Assalamualaikum wbt :)
terlebih dahulu, alhamdulillah Allah bagi kesempatan hidup dan
merasa kerjakan umrah di usia muda
alhamdulillah...terima kasih abah ma yang fully support anak
perempuan dia ni haaa (nasib baik ada sorang jer anak perempuan macam ni.hehe)
insyaAllah nak kongsikan pengalaman disana, bukan niat nak
menunjuk-nunjuk, cuma nak kongsikan. insyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh la
kamu2 merasa berada disana :)
tahun lepas abah ma dah buat umrah bulan 3...masa tu saya masih
belajar di upm. jadi abah janji nak bawak saya ke sana jugak...masa abah sampai
sana, abah call dan menangis...abah kata teringat kat saya. teringat janji dia
nak bawak saya ke sana. dah la masa abah call, tengah study nak test 1. ada
beberapa jam je lagi nak test masa tu.haiyaa. sabor jer la. jadi anak dia ni
pun ikut la menangis sama. haha
so, abah plan la untuk pergi tahun ni. lepas saya tamatkan
pelajaran saya. alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami
jadi perjalanan kami bermula 5/7/2013....jadual asal travel agensi
cakap pergi pagi 5/7, so abah pun beli lah tiket dari KB ke KL hari sebelum tu
(4/7) malam...tapi lepas tu cakap tukar plan pulak...still flight 5/7 tapi
malam dan ke Jeddah bukan ke Madinah terus. so kat situ dah rugi dah sehari.
tapi Alhamdulillah...last minit punya dia tukar...hari 4/7 pagi tu dia call
cakap kembali pada plan asal. jadi malam 4/7 tu jugak kena turun ke KL. nasib
baik semua barang dah siap packing..fuhhh. jadi tido la kat KLIA tu sampai ke
pagi esok dan berlepas ke Madinah terus :)
here you go..abah, me and ma :) |
sewaktu tiba dia Madinah, kapten kapal terbang umumkan yang
kawasan disitu sedikit berangin...nampak jer padang pasir sana, ya
Allah...keluar jugak air mata. terharuuuu...tak sangka dah sampai bumi Madinah.
bumi Rasulullah. Allahhumasollialasaidinamuhammad...
turun jer kapal terbang
tu.....berangin...tapi....Allah...Allah...wap panas dia. hanya Allah jer yang
tahu. panasnya. dalam kepala ni pikir dah, macam mana nak duduk sini kalau
macam ni. tp mulut diamkan jer, sebab orang cakap mulut kena jaga kat sana...terus
tak nak pikir dah macam2...abah sampai beristighfar sebab panas sangat T_T
naik bas menuju ke hotel. alhamdulillah hotel cantik :) bagi saya
hotel dekat je dengan masjid tapi ma cakap jauh..huhu..entah, mungkin sebelum
ni ma abah duduk lagi dekat kot sebab tu diorang rasa jauh...sampai2 dah
asar...naik bilik, amik wuduk dan pergi masjid...Allah...masuk jer perkarangan
masjid..."CANTIKNYA"....tak boleh nak cerita excitednya...masa tu lah
jumpa kawan kat sana, sama travel agensi..sebab saya tak boleh masuk masjid,
dia pun xboleh, jadi duduk sekali laaa...
nama hotel tempat kami menginap |
sepanjang duduk masjid, dah rasa macam kaunter pertanyaan
dah...mana la saya paham bahasa arab..lepas tu baru tahu diorang ni tanya kat
mana nak amik wuduk..haha...kalau setiap kali orang tanya, tunjuk je ke kawasan
amik wuduk tu...ada sekali tu orang tu tak habis tanya lagi terus tunjuk ke
sana..dia pun ulang "raudhoh..raudhoh"...terus tukar arah ke sebelah
lain...:p
ada satu malam tu, rasanya malam hari kedua disana kot, sewaktu menunggu orang habis isyak, masa antara magrib dan isyak, tiba2 datanglah seorang pakcik ni...al maklumlah, saya ni mana ada pengalaman...ingatkan dia nak tanya arah ke hapee...
"assalamualaikum sister...do u understand english"
saya pun anguk2 je lah
"i am from pakistan...i dont have any money..bla bla bla" dia cerita pasal mak dia ke hape, macam2 sebab xdengar dah lepas tu. lepas dia dah habis cakap, saya jawab "i dont have any money" sambil geleng2 kepala...sebab memang duit tak de pun dalam beg. kawan kat sebelah ni tanya "nak bagi ke"...lepas tu kitorg buat tak tahu je..dia pun pergi ke orang arab pulak...baru teringat abah pernah cerita...balik hotel cerita kat abah ma pasal tu. keesokkan dan hari2 seterusnya abah pulak yang kena. tiap2 hari pulak tu datang kat abah...hoho
saya suka memerhati....so, memang kerja tengok orang jer la
kan...macam2 jumpa yang tiada di Malaysia.
pemandangan sewaktu nak masuk magrib. cantik kan langit dan masjid ni |
hari kedua, kami dibawa melawat ke raudhoh. as usual, saya berdoa
dari luar jer :)
then ke perkuburan baqi...mengikut ustazah, para syuhada ada
disana dan orang yang meninggal di Madinah juga dikuburkan disana. perempuan
tidak dibenarkan masuk ke sana, berdoa dari luar jaa
gambar pintu masjid nabawi.cantik ^_^ |
lepas tu balik bilik...beli aiskrim mangga dan coklat. masyaAllah
sedapnyaaaa....sehingga menjilat jari. 5riyal satu.
lepas zohor jalan2 dengan abah ma ke mall berdekatan. banyak
rupanya kedai kat situ. huhu. sebab dahaga beli la air kat sana..ingat air
blend macam kat malaysia...rupanya blend buah jer. manisss...tak boleh nak
minum air tu. bawak balik hotel campur dengan air...duduk sini lama2 boleh kena
kencing manis! oh, got new jubah umbrella cut dan one for my mom. ihik! saya
suka shopping!
air buah yang manis yang teramat |
haaa...satu benda yang paling tak suka shopping kat sini. mat arab ni tak boleh tanya, kalau tanya dia terus pegang..erk pegang orang lelaki laa..tambah2 yang jenis orang putih tuu.penat tengok diorang ni.macam paksa orang beli pulak. banyak2 kedai rasa nak masuk semua tapi takut...sampai cakap kat abah "abah tak payah masuk laa.." tengok jer dari jauh.haha
hari ketiga kami dibawa ke Masjid Quba. masjid yang pertama dibina
oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....ada hadis mengatakan sesiapa yang
datang di masjid quba dan solat 2 rakaat tahiyatul masjid, pahalanya sama seperti
mengerjakan satu umrah...wuu..untung orang yang p solat sana kan :) saya? duduk
luar la..doa dari luar
Masjid Quba |
next ke bukit uhud...masa duduk atas bas, ketua rombongan tak
habis cakap ni Jabal Rahmah...sabor jer lah...padahal ustaz kat depan dah
cerita macam2 pasal bukit uhud ni...tak ada apa, just bukit dan ada perkuburan para
syuhada
Bukit Uhud |
suka dengar ustaz tu cakap "kamu jangan ingat mereka ni mati
kerana masih hidup disisi Allah...tengok macam mana Nabi ajar nak buat
kubur...tiada satu pun bangunan di atasnya. nanti pesan kat anak2, jangan buat
apa2 atas kubur kita"....memang pun, kalau tiada pagar disitu, memang tak
tahu pun tu kubur
next ke ladang kurma. kurma mahal disini jadi beli coklat 50 riyal
1 kg jer lah :)
next ke masjid qiblatain...masjid 2 kiblat. sebab apa 2 kiblat?
sebab daripada sini lah kita dapat kiblat ke Kaabah. mula2 kiblat kita ke
baitulmaqdis.lepas tu turun ayat dari Allah kepada Nabi, dan Nabi pun solat
menghala ke Kaabah
Majid Qiblatain. Masjid 2 kiblat sebab tu ada 2 menara |
malam tu, kawan saya ni bawak p jalan2 sekitar situ sampai sakit kakiku. kalau jalan dengan abah ma, xleh jalan jauh sebab mereka tak larat sangat. so malam tu kawan bawak masuk mall. tunjuk kedai2 yang jubah murah2. dah macam kawan dia dah tokey2 kedai sana.haha.peramah budak ni..
hari ke empat bertolak ke Mekah! continue next post jika kerajinan
melanda ^_^
No comments:
Post a Comment