Thursday, March 13, 2014

Perniagaan dan aku

Assalamualaikum :)

ada budak rajin pulak update blog
well, saya bukan lah blogger tegar

baiklah,

PERNIAGAAN DAN AKU

saya memang minat berniaga
yes i am
sejak dari kecil sampai sekarang

dan

saya masih konfius kenapa spm, matrik dan degree terjebak dengan SAINS
rugi jugak rasa tapi tak apa lah
redha, dan alhamdulillah

minat saya sejak dari kecil,
dulu waktu budak2, suka jual coklat dengan sepupu2..ala main2 jer tapi guna duit betul

start darjah 4, saya start dengan RM50.00 sahaja
beli coklat dengan kawan sebab mak kawan jual dekat rumah dia
mula2 jual dengan kawan2, letak dalam kotak kecik jer

bila abah ma support dari segi moral dan sedikit duit dan saya bayar balik yer, seronok. start gi borong sendiri kat kedai
daripada kotak kecik untuk letak barang-barang sampai lah beli rak besi yang bertingkat-tingkat tu
macam-macam jual dalam rumah
rumah masa tu memang strategik, dok tepi. budak2 lalu nak tunggu bas/van ke sekolah

daripada kawan2, terus meluas orang tau kepada budak2
banyak pengalaman masa ni
sedih, gembira, nak marah pun ada HAHA

yelah, pelanggan saya budak2, dari umur baya saya sampailah budak2 kecik yang datang bawak 20sen tapi nak beli macam2..siap buat muka sedih lagi.
abah ma memang cepat kesiankan orang tapi saya tak. HAHA
maklumlah, masa tu baru darjah 4 kottt

jual sampai darjah 5 ke 6 macam tu lah
abah manage duit, masuk dalam tabung haji
abah cakap jualan dapat 4k semua sekali..saya tak tau berapa pun dapat :p

dan lepas tu stop bisnes

masa degree join keusahawanan dalam kolej. tak adalah aktif sangat tapi adalah jugak sumbangan SKIT
start tahun akhir, baru rasa nak start balik.
lagi satu ada niat untuk berniaga ni

nak bantu muslimah menutup aurat dengan sempurna
insyaAllah

dan cita-cita nak ada butik sendiri, butik yang dikenali dan membantu muslimah menutup aurat

back to the story, start balik bisness dengan borong tudung bawal bidang besar. jual online dan kawan2 kat kolej
lama jugak jual tudung bawal
daripada yang plain, tones dan bunga-bunga sulam

alhamdulillah

lepas dah ada duit skit, start buat tag sendiri dan sekarang buat tudung sendiri
alhamdulillah, bila dapat banyak feedback orang puas hati dengan produk kita, rasa seronok menjual ni
dapat bantu orang :)

perniagaan sekarang tak adalah hebat sangat
tapi
cukup untuk saya sekarang

moving to 5 angka jualan insyaAllah!


2 comments:

  1. tahniah, semoga menjadi seperti syaidatina Khadijah..

    ReplyDelete