Sunday, October 13, 2013

RESEPI : Suci Dalam Debu

Assalamualaikum dan hi!!

dah lama tak post pasal resepi.
ingat kita tak pandai masak kewww ~.~

macam abah saya yang memang tak percaya anak dia boleh masak. i know la i jarang masuk dapur tapi tak semistinya tak boleh pegang kuali. aishhh

hari tu masa mak sakit, abah lapar, so saya la masak. alah goreng maggi jer pun. boleh abah persoalkan "pandai dop masok"

dengan laju anak dia jawab "dop" dan tung tang tung tang siap jugak maggi goreng okayy. yang kedua yee mee kicap. kata abah "awak ke masak ni"...haha nampak tak betapa tak percayanya kepadakuhh. last2 licin jugak abah makan. :D

okay back to topic

BAHAN-BAHAN:

2 Sudu Besar Nestum
2 Sudu Besar Susu Tepung
1 Sudu Besar Gula
Kulit Popia







CARA-CARA:
1. Potong Kulit popia kepada 4 bahagian dan satu bahagian tu lipat kepada 4 pulak
2. Goreng kulit popia sampai kuning
3. Blend nestum, susu tepung dan gula sampai hancur lumat
4. Gaul kulit popia yang digoreng tadi dengan bahan-bahan yang diblend

dannn..jadi laa. ranggup untuk dimakan ^_^


Sunday, October 6, 2013


gambar first time tengok Kaabah :)

waktu selepas asar

ingatkan aku sorang jer pengalaman rasa macam sayu jer first time tengok Kaabah
hari tu dengar talk kak Heliza Helmi, dia pun sama. rasanya semua orang first time tengok Kaabah ada kot perasaan tu
bercucuran air mata

semalam ayah angkat call
terkejut jugak. ingat jugak ayah kat anak dia ni.ihik :D
sebelum ayah berangkat dah pesan siap. banyak2 pesanan aku, satu jer dia nampak ehhh
"Ayah, jaga diri elok2. doakan saya dan keluarga sihat, bahagia dunia dan akhirat dan doakan jodoh saya haha"

apa lagi..dia respon yang last tu lah. siap nak carikan lagi
aiseh! 
laju2 cakap. "eh ayah tak apalah. cuma doakan saya jer"

nasib baik ayah ni banyak cakap, jadi aku pun excited la cakap dengan ayah
ayah cakap kat sana panas. debu banyak sampai tak nampak jam tu
orang ramai. nak gi tawaf sunat pun tak sempat lagi. pukul 9 pagi tu dah bersiap-siap nak gi solat zohor dah
awal kottt. yelah, misti kena gi awal, kalau tak solat atas dataran la jawabnya.

aku pernah rasa yang debu bertebangan memenuhi ruang
dah la masa tu dalam ihram. nak tutup muka pun rasa was was

tapi aku pelik dengan orang ni, bahagian belakang dalam masjid penuh orang. tapi kat tengah kosong. sampai penat terpaksa langkah orang sebab nak cari saf kosong kat bahagian tengah.
dulu kalau waktu subuh, banyak kot kosong kat tengah, tapi belakang penuh.aishhh

kalau kat Mekah kan air zam zam free. memang duduk kat situ minum air zam zam la. baca doa dan niat setiap kali minum sebab tu antara doa mustajab kan
ada satu kali pengalaman gi amik wuduk tempat air zam zam bahagian perempuan dalam masjid tu sebab hari tu tertidur dalam masjid nak tunggu asar 
MasyaAllah. Allahuakhbar. tu lah kali pertama dan terakhir amik wuduk situ. memang tak nak dan tak akan gi lagi situ. HAHA
dengan berebutnya. tak sabarnya. bisingnya. tertolaknya
T_T

nasib baik masa aku amik wuduk tu, kawan protect belakang aku. kalau tak memang terkepit dah aku kat situ.
tapi kat bahagian lelaki, rilekkkk jerr

masa forum Lambaian Kaabah tu, kak Heliza Helmi cakap yang sebelum dia menunaikan umrah tu, memang macam macam yang fikir. sebagai persediaan nak kesana. yelah sebab kita tahu kita banyak dosa

same la macam aku nak kesana. punyalah risau sampai down rasa. 
ni misti sebab dulu banyak sangat baca buku mastika
dalam tu kan banyak cerita2 pelik yang berlaku di tanah suci
so, aku memang takut giler2. what if kalau Allah bayar cash? macam mane kalau itu. kalau ini

tapi alhamdulillah. Allah permudahkan segala-galanya
kami sihat, alhamdulillah
dan perjalanan umrah, alhamdulillah semua smooth jer
^_^

terima kasih Allah di atas peluang ini

haa, yang tak daftar haji lagi tu, cepat2 lah daftar yer :)
insyaAllah kalau nyawa masih ada dan abah ma sihat walafiat, haji akan menyusul
rezeki di tangan Allah
yakin lah :)



Thursday, September 26, 2013

Berapa ramai P E N G A N T I N melupai Allah

Assalamualaikum :)

Berapa ramai P E N G A N T I N melupai Allah.......HANYA KERANA SAYANG MAKE UP.

Ramai yang memohon pada Allah agar hari perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan sebagainya...... TETAPI saat Allah mahkbul kan doa tue , lihat lah pada hari itu bagaimana kamu KUFUR nikmat .

KERANA MAKE UP kamu tak solat ZOHOR , ASAR , Kadang sekali magrib pun dak , ada yang kumpul kan solat di waktu ISHAK . Make up tak haram , tapi jadi HARAM sebab kamu meninggalkan solat dengan sengaja .

HUKUM meninggalkan solat dengan sengaja , Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimaullah berkata: “Kaum muslimin tidak berselisih bahwa meninggalkan shalat fardhu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar. Dosa meninggalkan sholat dengan sengaja disisi Allah lebih besar dari membunuh, mnecuri, berzina, dan minum-minuman keras. meninggalkan sholat dengan sengaja akan mendatangkan murka dan Adzab Allah serta kehinaan didunia dan di akhirat.“

Sesetengah ulama besar mengatakan harus di bunuh , dan sebahagian lagi berpendapat, ia tidak dibunuh tetapi ditahan sampai mati atau bertaubat hampa taw dak.

mereka mengatakan, (orang itu) wajib dibunuh, berselisih pendapat tentang menagapa ia dibunuh, apakah pembunuhan itu sebagai hadd yakni (hukuman) seperti dibunuhnya si pembunuh atau si pezina atau si perompakk ataukah ia dibunuh karena murtad ?

Jika ia dipandang murtad, berarti meninggalkan sholat termasuk perbuatan dosa yang menjadikan orang yang mengerjakannya keluar dari Islam, dan berarti ia termasuk pengecualian dari macam-macam kaba-ir (dosa-dosa besar) sebagaimana syirik, yaitu dikecualikan dari kabirah (dosa besar) pada hadits ‘Ubadah bin ash-Shamit dengan dalil-dalil yang lain dari Al Qur’an dan As-Sunnah. Mereka yang mengatakan wajib dibunuh .

RUPANYA ramai kan ummat rasulillah yg murtat , dalam pengajian ana 2 hari lepas , morobbi ana ada memberi tahu 1 hadis yg berbunyi di ahkirat kelak , ada ummat Nabi Muhammad s.a.w datang ke telaga kausar , tetapi mereka seolah2 berpatah balik , kerana ramai di antara mereka yang MURTAT .

UBAH naa semua , tak rasa malu kah kita di hadapan Allah , kita minta tlg Allah macam2 bila Allah bagi kita tinggal dia , dah ada pula kesusahan minta pula . HARAM telaga kausar bagi orang yang murtat . Mari sembahyang sunat taubat , yang bakal kahwin tu jangan buat-buat LUPA , ni ana dah pesan dah ni...... type panjang2 satgi x larat baca pula , so ana ringkas kan MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA adalah termasuk dalam DOSA-DOSA BESAR.........


via sahabat FB :)


Wednesday, September 11, 2013

KIsah di Makkah part3

Assalamualaikum wbt :)

okay nak sambung lagi cerita semasa menunaikan umrah di Makkah

sesampainya di Makkah, memang tak pernah ingat pun pesanan orang pasal orang yang 'meminta' ini. lepas berlaku depan mata baru teringat dan percaya

Subhanallah, ramai sangat orang yang meminta ni

masa di Madinah, ada tapi tak ramai. dan sebelum ini saya pernah cerita yang saya disapa oleh seorang Pakistan berbahasa Inggeris tu. dah memang betul tak bawak duit masa tu

haaa. masa kat Makkah ni. hotel kami memang betul-betul tepi jalan. kecik jer hotelnya tapi alhamdulillah selesa.

keluar jer hotel, ada orang yang meminta. sedih tengok. nak bagi tapi ramai sangat dan bila kita bagi kat sorang, akan ada orang lain menyerang kita. dan semuanya perempuan. sampai sentuh baju abah T_T dah la kita nak p semayang masa tu.

pernah tengok lelaki indonesia tu bagi duit. ramai gila keliling dia. nasib baik dia kaya kot. :D

ada makcik tu kena ragut dompet masa tengah nak bayar barang. terkedu makcik tu. kesian dia. oh makcik itu travel sama dengan kami

kalau lelaki stail dia lain.

kat Makkah pernah kena 2 kali. tu pun masa tengah umrah. sekali depan Kaabah, lepas tawaf, lepas solat sunat tawaf. duduk berdoa. masa tu sorang2 sebab kawan2 barisan lain. dah nampak dah ada lelaki berdiri dan lalu2 depan ni banyak kali tetiba dia duduk ditepi ni. dia panggil 'sister'. tapi buat tak tau je lah. lagipun tu tengah doa kotttt.aish

lepas tak ada respon dia pun pergi

lepas tu masa saei, jalan dengan kakak ni, ada pakcik tu tegur "hello sister, do you understand english"

kakak sebelah saya ni geleng2 kepala jer. pastu jalan terus

kadang2 terpikir jugak, kenapa sampai boleh macam ini sekali? kalau betul pun diorang tak ada duit, tak kan sampai nak meminta sedekah. padahal ini tanah haram. tanah suci. tempat orang beribadat

itu belum tengok yang buat buat tak ada tangan. ketar tangan. ramai kot yang beratur tak ada tangan dan meminta.

mak penah gi sentuh sendiri budak yang tak ada tangan tu. hakikatnya ada. kenapa? itu kan dikira menipu?

ada sekali tu masa balik umrah, tetiba diorang semua berlari. laju. tak tau berlari kenapa. sampai terjatuh duit diorang. banyakkk kottt. huu

husnuzon husnuzon

dan orang yang meminta ni bukan dari penduduk tetap Makkah

lawak pulak rasa. kat sini memang kesabaran kena tinggi. eh, WAJIB TINGGI. macam-macam boleh jumpa orang.

kena marah pun ada

kena langkah atas muka itu biasa

kena langgar itu biasa

tapi ada jer yang baik-baik
yang pedulikan orang lain
ada makcik india tu, daripada bombay. suka cakap sambil kepala gerak2 sampai saya pun terikut-ikut nak gerakkan kepala. HAHA. jahat :p
makcik ni baik, suka senyum kat saya. nasib baik pandai bahasa inggeris.

seorang lagi anak arab. kecik lagi. suka senyum jugak pastu sentuh2 saya. adoi. malu itteww HAHA
mak dia tanya "Malaysia? Indonesia?"

saya jawab "Malaysia"

pastu dia berbahasa arab. terus blank. balas dalam bahasa inggeris.

dia tanya "English?"

angguk angguk "yes"

"ohhh"

terus kalih kot lain. anak dia jer nak usik usik saya ni. malu la dik ^_^

dan pernah jugak terfikir, ada ye mazhab lain yang bolehkan perempuan dalam ihram tutup muka semua? sebab sebelum ini pernah dengar pasal isteri nabi kalau tak silap Siti Aisyah rasanya (kalau salah betulkan), buat umrah tak tutup muka, bila ada orang lelaki lalu depan dia, dia tutup sikit muka dia dengan kain...

tak ingat hadis ke apa. tapi memang pernah dengar cerita ini sebab pernah baca orang sembang pasal purdah

kalau salah betulkan ya :)



"Ustaz pesan kita kat tempat orang. tanah suci. kat sini kita kena jaga ini dan ini"
sambil tunjukkan mulut dan hati

rindu. moga aku sampai lagi kesini.
nak masuk raudah T_T

ma pernah cakap "yu, jom gi pulok tahun depan"
Allah Allah. excited aku dengar

"pray4Rabia"





Assalamualaikum wbt :)

Aku belajar jujur dari orang yang mendustaiku.
Aku belajar memaafkan dari orang yang menyakitiku.

Aku belajar berterima kasih dari orang yang mengabaikanku.
Dan aku belajar setia dari orang yang mengkhianatiku.

Berusaha untuk REDHA walau ada alasan untuk KECEWA.
Karena hakikat kita hanyalah seorang HAMBA Allah Ta`ala.