Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah.
Akhirnya dapat jugak habiskan bacaan buku travelog haji mengubah sempadan iman ditulis oleh professor Muhd Kamil Ibrahim
Dan terima kasih untuk sahabat saya kerana bagi pinjam buku travelog haji ni sebagai persediaan untuk kesana katanya
Walaupun lambat habiskan bacaan ni tapi hari ini 1 Syaaban 1434h berjaya jugak habiskannya.
Ya Allah sebulan jer lagi nak puasa. Cepatnya masa berlalu. Moga aku sampai kepada Ramadhan nanti.
Dan ini bermaksud tak sampai sebulan jer lagi nak kesana :)
Dalam dok baca buku ni, macam2 pikir. Perasaan sangat gembira tu ada sebab ini adalah peluang yang Abah janjikan untuk bawak anak bongsunya kesana.
Sama2 tunaikan umrah. Baru tahu kenapa abah nangis masa call dari Mekah tahun lepas. Sebab Abah pikir janji dia nak bawak saya ke sana. Dan mungkin rindukan saya. Hee terharu :)
dannn perasaan takut tu tetap ada.
"Secara ringkas saya ketakutan kerana menganggap saya adalah manusia yang jahil. Manusia fakir, tidak berilmu dan sangat sangat tidak warak...." ok ini ayat buku..
Dan yang paling takut memikirkan yang Allah akan memberi pembalasanNya ketika saya berada di tanah suci nanti..
Ya Allah.. Tiap2 hari berdoa moga Allah ampunkan dosa2 yang banyak ni dan dosa2 kedua ibu bapa. Dan sentiasa sihatkan tubuh badan aku, ma dan abah aku untuk kami sama2 menunaikan umrah nanti dan Ya Allah sampaikanlah aku dan kedua ibu bapaku menjadi tetamu Mu Ya Allah. Sampaikanlah sampaikanlah sampaikanlah Ya Allah
Serius macam tak percaya tak sampai sebulan jer lagi ^_^
takut....
Dalam dok baca buku ni, terpkir jugak nak buat haji dalam usia muda. Mungkin lebih senang untuk bergerak sebab dengar cerita macam2. Dah tua nanti takut tak larat.
Kalau abah ma diberikan nikmat kesihatan sampai 2019 nanti, insyaAllah sama2 teman aku buat haji pulak?
InsyaAllah. Kita hanya merancang tapi segala2nya Allah yang tentukan. Oh abah dah daftar lama dah nama saya di tabung haji dan mengikut giliran, nama naik 2019 katanya. Maknanya umur masa tu 28 tahun. Kalau dipanjangkan umur lah :)
ok bai. nak final exam dah rabu ni T_T
No comments:
Post a Comment