Thursday, September 20, 2012

Wanita yang haid, boleh ke masuk masjid?


 kredit to ustazah Fatimah Syarha :)


Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.

Perlu diperjelaskan juga... Ia bukan isu khilaf bagi orang yang belajar atau mengajar fiqah berpandukan pendapat-pendapat lama semata-mata. Iaitu berpandukan pendapat imam yang empat sahaja. Ia suatu isu khilaf bagi orang yang belajar dan mengajar fiqah dengan cara menghargai pendapat lama dan meraikan pendapat baru/kontemporari.

Dengan cara kedua inilah, saya belajar dan diajar tentang fiqah. Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini, beliau menjawab wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha'.

Namun beliau berkata lagi, "Ternyata saya telah membuat mereka berada dalam kesempitan dalam masalah yang sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan."

Beliau mengkaji nash-nash sahih, kuat dan jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yang tidak menghalalkan wanita haid dan junub masuk masjid itu penuh dengan sanad-sanad lemah dan tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum. Kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yang mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.

Saya dan jutaan muslimah serata dunia berbahagia memilih kemudahan ini. Jika ada di kalangan kalian yang tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama-sama berlapang dada. Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dengan hina-menghina

No comments:

Post a Comment