Friday, July 24, 2015

5 benda yang paling nak buat di hari raya

Assalamualaikum!

lama sangat rasanya dah tak update blog ni. hari ni rasa rajin pulak nak buat
sekarang dah kawin 5 bulan dah.
nanti kalau free saya akan tulis perkahwinan 'bajet' kami 5 bulan lepas hee

sebelum tu rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf kalau ada salah silap!

tahun ni raya beza sikit sebab pertama kami beraya sebagai seorang isteri. bermakna ada dua buah rumah la kena ulang alik. rumah kami dekat, jadi selang sehari gilirannya. memang agak penatlah sebab nak kena usung sana sini haha
tapi untung la jugak. Pagi raya solat di rumah saya, lepas makan terus ke rumah si suami. beraya sampai ke petang. penat ~.~

# 1 BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA
Sebab hari biasa kita jarang berkumpul dengan keluarga, sebab masing2 dok jauh. Jadi waktu hari raya ni jelah yang sempat kumpul ramai dan bergambar! tapi tahun ni macam kalut sikit sebab ada dua buah rumah. kejap je boleh amik gambar. oklah daripada tiada
tahun ni pagi raya ada family abang no 2 jer. yang lain pagi raya di rumah mertua.

# 2 SHOPPING BAJU RAYA
Hurmm. tahun ni rasanya tak beli baju raya..woowww.. memang pencapaian yang terbaiklah. biasa tiap2 tahun, saya lah yang paling meriah dan banyak baju. tapi memandangkan ada beberapa helai baju yang belum pakai dan kain yang belum dijahit, maka guna sahaja baju lama yang belum dipakai itu. 
dan maka raya pertama warna berbeza dengan suami. suami hijau mint dan saya biru turqoise HAHA
rare la sikit. nanti ada anak tahun depan, kita beli sekayu ok? :p

# 3 MENIKMAT JUADAH RAYA
Yang ni paling best. lepas raya timbang2 terus naik 2 kg lagi. aishh
Memang suka sangat bab makan. Nasi impit, Kuah kacang, sate goreng, nasi dagang, roti jala, kuzi, nasi arab dan macam2 lagi

# 4 BERTEMU KAWAN-KAWAN
Tahun ni, belum bertemu kawan-kawan lagi. Semuanya biziii T_T
dan suasana berbeza tahun ini

# 5 BERGAMBOR
Ini pun kegemaran para wanita kan? selfie, wefie semua ada. 

ok bye. assalamualaikum. selamat hari raya :)

No comments:

Post a Comment