Bismillahirrahmanirrahim.
saya mulakan dengan satu pepatah inggeris yang mengatakan, "Sometimes we have to learn it the hard way"
dan satu lagi nak kongsi, "sesungguhnya setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmah yang Allah aturkan yang lebih baik"
sebenarnya tengah nasihatkan diri sendiri. it hard for me. tapi saya kena tahan. yes i have to. kalau hampir 3 tahun kamu boleh bertahan wan nurul hanini, kenapa bukan satu semester lagi?
YA ALLAH, jadikan aku seorang yang tabah dan sabar dengan apa yang Kau rancang untuk aku
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Allah uji hambaNya dengan pelbagai ujian dan yang pasti Allah tahu, dan Allah tak akan uji seseorang itu di luar kemampuannya kan?
ada orang di uji dengan SAKIT, dengan HARTA, ILMU PENGETAHUAN, MUSUH dan lain2 lagi. tapi itu untuk melatih kita. jadi orang yang sabar dan beriman :)
seseorang yang dikatakan benar-benar menghayati erti kesabaran adalah apabila saat dirinya diuji, dia akan berasa lapang.
cara saya, bila merasa sempit, nangis laju2. haha. kan air mata tu dapat melegakan perasaan orang. insyaAllah. kembali pada Allah. Allah maha mengetahui.
ermm. SABAR, senang diucapkan tapi kadang2 susah diamalkan.
ingatan buat diri sendiri,
wallahualam,
Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)
Kalau kesabaran itu tiada, maka tidaklah tersebar Islam ke seluruh alam seperti mana sekarang ini. Rasulullah punya cabaran sampai dilempar batu, dipulau, diperangi...Ejek hinaan cacian tu biasa je.
ReplyDeleteKalau kesabaran itu tiada, maka banyak kemudahan hari ini akan turut tiada. Contohnya, untuk menghidupkan menghasilkan mentol lampu, adakah dengan sekali buat terus jadi? Tidak, Edison pastinya mencuba berulang-ulang kali.
Kalau kesabaran itu tiada, maka banyaklah penceraian yang akan berlaku. Dalam alam perkahwinan, berapa banyak berlaku konflik? Bukan satu dua, banyak, terutama diawal fasa.
Kalau kesabaran itu tiada, maka tiadalah guru/lecturer/tutor/mentor yang akan membantu mengajari ilmu dll. Kerana untuk mencapai tahap tersebut juga memerlukan kesabaran. Pengorbanan masa, tenaga, wang....
Dan contoh terakhir, kalau tiada kesabaran, rasany memang tak ada manusia yang hidup pada hari ini. Kerana manusia pada bermula dengan fasa didalam rahim ibu, kemudian keluar menjadi bayi, kanak-kanak, remaja dan kemudiannya barulah dewasa.
Sedangkan semasa didalam rahim ibu pun berapa banyak masalah yang kita timbulkan terhadap ibu kita (loya, tak lalu makan, saiz perut membesar),
bayi (menangis tiap masa, ganggu waktu tidur),
kanak-kanak (karenah yang pelik2, aktif tak tentu pasal, ajar ilmu)
remaja (lagi banyak problem)
Nak bersabar ni memang payah, kena banyak mohon dengan ALLAH. Dan, kena tenang juga. Kena selalu renung dan tenung kesusahan yang dihadapi orang yang berjaya sebelum dia berjaya. Memang susah nak buat, tapi benda yang susah nak buat ni, kalau dah biasa, memang susah nak hilang, kata seorang guru aku.
Goodluck FYP, sem akhir.. Semoga berjaya dengan hebatnya...
P/S: Guru aku pernah mengajar, salah satu cara nak belajar sabar ni, pergi memancing.