Sunday, January 27, 2013

jadikan aku seorang yang SABAR

Assalamualaikum wbt :)

Bismillahirrahmanirrahim.



saya mulakan dengan satu pepatah inggeris yang mengatakan, "Sometimes we have to learn it the hard way"

dan satu lagi nak kongsi, "sesungguhnya setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmah yang Allah aturkan yang lebih baik"

sebenarnya tengah nasihatkan diri sendiri. it hard for me. tapi saya kena tahan. yes i have to. kalau hampir 3 tahun kamu boleh bertahan wan nurul hanini, kenapa bukan satu semester lagi?
YA ALLAH, jadikan aku seorang yang tabah dan sabar dengan apa yang Kau rancang untuk aku


Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Allah uji hambaNya dengan pelbagai ujian dan yang pasti Allah tahu, dan Allah tak akan uji seseorang itu di luar kemampuannya kan?
ada orang di uji dengan SAKIT, dengan HARTA, ILMU PENGETAHUAN, MUSUH dan lain2 lagi. tapi itu untuk melatih kita. jadi orang yang sabar dan beriman :)

seseorang yang dikatakan benar-benar menghayati erti kesabaran adalah apabila saat dirinya diuji, dia akan berasa lapang.

cara saya, bila merasa sempit, nangis laju2. haha. kan air mata tu dapat melegakan perasaan orang. insyaAllah. kembali pada Allah. Allah maha mengetahui.

ermm. SABAR, senang diucapkan tapi kadang2 susah diamalkan.

ingatan buat diri sendiri,

wallahualam,

Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)

Saturday, January 19, 2013

K-FIQH persoalan diajukan oleh peserta

Assalamualaikum wbt :)

19/01/2013
hari ini ada menyertai satu program yang TERBAIK PUNYA, Konvensyen FIQH wanita dan juga hari esok insyaAllah
nama je Fiqh Wanita tapi orang lelaki pun kena amik tahu jugak sebab bukan 100% pasal wanita. tanggungjawab lelaki (suami) atau bapak kepada anak perempuannya dan lain2 lagi.

serius best dengan penceramah2 yang super duper hebat. kongsi ilmu mereka yang best tu..

well, pengalaman cerita lain kali insyaAllah kalau rajin yer.
ni just antara persoalan2 yang peserta ajukan kepada penceramah2 hari ini. tanya melalui sms ke no telefon dan pengerusi majlis akan bacakan soalannya



Soalan terpilih:

Bagaimana mengatasi krisis pertembungan antara tggungjawab di rumah dengan penglibatan dalam NGO?

UZAR (mafhum): Berdasarkan hadith sahabat meminta izin untuk berjihad sedangkan ada ibu yang masih sakit, Rasulullah menegaskan yang di rumah dahulu mesti diselesaikan. Begitu juga dengan antara suami dan NGO, hendaklah hak-hak suami dan anak-anak dipastikan tidak terabai terlebih dahulu kemudian barulah tanggungjawab terhadap NGO boleh ditunaikan.
Namun jika komitmen yang lebih tinggi dituntut terhadap NGO seperti menjadi Presiden contohnya, dan muslimah itu pula dihargai kerjanya, dia juga bahagia begitu, maka opsyen poligami boleh dipertimbangkan. Isu ini akan lebih dibincangkan dalam forum esok, Insya Allah. Isu ini hampir sama dengan doktor Muslimah yang mungkin kurang masanya di rumah maka opsyen poligami boleh menjadi pilihan selain keredhaan dan tolak ansur suami juga PERLU di peringkat pertama. Wallahua'lam.

penambahan : sebab tu ada hadis nabi cakap buat baik pada ibu bapa itu lebih utama dari berjihad di jalan Allah :)

Seorang lelaki bertemu dengan nabi s.a.w lalu bertanya, “Bolehkah saya berjihad? Nabi bertanya; “adakah kamu ada ibubapa? Jawab lelaki tersebut; “ya, ada. Maka nabi bersabda berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya”. (Riwayat Bukhari)


Soalan: 
Bagaimana dengan perkembangan anak yang dibesarkan oleh amah akhirnya bisa menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua?

Prof Muhaya (mafhum): Dampingi anak-anak ketika dalam gelombang alpha mereka; ketika sebelum tidur, selepas mandi, ketika gembira, sampaikan embedded message kepada minda bawah sedar mereka yang ibu bapa sayang mereka, beri mereka rasa kasih sayang kita. Biar pembantu rumah kita buat tjawab fizikal anak-anak tetapi yang rohani dan kasih sayang datang daripada anak-anak.

Betapa ramai ibu yang berhenti kerja alasannya ingin menjaga anak namun akhirnya merasakan masa mereka sangat lapang sehingga kemudiannga membuang masa melayani drama semata-mata!

Berapa ramai dalam kalangan kita yang ucap terima kasih kepada pembantu rumah mereka. Betapa manusia amat suka jika mereka dihargai.

Sayangi pembantu rumah kita supaya akhirnya nanti sayang itu akan mengalir turun kepada anak-anak kita yang mereka jaga. Wallahua'lam.



tu antara soalannya jer lah. oklah semoga bermanfaat :)

Friday, January 11, 2013

i am a silent smoker

assalamualaikum wbt:)

today is friday. yeay ^^
Allahummasollialasaidinamuhammad

yes, i am a silent smoker.
sigh!

kepada perokok2 tegar di luar sana, kalau nak merokok pun, silalah merokok di kawasan yang tak de orang. dalam hutan ke. dalam perigi ke. dalam rumah kamu yang tiada orang ke.



so, xde orang nak kisah sangat
haa. kalau dah nampak sign tu tak payah lah nak gatal2 pi nyalakan puntung rokok tu

dan aku paling tak suka orang yang merokok kat tempat restoran or tempat awam
hormat la orang awam sikit
nama pun tempat awam kannn

tadi lagi teruk, naik teksi, encik driver hisap rokok sambil dengan megah dan bangganya menghembus-hembus asap rokok berkenaan hingga memasukki idungku

herm herm. aku memang dah xboleh nak bernafas dah rasa dok atas kereta tu. doa jer biar cepat2 sampai. TAK TAHAN weyy.. serius lemas T_T



semua orang akan mati. aku, kamu, dia dan mereka
setiap yang Allah ciptakan kat bumi dan seluruh alam ni akan mati dan hancur
tapi aku tak naklah jadi berpenyakit macam korang yang perokok tegar ni

orang yang menyedut asap rokok tu lebih bahaya dari korang yang hisap rokok tu, so tak payahlah membahayakan nyawa kami2 semua lagi

jagalah diri sendiri dan jagalah orang lain

kalau boleh hapuslah merokok

kang kena serang dengan perokok tegar.HAHA sebab sebelum ni penah gaduh dengan kawan abg tapi alhamdulillah dia kata dia sedang berusaha berhenti merokok ^^

siapa tahu kan. Allah tu maha hebat
bagi hidayah kat saper yang Dia kehendaki

ok bai.

Wednesday, January 9, 2013

tawaran hebat al-Quran pen digital MY QALAM

Assalamualaikum wbt :)




nak baiki bacaan al-Quran?
nak tahu bacaan tajwid yang betul?
nak tahu tafsir al-Quran?
nak hadiahkan orang atau ibubapa al-Quran?
dan nak ajar anak-anak belajar al-Quran?

jawapannya disini :)

klik banner bawah ini untuk maklumat lanjut

nurulhanini91@gmail.com

Sunday, January 6, 2013

borong tudung bawal bidang besar dengan harga yang murah

Assalamualaikum wbt :)

saya sedang mencari pemborong tudung bawal bidang besar sulam tangan atas kepala
pelbagai warna
sulaman tangan yang kemas

ada 9 helai
harga runcit rm55
jika amik borong 9 helai ni dapat harga rm40 sehelai

hubungi saya jika berminat
nurulhanini91@gmail.com

atau boleh layari fanpage https://www.facebook.com/FluffysStuffs