Sunday, October 6, 2013


gambar first time tengok Kaabah :)

waktu selepas asar

ingatkan aku sorang jer pengalaman rasa macam sayu jer first time tengok Kaabah
hari tu dengar talk kak Heliza Helmi, dia pun sama. rasanya semua orang first time tengok Kaabah ada kot perasaan tu
bercucuran air mata

semalam ayah angkat call
terkejut jugak. ingat jugak ayah kat anak dia ni.ihik :D
sebelum ayah berangkat dah pesan siap. banyak2 pesanan aku, satu jer dia nampak ehhh
"Ayah, jaga diri elok2. doakan saya dan keluarga sihat, bahagia dunia dan akhirat dan doakan jodoh saya haha"

apa lagi..dia respon yang last tu lah. siap nak carikan lagi
aiseh! 
laju2 cakap. "eh ayah tak apalah. cuma doakan saya jer"

nasib baik ayah ni banyak cakap, jadi aku pun excited la cakap dengan ayah
ayah cakap kat sana panas. debu banyak sampai tak nampak jam tu
orang ramai. nak gi tawaf sunat pun tak sempat lagi. pukul 9 pagi tu dah bersiap-siap nak gi solat zohor dah
awal kottt. yelah, misti kena gi awal, kalau tak solat atas dataran la jawabnya.

aku pernah rasa yang debu bertebangan memenuhi ruang
dah la masa tu dalam ihram. nak tutup muka pun rasa was was

tapi aku pelik dengan orang ni, bahagian belakang dalam masjid penuh orang. tapi kat tengah kosong. sampai penat terpaksa langkah orang sebab nak cari saf kosong kat bahagian tengah.
dulu kalau waktu subuh, banyak kot kosong kat tengah, tapi belakang penuh.aishhh

kalau kat Mekah kan air zam zam free. memang duduk kat situ minum air zam zam la. baca doa dan niat setiap kali minum sebab tu antara doa mustajab kan
ada satu kali pengalaman gi amik wuduk tempat air zam zam bahagian perempuan dalam masjid tu sebab hari tu tertidur dalam masjid nak tunggu asar 
MasyaAllah. Allahuakhbar. tu lah kali pertama dan terakhir amik wuduk situ. memang tak nak dan tak akan gi lagi situ. HAHA
dengan berebutnya. tak sabarnya. bisingnya. tertolaknya
T_T

nasib baik masa aku amik wuduk tu, kawan protect belakang aku. kalau tak memang terkepit dah aku kat situ.
tapi kat bahagian lelaki, rilekkkk jerr

masa forum Lambaian Kaabah tu, kak Heliza Helmi cakap yang sebelum dia menunaikan umrah tu, memang macam macam yang fikir. sebagai persediaan nak kesana. yelah sebab kita tahu kita banyak dosa

same la macam aku nak kesana. punyalah risau sampai down rasa. 
ni misti sebab dulu banyak sangat baca buku mastika
dalam tu kan banyak cerita2 pelik yang berlaku di tanah suci
so, aku memang takut giler2. what if kalau Allah bayar cash? macam mane kalau itu. kalau ini

tapi alhamdulillah. Allah permudahkan segala-galanya
kami sihat, alhamdulillah
dan perjalanan umrah, alhamdulillah semua smooth jer
^_^

terima kasih Allah di atas peluang ini

haa, yang tak daftar haji lagi tu, cepat2 lah daftar yer :)
insyaAllah kalau nyawa masih ada dan abah ma sihat walafiat, haji akan menyusul
rezeki di tangan Allah
yakin lah :)



No comments:

Post a Comment