*post ini dah lama taip cuma tak publish jer. hehe.so malas dah nak edit >.< *
salam syawal ke 5
bismillahhirrahmannirrahim...
petang ni kepuasan sebab ditinggalkan seorang diri dirumah dan kenderaan sebijik pun tak de disini.wuwuwu. ni nak ada suami next year ni.ehhh?? aamiin. HAHA
ok ok.
hari ke empat umrah iaitu bersamaan 8 julai 2013, bertolak dari Madinah terus ke Makkah tapi berhenti di Bir Ali untuk niat umrah. oh jadi kami kena berihram dari hotel lagi. eh bukan saya lah, abah saya kena pakai ihram, perempuan senang sikit bab ni. asalkan tutup dan menjaga aurat kira dah terbaik. masa sebelum bertolak, abah 2 kali kot try ihram dia dalam bilik hotel HAHA. excited abah ni
Wasel Al Reem nama hotel kami. masa ni dah nak bertolak ke Makkah :)
Bir Ali punya pokok kurma |
sepanjang perjalanan dapat tengok padang pasir jer. luas sangat. macam mana la nanti di padang masyar. Allah Allah takutnya.
sampai di hotel Makkah, ya Allah happynya. first yang nampak, nampak la jam yang tinggi tu. tak percaya dah sampai Makkah. cubit cubit sikit diri sendiri. memang sah tak mimpi! heee
nangis kejap. macam tak percaya...
baca doa masuk Makkah. baca doa bila nampak perumahan di Makkah
sampai pukul 5.15 petang, dengar taklimat dari ustaz kejap. oh rombongan dibahagi kepada 2 kumpulan. saya dan keluarga kumpulan kedua. kena berkumpul pukul 6.00 petang. tapi for me ustaz cakap saya tak payah pergi. so duduk dalam bilik sorang2. scary kot mula2 tuuu. tapi Alhamdulillah percaya yang Allah jaga kita. zikir2 sorang2 sampai tertidur. isk3. kena jaga pantang sebab dalam ihram.
abah balik pukul 12 malam selesai umrah
ni lah kawasan hotel kami. tempat ni bakal dirobohkan dalam masa 2/3 tahun lagi
keesokannya,pagi tu jugak kawan call ajak pergi jalan2. so, saya ON je lah. dapat lah satu jubah hitam lagi. :D penat kot jalan dengan diorang ni. suka jalan semuanya. nak balik ke hotel dah nak masuk zohor tapi kena tahan kejap sebab pekerja2 nak robohkan bangunan. dapat tengok bangunan di bom depan mata. debunya bertaburan, masyaAllah penuh jalan. kat Makkah sekarang tengah renovate banyak benda, banyak bangunan dah dirobohkan dan tunggu masa jer nak dirobohkan
dan tempat saya menginap tu insyaAllah dalam masa 2 atau 3 tahun lagi akan dirobohkan jugak sebab dia nak bina bangunan lain
yang saya pelik kat sini, diorang bina je bangunan atas bukit. tak cantas pun bukit tu. so, ada bukit dalam bangunan. seriusly nampak bukit tu!
Alhamdulillah, asar baru dapat masuk masjidilharam. ALLAH Allah. T___T
ramai orang dalam masjid. lepas solat, ma abah bawak pergi tengok Kaabah. masa ni bercucuran la ayaq mata tengok Kaabah depan mata
ni first time tengok Kaabah :)
Allah Allah
lepas solat magrib, pergi tawaf ditemani dengan abah ma. abah ma buat tawaf sunat. masa ni ramai sangat orang. peluh tu sampai boleh perah dah telekung. tak jalan pun takpe, kena tolak pun dah bergerak. HAHA. lawak pulak kalau ingat masa tu. terkepit-kepit dengan abah ma. selesai 7 pusingan, masuk isyak. solat sunat tawaf, solat isyak. lepas tu imam terus solat terawih sebab esoknya puasa. mula2 kami solat atas tangga sebab tiada tempat. erkk. banyak dugaan masa ni. lepas 2 salam kena halau. lepas tu solat kat hujung sana tepi pagar dekat dataran. panas sikit sebab wap panas. ma dah sakit kepala dan ma tak dapat habiskan terawih. lepas terawih ma teman saei 2 pusingan. lepas tu saya buat sorang2.
tahallul. dan habis :)
malam 1 Ramadhan jer dia pasang lampu macam ni. cantik. berkelip-kelip
kenapa la tetiba kamera fon tak terang pulak malam ni T_T
hari ketiga di Makkah, melawat ke Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah dan ke tempat miqat. tapi masa ni tak buat umrah
masa kat arafah boleh tengok banyak sangat khemah untuk orang haji. khemah tetap.
ni dekat jabal rahmah
nampak tugu atas tu, saya panjat sampai atas dengan kawan. ma abah tunggu bawah sebab tak larat
banyak sangat orang 'minta' kat sini.
atas bas ustaz dah pesan suruh hati-hati sebab ada yang menipu
abah, turun bas je ada budak tu letak kain atas tengkuk sebab nak ambil gambar. orang dah cakap tak nak, tak nak la. apa lagi, berangin lah budak ini. tarik abah pastu cakap kuat2 "NOO!!" hahaha
maaf lah. geram kot
masa turun abah tanya "yu doa gapo atas tu"
"eh mano buleh oyak"
"abah doa ko yu biar dapat jodoh cepat2, jodoh yang soleh"
awww sweet kan my abah. saper yang tak sayang kalau macam ni. :p
insyaAllah kalau Allah tak tunaikan hajat saya, Allah tunaikan doa ma abah. kan doa ibubapa tu mustajab. insyaAllah Allah bagi yang terbaik untuk anak abah ma ni :)
aku redha
haa hari first ni la pengalaman buka puasa dengan tukang cuci masjid. yelah gi duduk tempat tepi 'work station' diorang. 3 orang. sorang dari Sri Langka, India dan Indonesia. guna bahasa isyarat jer sebab tak pandai bahasa arab kan.. alhamdulillah diorang semua sangat baik :)
makanan berbuka saya dan ma
yang botol hijau tu susu. kitorang minum sikit terus buang sebab ingatkan dah basi sebab rasa dia masam sangat.keesokkan harinya mak kawan cakap susu diorang memang rasa masam. nak lagi sedap campur dengan jus.
orang arab ni memang suka makan manis. yogurt. cheese.kambing. benda macam tu lah
hari ketiga acara bebas, jadi lepas subuh terus amik teksi ke Miqat Tanaim untuk niat umrah. masa ni kena tipu sebab tak biasa lagi. abah terus je naik kereta sapu tu. jadi kena la 100riyal pergi dan balik. orang lain dapat 50riyal jer pergi balik. takpelah, rezeki orang arab tu.
tempat Saei
sejuk sebab ber aircond
macam mana dulu pengorbanan Siti Hajar berulang alik 7 kali di padang pasir tanpa aircond T_T
Allahuakhbar
hari keempat. pagi2 lepas subuh dah keluar shopping. mall kat sini 24hours ok...
ni haa budak suka shopping. lepas subuh terus masuk Bin Dawood supermarket. masa ni baru masuk pukul 7 pagi tapi macam dah 9 pagi.
agak-agak kalau masuk mall kat Malaysia macam ni, orang tengok macam mana eh? :P
rasanya hari ini hari Jumaat. jadi inilah kali pertama saya solat Jumaat. pukul 10.30 pagi lagi dah keluar dari hotel sebab takut orang ramai. tapi memang ramai orang tahu. sampai dah tiada ruang. jadi terpaksa la duduk celah2 orang. sujud kat kaki orang tahu tak. mak cuit orang depan suruh ke depan sikit. diorang buat dekkk jer. hadoi. menangis diriku disitu jugak. HAHA.
walaupun tak faham apa khutbah yang dibaca oleh imam, tapi paham la sikit2 imam doakan Islam di syria semua tu. semangat! dan satu masjid bergema bunyi 'aamin'.
hari seterusnya. pergi melawat ladang unta dan ke miqat hudaibiyah. buat umrah dengan kawan2 :)
unta kurus. dapat rasa susu unta!
ok sehari sebelum pulang ikut family kawan buat tawaf sunat. best sangat sebab ayah dia memang bawak kami betul2 depan multazam. masa tu takde orang sangat. lepas tu solat dalam hijir ismail dan sentuh Kaabah.WANGIIIII :D
terima kasih pakcik!
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)
masa ni baru lepas buat tawaf sunat
nampak pakcik berbaju biru ni. dia sebenarnya nak halau kitorang duduk depan ni tapi sebab tengok mata saya merah terus dia cakap "halal halal" haha
oh pengalaman puasa kat sini sangat-sangat berbeza dengan Malaysia. saya, alhamdulillah Allah tak uji dengan kesihatan. cuma ma abah lah. tak boleh tengok abah ma penat. nak menangis rasa T__T
ni gambar lepas habis mengerjakan umrah. panas masa ni walau baru pukul 10.30 pagi
lepas tu tiba2 ada orang tegur dari belakang "nak saya tolong tangkapkan gambar"
dua kali dia ulang
lepas tu bagi la iphone kat dia tangkapkan gambar bertiga.semua mata sepet. hehe
abah borak-borak dengan dia.
dia dok hilton woo. hilton depan dataran masjid jer
"buat umrah masa bulan ramadhan pahalanya sama seperti mengerjakan haji atau haji bersama Rasulullah"
insyaAllah
^_^
motif gambar ni nak tangkap gambar hilton
masa ni dalam hati berazam, insyaAllah kalau aku sampai sini lagi, nak duduk hilton bawak ma abah
insyaAllah
insyaAllah
to awop. bawak saya duduk sini eh nanti. haha. demand betul ;)
oh. 4 helai jugak jubah yang berjaya diserbu olehku :p
ok bai
itu sahaja
peace
^_^
Bertuah & beruntungnya dapat ke sana =) niqabis. Saya juga teringin nak berniqab. One day. InsyaAllah. Jemput follow.
ReplyDeletehttp://hydrangeaslove.blogspot.com/
alhamdulillah rezeki :)
Delete