Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

Cara Pakai Shawl Labuh

Assalamualaikum :)

seronok tengok ramai dah orang berhijrah memakai tudung/shawl lebih labuh dari biasa
sebab ramai icon2 muslimah tampil dengan pemakaian yang patuh syarie
Alhamdulillah
semoga kita semua istiqamah 

saya memang jarang pakai shawl sebab :
1. MALAS
2. MALAS
3. MALAS

haha macam sama je semua :p
sebenarnya sebab pakai spek. jadi muka boolat tak sesuai pakai shawl bila pakai spek. kalau tak pakai spek baru ada keyakinan nak pakai shawl

sekarang ramai dah orang jual online, jual shawl panjang yang boleh jadi labuh
ALHAMDULILLAH

artis dan blogger muslimah juga dah ramai sekarang ni
artis TASHA MANSHAHAR juga sudah memiliki perniagaan sendiri dan pakai tudung labuh jugakk. hee. alhamdulillah
DENA BAHRIN, IRINE NADIA, NUR AMIRAH
memang lebih sopan dan cantik bila pakai labuh kan?
^_^

disebabkan saya 'tokey' tudung jugak
orang selalu tanya tutorial pakai shawl macam mana?
pakai tudung ni macam mana?

serius saya tak pandai nak ber'tutorial'
kecuali kalau datang depan2, senang skit nak ajar tutorial hihi

tapi sejujurnya tak susah pun pakai shawl labuh ni

SHAWL SHIMMER daripada FLUFFY STUFF

boleh pilih macam2 warna disini

simple je cara pakai ni

saya tertarik dengan tutorial blogger femes ibu medina ni
sumber dari IRINE NADIA MARCELLO


panjang 2 meter dan lebar 0.75 meter sahaja shawl ini

hari tu masa buka booth di KTC
ada seorang customer datang. dia cakap badan dia sedikit berisi jadi tak sesuai pakai shawl, nanti tak cover dan tak labuh
lalu pun ajar cara2 pakai cara saya pakai
alhamdulillah beliau suka dan terus grad dua helai tudung
kawan dia yang tengok pun excited dan grab satu shawl shimmer ^^

senang jer, cuma nak dan tak nak atas diri masing2 je kan :)

ini pulak cara pakai shawl di bahagian muka boleh buat macam bawal
kalau rasa muka tak sesuai pakai macam shawl, boleh try macam tutorial NUR AMIRAH ini

gambar kredit to by NUR AMIRAH 11



SELAMAT MENCUBA :)

jom pakai shawl labuh 

Sunday, September 7, 2014

Pengalaman First Booth Fluffy Stuff

Assalamualaikum :)



alhamdulillah baru selesai kerja2 buka booth untuk Fluffy Stuff di Baza Festival yang berlangsung pada 5&6 September bertempat di KTC KB

pengalaman first time buka booth memang best
mula-mula rasa takut jugak. entahlah, mungkin sebab first time kot nak buka booth dan jumpa dengan orang ramai
tapi alhamdulillah dipermudahkan segala hal dan dapat jumpa ramai orang dan bermacam gaya dan perangai

memang kena belajar dan kena paham dan tahu dan jumpa orang ramai kan? berapa banyak 'dan' daa

1. HATI KENA KENTAL
haha.yang ni memang lawak. harga buka booth memang lain dengan harga online. memang harga promosi giler2 dah bagi sebab tujuan buka booth ni pun nak bagi orang kenal Fluffy Stuff ni...mana la tahu lepas ni buka booth luar kelantan pula kan? insyaAllah amin :)
hati kena kental sebab orang tawar menawar.lagi2 yang datang tu peniaga jugak.haha. memang pening dibuatnya wuwuwu. rasa nak nangis disitu jugak! haha ini over

2. SENYUM SOKMO
yang ni memang la kan. kena senyum jer pada customer dan juga orang lalu lalang even orang tak senyum kat kita
ada customer datang tak senyum pun. kita pulak yang takut haha.

yang pengalaman best orang ajak bergambar. tiba-tiba rasa macam 'retis' bila orang ajak bergambar dan berselfie. memang suka bergambar cuma segan dengan orang tak berapa kenal. hehe.

yang part suruh ajar tutorial tudung dan shawl ni tiba2 jadi ketar2...tangan sejuk tak tau sebab nervous atau aircond? haha. tapi alhamdulillah boleh manage dengan baik :)

ada customer datang hari jumaat. hari sabtu datang lagi sebab nak beli lagi tudung. alhamdulillah :)

semistinya tudung dan shawl palestin paling laris :)

SEMOGA FLUFFY STUFF DAPAT BANTU ORANG MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

sebab ada pasangan suami isteri datang, baru kahwin kot, si isteri try tudung lepas tu tanya suami macam mana? dia cakap suami dia nak dia pakai tudung tutup bahagian depan. alhamdulillah terus grab 4 helai tudung dan shawl. suami dia pun sporting dan lawak. haha. kan pemilihan pasangan tu penting? syukur dapat suami macam tu, boleh didik isteri menutup aurat dengan sempurna kan :)

insyaAllah, plan for next future





Sunday, June 1, 2014

My first Nuffnang GAJI

Assalamualaikum :)

after a very very long holiday
yes, i am a lazy blogger :p

pasni saya ingat nak review kedai makan yang best2 la sebab saya kan peminat makanan

alhamdulillah, perniagaan saya berjalan lancar walaupun interview saya ke laut
cik wan, awak kena improve tau x?

memandangkan saya ni lazy blogger, jadi ni lah first gaji daripada nuffnang. xdapat lagi sebenarnya sebab baru claim dan kena tunggu 30 hari baru dapat cek dari nuffnang

terima kasih nuffnang. akan ku manfaatkan blog ini sebaik mungkin ^-^


oklah kan?
alhamdulillah ^_^



Tuesday, July 2, 2013

Lunaa Halfmoon

Assalamualaikum wbt :) 

 Kali ini kami tampilkan Shawl Lunaa Halfmoon yang terbaru dengan 10 warna menarik. Menggunakan material high quality chiffon yang tidak jarang. jadi kalau dah lilit2 tu tak payah pakai inner pun xpe. Boleh digayakan dengan pelagai gaya 

 Price : RM45 include postage 

 Material : High Quality chiffon (tak jarang) 

 Ukuran : 2.0meter X 1.0 meter 

 No booking. Happy shopping :)

 emel nurulhanini91@gmail.com jika berminat

3 SEBAB HALF MOON INI PATUT MENJADI PILIHAN ANDA:
 Senang dibentuk!  Tahan kedut!  Design eksklusif!

Memperkenalkan design eksklusif halfmoon terbaru dari Fluffy Stuff. Direka khas untuk muslimah yang suka bergaya di samping menutup aurat dengan piawaian patuh syariah!

Jenis kain ini sangat mudah dibentuk mengikut kesesuaian anda. Kain ini tebal dan tidak jarang...

Paling best, halfmoon ini TIDAK MUDAH berkedut. Tak perlu nak seterika pun tak apa.


R̶M̶55̶ RM45 SAHAJA dan PERCUMA KOS PENGHANTARAN!

AMARAN : STOK tinggal 10 helai SAHAJA!