Saturday, July 7, 2012

kain telekung tak wajib pakai untuk solat




ehem!

pelik jugak manusia sekarang ni, kalau muslimat solat tak pakai telekung, dia orang tengok pelik jer. macam budak tu buat kesalahan besar jer. nak solat pun tak tenang. ya bukan semua orang akan pandang pelik tapi kebanyakkannya begitu lah.

sebab apa?

sebab kita dah memang set dalam minda/akal/otak kita yang kalau nak solat MISTI pakai telekung! baru sempurna. walhal, pakaian menutup aurat pun dah okay!
pemakaian telekung hanyalah budaya
Allah yang akan menilai awak-awak sekalian.
sebab tu la sesetengah orang tak solat kalau musafir, alasannya tak bawak kain telekung OR tempat solat tu tak sediakan kain telekung.

Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai, kuning dan sebagainya

herm..macam mana tu?

gambar hiasan daripada google


lagi satu hal, kain telekung tak semistinya warna putih. oh pelis lah korang. berfikiran terbuka sikit boleh.
tapi betul jugak apa yang mak saya cakap, kain telekung tak boleh berwarna pastu xleh ada munga-munga banyak2 nanti orang cakap apa.

so, kita kena ikut orang cakap la ea???


Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.


Islam tu mudah bukan ^^
so, jangan kita susahkan

Islam juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada