani dengan abah ma. abah ma buat tawaf sunat. masa ni ramai sangat orang. peluh tu sampai boleh perah dah telekung. tak jalan pun takpe, kena tolak pun dah bergerak. HAHA. lawak pulak kalau ingat masa tu. terkepit-kepit dengan abah ma. selesai 7 pusingan, masuk isyak. solat sunat tawaf, solat isyak. lepas tu imam terus solat terawih sebab esoknya puasa. mula2 kami solat atas tangga sebab tiada tempat. erkk. banyak dugaan masa ni. lepas 2 salam kena halau. lepas tu solat kat hujung sana tepi pagar dekat dataran. panas sikit sebab wap panas. ma dah sakit kepala dan ma tak dapat habiskan terawih. lepas terawih ma teman saei 2 pusingan. lepas tu saya buat sorang2.

tahallul. dan habis :)



malam 1 Ramadhan jer dia pasang lampu macam ni. cantik. berkelip-kelip
kenapa la tetiba kamera fon tak terang pulak malam ni T_T


hari ketiga di Makkah, melawat ke Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah dan ke tempat miqat. tapi masa ni tak buat umrah

masa kat arafah boleh tengok banyak sangat khemah untuk orang haji. khemah tetap.

ni dekat jabal rahmah
nampak tugu atas tu, saya panjat sampai atas dengan kawan. ma abah tunggu bawah sebab tak larat
banyak sangat orang 'minta' kat sini.
atas bas ustaz dah pesan suruh hati-hati sebab ada yang menipu
abah, turun bas je ada budak tu letak kain atas tengkuk sebab nak ambil gambar. orang dah cakap tak nak, tak nak la. apa lagi, berangin lah budak ini. tarik abah pastu cakap kuat2 "NOO!!" hahaha
maaf lah. geram kot

masa turun abah tanya "yu doa gapo atas tu"
"eh mano buleh oyak"
"abah doa ko yu biar dapat jodoh cepat2, jodoh yang soleh"

awww sweet kan my abah. saper yang tak sayang kalau macam ni. :p

insyaAllah kalau Allah tak tunaikan hajat saya, Allah tunaikan doa ma abah. kan doa ibubapa tu mustajab. insyaAllah Allah bagi yang terbaik untuk anak abah ma ni :)

aku redha



hari ini first day puasa. puasa disini agak lama berbanding dengan Malaysia ya. sebab sahur pukul 4 pagi dan buka pukul 7 malam. kitorang pergi masjid waktu asar lepas tu dah tak balik. duduk dalam masjid jer dan buka puasa dalam masjid. alhamdulillah. ada orang bagi buah tamar dan air. buah tamar banyak sangat sampai boleh bawa balik malaysia haha.
haa hari first ni la pengalaman buka puasa dengan tukang cuci masjid. yelah gi duduk tempat tepi 'work station' diorang. 3 orang. sorang dari Sri Langka, India dan Indonesia. guna bahasa isyarat jer sebab tak pandai bahasa arab kan.. alhamdulillah diorang semua sangat baik :)

makanan berbuka saya dan ma
yang botol hijau tu susu. kitorang minum sikit terus buang sebab ingatkan dah basi sebab rasa dia masam sangat.keesokkan harinya mak kawan cakap susu diorang memang rasa masam. nak lagi sedap campur dengan jus. 
orang arab ni memang suka makan manis. yogurt. cheese.kambing. benda macam tu lah


hari ketiga acara bebas, jadi lepas subuh terus amik teksi ke Miqat Tanaim untuk niat umrah. masa ni kena tipu sebab tak biasa lagi. abah terus je naik kereta sapu tu. jadi kena la 100riyal pergi dan balik. orang lain dapat 50riyal jer pergi balik. takpelah, rezeki orang arab tu.




tempat Saei
sejuk sebab ber aircond
macam mana dulu pengorbanan Siti Hajar berulang alik 7 kali di padang pasir tanpa aircond T_T

Allahuakhbar


hari keempat. pagi2 lepas subuh dah keluar shopping. mall kat sini 24hours ok...
ni haa budak suka shopping. lepas subuh terus masuk Bin Dawood supermarket. masa ni baru masuk pukul 7 pagi tapi macam dah 9 pagi.

agak-agak kalau masuk mall kat Malaysia macam ni, orang tengok macam mana eh? :P

rasanya hari ini hari Jumaat. jadi inilah kali pertama saya solat Jumaat. pukul 10.30 pagi lagi dah keluar dari hotel sebab takut orang ramai. tapi memang ramai orang tahu. sampai dah tiada ruang. jadi terpaksa la duduk celah2 orang. sujud kat kaki orang tahu tak. mak cuit orang depan suruh ke depan sikit. diorang buat dekkk jer. hadoi. menangis diriku disitu jugak. HAHA.

walaupun tak faham apa khutbah yang dibaca oleh imam, tapi paham la sikit2 imam doakan Islam di syria semua tu. semangat! dan satu masjid bergema bunyi 'aamin'.

hari seterusnya. pergi melawat ladang unta dan ke miqat hudaibiyah. buat umrah dengan kawan2 :)


unta kurus. dapat rasa susu unta!


ok sehari sebelum pulang ikut family kawan buat tawaf sunat. best sangat sebab ayah dia memang bawak kami betul2 depan multazam. masa tu takde orang sangat. lepas tu solat dalam hijir ismail dan sentuh Kaabah.WANGIIIII :D

terima kasih pakcik!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)


masa ni baru lepas buat tawaf sunat
nampak pakcik berbaju biru ni. dia sebenarnya nak halau kitorang duduk depan ni tapi sebab tengok mata saya merah terus dia cakap "halal halal" haha


oh pengalaman puasa kat sini sangat-sangat berbeza dengan Malaysia. saya, alhamdulillah Allah tak uji dengan kesihatan. cuma ma abah lah. tak boleh tengok abah ma penat. nak menangis rasa T__T

ni gambar lepas habis mengerjakan umrah. panas masa ni walau baru pukul 10.30 pagi
lepas tu tiba2 ada orang tegur dari belakang "nak saya tolong tangkapkan gambar"
dua kali dia ulang
lepas tu bagi la iphone kat dia tangkapkan gambar bertiga.semua mata sepet. hehe

abah borak-borak dengan dia.
dia dok hilton woo. hilton depan dataran masjid jer

"buat umrah masa bulan ramadhan pahalanya sama seperti mengerjakan haji atau haji bersama Rasulullah"

insyaAllah
^_^

motif gambar ni nak tangkap gambar hilton
masa ni dalam hati berazam, insyaAllah kalau aku sampai sini lagi, nak duduk hilton bawak ma abah
insyaAllah

insyaAllah

to awop. bawak saya duduk sini eh nanti. haha. demand betul ;)

oh. 4 helai jugak jubah yang berjaya diserbu olehku :p

ok bai
itu sahaja
peace
^_^





because we are sister

Bismillahirrahmannirrahim :)

Assalamualaikum wbt ^_^

first of all, lets smile for every new day. yeay! thank you Allah for new day, new lesson, new memory to me. alhamdulillah

ok hari ini saya nak cerita pasal seorang budak yang mengaku baby a.k.a babu yang suka sangat panggil saya makcik then i call her makcik also la! memandangkan dia cerita pasal saya dalam blog dia yang 'sweeettt' sangat tu (thanks awak), jadi saya pun nak cerita jugak. eh memang niat saya nak cerita pasal awak ni. awak kan sister saya. jangan perasan tinggi la! aish. gigit kang.



Alhamdulilllah. bila Allah uji kita dengan satu benda, Allah gantikan dengan lebih baik. Alhamdulillah. moga Allah tak uji saya dengan sister saya yang ni. sebab saya sayang dia (menangis la dia baca lepas ni) HAHA. sebab saya pernah cakap sebelum ni, saya jenis kalau sayang memang sayang betul2. tapi once orang tu dah lukakan hati kita, hilang kepercayaan, nak terima balik tu susah walaupun tak benci dan dah maafkan dia. same macam sister saya ni kan :p

perangai kami macam nak sama. bak kata orang kalau perangai sama tak boleh rapat or dok sekali sebab akan gaduh. yes, saya pernah 'gaduh' dengan dia. sebab perangai tak matured saya. haha sorry awak masa keluar street dakwah hari tu masam muka. tapi kejap jer kan :)

kami sama-sama suka shopping. memang habis duit keluar dengan dia ni
kami sama-sama suka makan. oh satu lagi, dia suka salahkan saya sebab banyak makanan. tapi bila saya mesej dia "nak dinner tak?"..kejap je mesej sampai balik "NAAKKKK"...excited budak ini. maklumlah, kata baby kannn. HAHA
kami sama-sama bongsu yang grumpy. eh??
kami sama-sama suka jalan-jalan
kami sama-sama suka tangkap gambar.

tapi sebenarnya dia adik saya :p sebab saya lahir bulan 3 dia bulan 11

yang beza, saya ni pendiam. eh pendiam ke? depan orang tak kenal atau tak rapat memang la senyap. masa nak presentation pun saya tak konfiden tapi still boleh cakap. haaa, beza la dengan budak ni yang loudspeaker sikit. orang yang rapat baru tahu perangai saya yang sebenar.hehe

oh, for your information sejak dari dulu lagi saya memang suka ambil gambar. eh bukan ambil gambar. DIAMBIL gambar. jadi setiap kamera orang ada gambar saya oke! sorry ajar benda2 'tak elok' ni. tapi sebenarnya saya tak ajar. awak yang terperangaruh dengan saya. terima kasih selalu jadi photographer saya dan mempenuhkan gambar muka awak dalam henfon saya.

tiba-tiba teringat muka awak yang terkejut tengok non-muslim makan baca doa tu kan. HAHA. rasa macam nak guling2 kat situ jugak. eh sorry terlebih pulak.

kisahnya bermula, kami memang kosmate sejak first year lagi. tapi masa tu tak rapat pun. tapi saya ingat lagi dia ni suka kacau saya, sebab saya kan pendiam. sampai sekarang pun suka usik orang. grrr.
kitorang rapat pun masa second year nak masuk third year kan? itu pun sebab dia jadi setiausaha I dan saya jadi setiausaha II untuk program KUS, program anak angkat di Sungkai Perak. dan kebetulan kitorang pun dapat keluarga sama. so tidur sama-sama. gi mana-mana pun sekali la. kalut sama-sama. nangis sama-sama sebab masing2 tak nak naik pejabat. takut kena marah. HAHA
masa sepanjang jadi setiausaha, dia memang suka buli saya. maklumlah saya kan budak baru belajar. saya ikut jer lah. nasib baik masa tu ingat sebab tugas, kesabaran itu tinggi la sikit.

oh, dan sister saya ni pun orang yang berhijrah. same macam saya. kan Allah dah cakap, kalau kita berubah ikhlas sebab Allah, Allah akan bantu dan hantar orang-orang yang baik di sekeliling kita. saya pun sama macam awak jugak. perasaan malu tu ada, nak gi surau semua. sebab saya selalu pikir apa orang kata tapi lama-lama pikir sampai bila nak pikir pasal orang. jadi lakukan demi Allah, pasti Allah tolong!

man jadda wa jadda kan awak :)

terima kasih sebab jadi sahabat saya. insyaAllah dunia akhirat. saya akan tolong awak selagi saya mampu dan hidup. insyaAllah :)
terima kasih sebab layan kerenah saya ni. gedik. manja. banyak belanja. banyak makan. banyak ambil gambar. dan macam2 lagi
terima kasih Allah for send me a very nice sister :)

dan akanku tuntut janjimu untuk datang kelantan!!!


p/s: saya tak boleh letak gambar banyak banyak macam awak sebab blog ini tak private, nanti nak private jugak la. ok kan awak? :p