Wednesday, September 11, 2013

KIsah di Makkah part3

Assalamualaikum wbt :)

okay nak sambung lagi cerita semasa menunaikan umrah di Makkah

sesampainya di Makkah, memang tak pernah ingat pun pesanan orang pasal orang yang 'meminta' ini. lepas berlaku depan mata baru teringat dan percaya

Subhanallah, ramai sangat orang yang meminta ni

masa di Madinah, ada tapi tak ramai. dan sebelum ini saya pernah cerita yang saya disapa oleh seorang Pakistan berbahasa Inggeris tu. dah memang betul tak bawak duit masa tu

haaa. masa kat Makkah ni. hotel kami memang betul-betul tepi jalan. kecik jer hotelnya tapi alhamdulillah selesa.

keluar jer hotel, ada orang yang meminta. sedih tengok. nak bagi tapi ramai sangat dan bila kita bagi kat sorang, akan ada orang lain menyerang kita. dan semuanya perempuan. sampai sentuh baju abah T_T dah la kita nak p semayang masa tu.

pernah tengok lelaki indonesia tu bagi duit. ramai gila keliling dia. nasib baik dia kaya kot. :D

ada makcik tu kena ragut dompet masa tengah nak bayar barang. terkedu makcik tu. kesian dia. oh makcik itu travel sama dengan kami

kalau lelaki stail dia lain.

kat Makkah pernah kena 2 kali. tu pun masa tengah umrah. sekali depan Kaabah, lepas tawaf, lepas solat sunat tawaf. duduk berdoa. masa tu sorang2 sebab kawan2 barisan lain. dah nampak dah ada lelaki berdiri dan lalu2 depan ni banyak kali tetiba dia duduk ditepi ni. dia panggil 'sister'. tapi buat tak tau je lah. lagipun tu tengah doa kotttt.aish

lepas tak ada respon dia pun pergi

lepas tu masa saei, jalan dengan kakak ni, ada pakcik tu tegur "hello sister, do you understand english"

kakak sebelah saya ni geleng2 kepala jer. pastu jalan terus

kadang2 terpikir jugak, kenapa sampai boleh macam ini sekali? kalau betul pun diorang tak ada duit, tak kan sampai nak meminta sedekah. padahal ini tanah haram. tanah suci. tempat orang beribadat

itu belum tengok yang buat buat tak ada tangan. ketar tangan. ramai kot yang beratur tak ada tangan dan meminta.

mak penah gi sentuh sendiri budak yang tak ada tangan tu. hakikatnya ada. kenapa? itu kan dikira menipu?

ada sekali tu masa balik umrah, tetiba diorang semua berlari. laju. tak tau berlari kenapa. sampai terjatuh duit diorang. banyakkk kottt. huu

husnuzon husnuzon

dan orang yang meminta ni bukan dari penduduk tetap Makkah

lawak pulak rasa. kat sini memang kesabaran kena tinggi. eh, WAJIB TINGGI. macam-macam boleh jumpa orang.

kena marah pun ada

kena langkah atas muka itu biasa

kena langgar itu biasa

tapi ada jer yang baik-baik
yang pedulikan orang lain
ada makcik india tu, daripada bombay. suka cakap sambil kepala gerak2 sampai saya pun terikut-ikut nak gerakkan kepala. HAHA. jahat :p
makcik ni baik, suka senyum kat saya. nasib baik pandai bahasa inggeris.

seorang lagi anak arab. kecik lagi. suka senyum jugak pastu sentuh2 saya. adoi. malu itteww HAHA
mak dia tanya "Malaysia? Indonesia?"

saya jawab "Malaysia"

pastu dia berbahasa arab. terus blank. balas dalam bahasa inggeris.

dia tanya "English?"

angguk angguk "yes"

"ohhh"

terus kalih kot lain. anak dia jer nak usik usik saya ni. malu la dik ^_^

dan pernah jugak terfikir, ada ye mazhab lain yang bolehkan perempuan dalam ihram tutup muka semua? sebab sebelum ini pernah dengar pasal isteri nabi kalau tak silap Siti Aisyah rasanya (kalau salah betulkan), buat umrah tak tutup muka, bila ada orang lelaki lalu depan dia, dia tutup sikit muka dia dengan kain...

tak ingat hadis ke apa. tapi memang pernah dengar cerita ini sebab pernah baca orang sembang pasal purdah

kalau salah betulkan ya :)



"Ustaz pesan kita kat tempat orang. tanah suci. kat sini kita kena jaga ini dan ini"
sambil tunjukkan mulut dan hati

rindu. moga aku sampai lagi kesini.
nak masuk raudah T_T

ma pernah cakap "yu, jom gi pulok tahun depan"
Allah Allah. excited aku dengar

"pray4Rabia"




1 comment: