Assalamualaikum :)
22 Ramadhan hari ini
cepatnya masa berlalu
just nak kongsi, pagi tadi selepas sahur..terbukak facebook lepas tu rajin pulak gi tengok video "khutbah yang boleh menggoncangkan dunia"
video tu dah diedit dengan menambah visual2 apa yang sheikh tu cakap
jadi banyaklah gambar2 yang menyedihkan dan video2 yang berlaku di sana...di syria. Allah sedihnya...
tak tahu nak cakap macam mana...kenapa manusia semakin kejam??
lepas subuh, terbaca tafsir surah al-mujadilah
ya Allah...sungguh Allah itu maha bijaksana..maha mengetahui..
ringkasan mengenai surah al-mujadilah...
sesiapa yang ingkar pada Allah, dia akan dapat azab Allah suatu hari nanti...dapat neraka
nanti hari akhirat mereka akan berkata yang mereka tidak munafik padahal Allah Maha mengetahui...
ayat 21: Allah telah menetapkan, "Aku dan rasul-rasulKu pasti menang." Sungguh Allah Mahakuat, Mahaperkasa
percaya yang Allah bersama mereka...hasbunallah wa nikmal wakil
mungkin Allah tak tunjuk sekarang. Allah tangguhkan kemenangan kita. suatu hari nanti Allah akan balas semua yang baik buruk kamu2 semua
doa senjata umat Islam. doalah untuk kita dan mereka. moga Islam akan menang suatu hari nanti. moga Allah bantu pejuang2 Islam disana dengan menghantar bantuan2 seperti yang terjadi zaman2 dahulu
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
betul jugak cakap ustaz syaari...dia cakap, setiap hari buka la al-quran dan amik je mana2 helaian dan tunjuk je mana2 ayat secara rambang...dan baca tafsirnya...mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk..:)
wallahualam...
Allah bantulah kami umat Islam
No comments:
Post a Comment