Friday, February 14, 2014

Magnet Jodoh

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini hari Jumaat

Allahummasollialasaidinamuhammad waalasaidinamuhammad 3x

Tajuk Tanyalah Ustazah pasal jodoh pulaksss
kenapakah?

ihsan google


hehe. so ada beberapa tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan dengan jodoh

Ada 7 benda yang boleh kita lihat bahawa dia adalah jodoh kita

1. Rasa bahagia bila dengan pasangan kita.
Bila kita lihat wajahnya, dengan sikapnya, kita rasa bahagia. Bahagia dunia dan akhirat. insyaAllah

2. Boleh bertolak ansur dalam semua hal atau dalam kata lain SERASI
Serasi tak semistinya semua sama. Serasi bukan bermaksud perangai sama. itu nama SERUPA. Allah sudah tetapkan pasangan kita tu berbeza daripada kita agar sama-sama melengkapi antara sama lain
contoh kita ni pengemas, pasangan kita tu tukang selerakkan kawasan
sorang suka tidur, sorang lagi mudah jaga, agar yang jaga tu boleh kejutkan yang tidur
sorang boleh masak, sorang lagi tukang kemas dapur

haa gitu kan sweet..buat kerja sama2. bukan mengharapkan semua benda sebelah pihak sahaja yang lakukan

3. Rasa Tenang
Yup, bila dengan pasangan kita, ada rasa tenang dalam diri.  bila buat keputusan pun, bila ada rasa tenang tu, insyaAllah tu jodoh kita...(ini kawan yang cerita ok)

4. Selalu ada disisi terutama saat-saat kita memerlukan
Betul tu, itulah tujuan pasangan kan? saling tolong menolong. bila isteri susah, suami ada untuk menolong walau susah mana pun masalahnya. begitulah sebaliknya ;)

5. Rasa Selamat dengannya
Suami sebagai pelindung kan? (so should i find tough guy? hoho)

6. Perkenalan kita dengannya dan pernikahan kita dengannya menjadikan kita semakin dekat dengan Allah
Kalau membuatkan semakin jauh, something wrong somewhere :)

7. Ketawa dan menangis bersama
Bak kata orang2 tua, Sehidup dan semati gitu

Selagi tiada ikatan nikah antara 2 orang itu, walaupun sudah bertunang, dia belum tentu jodoh kita. banyak lagi cabaran dan ujian kena lalui.
so, saya boleh mencari lagi la kan? eh? HAHA

Rumusannya :
1. Pilih jodoh yang baik yang boleh beri bahagia dunia dan akhirat.
ada satu hadis yang mengatakan, "Kahwinilah seorang wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana harta, keturunannya, kecantikkannya dan juga agamanya. tapi pilihlah yang beragama nescaya kamu bahagia"

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda " tiga golongan manusia yang Allah sentiasa menolong mereka iaitu orang yang berjuang di jalan Allah (Fisabilillah), Hamba yang mencari wang tebusan untuk menebus dirinya dan Orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kesucian dirinya" Riwayat At-Tarmizi

2. Usah berputus asa :)
kalau tak ada jodoh di dunia, Allah janjikan di akhirat insyaAllah



Jodoh itu tidak pasti tapi MATI itu pasti 

Friday, February 7, 2014

4 Cara Perempuan boleh mencabar nafsu lelaki tanpa disedari

Assalamualaikum wbt :)

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.
via AKU ISLAM

Friday, January 10, 2014

Hikmah Membaca Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum wbt :)

Salam Jumuat

setiap kali datangnya Jumaat penghulu hari ini, misti ada yang update status termasuk saya, hihi

"Barangsiapa yang membaca surah al kahfi pada hari jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya antara dua jumaat" (Riwayat an nasa'i dan Baihaki)
haa..itu salah satu kebaikkan dan hikmah baca al-kahfi

dan juga sebagai pelindung

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Darda bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud: "Sesiapa menghafaz sepuluh... ayat permulaan Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Dajjal." (HR Muslim, Abu Daud, An Nasai, At Tirmizi dan Qatadah)

sebenarnya banyak jumpa hadis pasal surah al-kahfi ni cuma tak berani share, sebab risau takut tak sahih..


Jom amalkan al-kahfi...

Wednesday, January 1, 2014

Resepi Ais Krim Oreo

Ais krim oreo resepi
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu makan ovellate
1 bungkus oreo
Cara-cara:
- satukan susu cair, susu pekat dan ovellat. Pukul sampai kembang selama lebih kurang 30 minit. pukul pakai speed mixer laju tahap 3
- hancurkan oreo (buang krim nya) dan masukkan dalam adunan ais krim tadi. tinggalkan sikit oreo untuk hiasan.
- masukkan dalam bekas kemudian taburkan lebihan oreo tadi. bekukan dalam peti sejuk semalaman. Dah siaaapppp..  ~

copy image from google :)

selamat mencuba
^^

Thursday, December 26, 2013

My first business card

Assalamualaikum :)

Business Card atau nama melayunya Kad Bisnez. eh macam sama jer kan?
mesti dah ramai tahu fungsi business card ni kan? tapi sayangnya masih ramai yang kurang ambil berat mengenai kegunaannya...

apa kelebihan ada business card ni?

"poyo jer kau...."

eh eh. dop dop. mana ada poyo
sebenarnya poyo tu apa? :p

hehe

antara kelebihan kamu ada business card ni, first thing is untuk expose jenama sendiri. contohnya saya ada company nama Fluffy Stuff, bila bukak booth ke, then orang datang, haruslah promote syarikat sendiri dengan adanya business card yang power dan comel. dengan itu, jenama kamu akan dikenali orang ^_^

sebab lain adalah untuk memperkenalkan apa yang special mengenai company atau produk korang. CONTOH la syarikat Fluffy Stuff ni fokus kepada produk barangan muslimah seperti Tudung dan Selendang labuh yang menepati syariat.  Jadi kalau bertemu dengan muslimah2 yang berminat dengan produk barangan muslimah, jadi bolehlah kita menawarkan produk kita gitewww

Business card jugak membantu kita meluaskan networking kita. 

tu je lah kot antara kelebihannya yang korang boleh rasai. ada banyak lagi fungsinya :)

jadi, saya pun dengan ini membuat tempahan bisnes card yang pertama untuk formal la kot. yelah dulu2 pernah ada bisnes kad yang ada gambar kartun2 tu. maklumlah budak2 :p



taaddaaa....my business card for FLUFFY STUFF daripada Hafizzy Aziz
design dia buat. just bagitau apa nak masukkan
saya puas hati sangat2 sebab cantik :D

jadi saya nak rekemen la korang yang nak buat kad, boleh la buat dengan dia. fast respon dan dia design pun tak ambil masa yang lama walaupun tempahan dia banyak bertingkek-tingkek...

harga pun ok!

berbaloi-baloi you alls :)

oklah itu sahaja.sekian