Tuesday, August 20, 2013

Apa hukum mencintai seorang wanita?

Assalamualaikum wbt :)

oh btw, bagitahu awal2. post ini tiada kena mengena dengan siapa siapa cuma rasa menarik untuk kongsi. jumpa persoalan dalam group musyawarah dalam FB jadi apa salahnya nak kongsi kan. peace :D

Apa hukum mencintai seorang wanita?

Jawapan: Menurut kaedah syar'iyyah, perkara ini boleh dan ia tidaklah menjadi masalah. Namun, jika ia terjadi, maka wajiblah baginya untuk menyimpan niat yang bersungguh-sungguh untuk memperisterikan wanita itu kerana syari'ah Islam tidak menyediakan jalan lain untuk cinta itu menjadi halal kecuali dengan jalan pernikahan. Jika tidak, maka tidak ada makna baginya untuk mencintai wanita itu.
Apa yang benar ialah perasaan cinta merupakan satu naluri dan fitrah semulajadi yang dianugerahkan Allah ke atas manusia sebagai perhiasan bagi mereka, biar apa jenis pun cinta itu, sama ada cinta kepada kedua ibu bapa, cinta kepada saudara sedarah sedaging, cinta kepada sahabat handai, cinta kepada isteri, anak-anak, kebun-kebun, harta dan sebagainya. Ia merupakan urusan yang bersifat "dharuuri" (keterdesakan), bukan "ikhtiaari" (pilihan).
Dikatakan cinta itu sebagai "keterdesakan" kerana seseorang yang diberikan dengan perasaan cinta seolah-olah "terdesak" untuk menerima cinta itu, kerana dia sendiri tidak mengawal atau memilih siapa yang ingin dicintainya. Ini berbeza dengan soal "ikhtiari" (pilihan), di mana seseorang itu boleh memilih sesuatu menurut kehendaknya tanpa paksaan.



Maka, wajiblah bagi setiap pemuda dan pemudi untuk memilih jalan yang telah dihalalkan Allah dalam bentuk perhubungan yang sah melalui jalan pernikahan, dan hendaklah mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah dalam bentuk pergaulan bebas yang membawa kepada perzinaan dan percampuran benih yang tidak sah.
Hendaklah para pemuda dan pemudi yang dirahmati Allah sekalian mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang biasa dilakukan kebanyakan muda mudi di zaman kita sekarang, daripada perbuatan duduk berdua-duaan di taman-taman atau di tempat-tempat yang terpecil, atau berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan dan sebagainya, kerana semua ini ialah perbuatan yang batil dan menyalahi syari'ah Allah. Ia membuka jalan ke arah perzinaan yang merupakan jalan yang paling keji dan kotor, dan tindakan yang menempah kebinasaan dan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
Wallaahu a'lam.

terima kasih kepada tuan yang menjawab. halalkan share di sini ya hehe

No comments:

Post a Comment