Friday, February 14, 2014

Magnet Jodoh

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini hari Jumaat

Allahummasollialasaidinamuhammad waalasaidinamuhammad 3x

Tajuk Tanyalah Ustazah pasal jodoh pulaksss
kenapakah?

ihsan google


hehe. so ada beberapa tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan dengan jodoh

Ada 7 benda yang boleh kita lihat bahawa dia adalah jodoh kita

1. Rasa bahagia bila dengan pasangan kita.
Bila kita lihat wajahnya, dengan sikapnya, kita rasa bahagia. Bahagia dunia dan akhirat. insyaAllah

2. Boleh bertolak ansur dalam semua hal atau dalam kata lain SERASI
Serasi tak semistinya semua sama. Serasi bukan bermaksud perangai sama. itu nama SERUPA. Allah sudah tetapkan pasangan kita tu berbeza daripada kita agar sama-sama melengkapi antara sama lain
contoh kita ni pengemas, pasangan kita tu tukang selerakkan kawasan
sorang suka tidur, sorang lagi mudah jaga, agar yang jaga tu boleh kejutkan yang tidur
sorang boleh masak, sorang lagi tukang kemas dapur

haa gitu kan sweet..buat kerja sama2. bukan mengharapkan semua benda sebelah pihak sahaja yang lakukan

3. Rasa Tenang
Yup, bila dengan pasangan kita, ada rasa tenang dalam diri.  bila buat keputusan pun, bila ada rasa tenang tu, insyaAllah tu jodoh kita...(ini kawan yang cerita ok)

4. Selalu ada disisi terutama saat-saat kita memerlukan
Betul tu, itulah tujuan pasangan kan? saling tolong menolong. bila isteri susah, suami ada untuk menolong walau susah mana pun masalahnya. begitulah sebaliknya ;)

5. Rasa Selamat dengannya
Suami sebagai pelindung kan? (so should i find tough guy? hoho)

6. Perkenalan kita dengannya dan pernikahan kita dengannya menjadikan kita semakin dekat dengan Allah
Kalau membuatkan semakin jauh, something wrong somewhere :)

7. Ketawa dan menangis bersama
Bak kata orang2 tua, Sehidup dan semati gitu

Selagi tiada ikatan nikah antara 2 orang itu, walaupun sudah bertunang, dia belum tentu jodoh kita. banyak lagi cabaran dan ujian kena lalui.
so, saya boleh mencari lagi la kan? eh? HAHA

Rumusannya :
1. Pilih jodoh yang baik yang boleh beri bahagia dunia dan akhirat.
ada satu hadis yang mengatakan, "Kahwinilah seorang wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana harta, keturunannya, kecantikkannya dan juga agamanya. tapi pilihlah yang beragama nescaya kamu bahagia"

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda " tiga golongan manusia yang Allah sentiasa menolong mereka iaitu orang yang berjuang di jalan Allah (Fisabilillah), Hamba yang mencari wang tebusan untuk menebus dirinya dan Orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kesucian dirinya" Riwayat At-Tarmizi

2. Usah berputus asa :)
kalau tak ada jodoh di dunia, Allah janjikan di akhirat insyaAllah



Jodoh itu tidak pasti tapi MATI itu pasti