Saturday, November 8, 2014

Cara Pakai Shawl Labuh

Assalamualaikum :)

seronok tengok ramai dah orang berhijrah memakai tudung/shawl lebih labuh dari biasa
sebab ramai icon2 muslimah tampil dengan pemakaian yang patuh syarie
Alhamdulillah
semoga kita semua istiqamah 

saya memang jarang pakai shawl sebab :
1. MALAS
2. MALAS
3. MALAS

haha macam sama je semua :p
sebenarnya sebab pakai spek. jadi muka boolat tak sesuai pakai shawl bila pakai spek. kalau tak pakai spek baru ada keyakinan nak pakai shawl

sekarang ramai dah orang jual online, jual shawl panjang yang boleh jadi labuh
ALHAMDULILLAH

artis dan blogger muslimah juga dah ramai sekarang ni
artis TASHA MANSHAHAR juga sudah memiliki perniagaan sendiri dan pakai tudung labuh jugakk. hee. alhamdulillah
DENA BAHRIN, IRINE NADIA, NUR AMIRAH
memang lebih sopan dan cantik bila pakai labuh kan?
^_^

disebabkan saya 'tokey' tudung jugak
orang selalu tanya tutorial pakai shawl macam mana?
pakai tudung ni macam mana?

serius saya tak pandai nak ber'tutorial'
kecuali kalau datang depan2, senang skit nak ajar tutorial hihi

tapi sejujurnya tak susah pun pakai shawl labuh ni

SHAWL SHIMMER daripada FLUFFY STUFF

boleh pilih macam2 warna disini

simple je cara pakai ni

saya tertarik dengan tutorial blogger femes ibu medina ni
sumber dari IRINE NADIA MARCELLO


panjang 2 meter dan lebar 0.75 meter sahaja shawl ini

hari tu masa buka booth di KTC
ada seorang customer datang. dia cakap badan dia sedikit berisi jadi tak sesuai pakai shawl, nanti tak cover dan tak labuh
lalu pun ajar cara2 pakai cara saya pakai
alhamdulillah beliau suka dan terus grad dua helai tudung
kawan dia yang tengok pun excited dan grab satu shawl shimmer ^^

senang jer, cuma nak dan tak nak atas diri masing2 je kan :)

ini pulak cara pakai shawl di bahagian muka boleh buat macam bawal
kalau rasa muka tak sesuai pakai macam shawl, boleh try macam tutorial NUR AMIRAH ini

gambar kredit to by NUR AMIRAH 11



SELAMAT MENCUBA :)

jom pakai shawl labuh 

Friday, November 7, 2014

Kad Kahwin MURAH

Assalamualaikum :)

dah menginjak 23 tahun ni lebih banyak jemputan kenduri kahwin dari jemputan hari lahir ya? (macam la pernah dapat jemputan hari lahir kan? haha)

tapi serius rasa macam 'muda' lagi tapi dah banyak dapat jemputan kahwin dan ada sahabat2 dah dapat baby pun. Alhamdulillah. rezeki masing2 kan?

well, ini bukan entri kad kahwin saya ya
cuma tertarik dengan satu design kad kahwin ni
KREATIF habisss

memandangkan dah lama tak tengok kertas ujian UPSR ni, jadi kad kahwin memang menarik untuk beri nostalgia kepada yang lupa macam mana bentuknya haha

kalau nak upgrate sikit, print je atas kertas warna biru. jadi macam kertas SPM kan?

dan yang menjimatkan, dan terrlajak jimat, buat satu design ni lepas tu fotostat jer. jadi 10sen je sekeping. tak ke murah tu haha
guna kertas A4 jer. habis cerita :p




unik betul gambarajah dia. memang betul2 macam kertas exam daa

~terima kasih kerana sudi baca~



Thursday, November 6, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum :)



setelah sekian lama tidak buka akaun blogspot ini akhirnya hari ini merajinkan diri update blog. yeay. tahniah untuk diri sendiri

jadi blogger tak boleh malas2 tau?

okay. disebabkan JERUK PAUH/MANGGA ASAM BOI ini menjadi popular di laman sosial dan juga tempatku, jadi cik wan pun cuba la buat jeruk ini



serius sedappp sangatt..sedap asam boi kot?

okay cara-caranya senang sangat

anda hanya perlu
-mangga 2 biji
-gula 3 sudu
-1/2 sudu garam
-asam boi dipotong2
-cili padi beberapa biji ikut nak pedas mana

gaul semua benda ini, simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 5 jam
lagi lama lagi best tauu


selamat mencuba :)

Sunday, September 7, 2014

Pengalaman First Booth Fluffy Stuff

Assalamualaikum :)



alhamdulillah baru selesai kerja2 buka booth untuk Fluffy Stuff di Baza Festival yang berlangsung pada 5&6 September bertempat di KTC KB

pengalaman first time buka booth memang best
mula-mula rasa takut jugak. entahlah, mungkin sebab first time kot nak buka booth dan jumpa dengan orang ramai
tapi alhamdulillah dipermudahkan segala hal dan dapat jumpa ramai orang dan bermacam gaya dan perangai

memang kena belajar dan kena paham dan tahu dan jumpa orang ramai kan? berapa banyak 'dan' daa

1. HATI KENA KENTAL
haha.yang ni memang lawak. harga buka booth memang lain dengan harga online. memang harga promosi giler2 dah bagi sebab tujuan buka booth ni pun nak bagi orang kenal Fluffy Stuff ni...mana la tahu lepas ni buka booth luar kelantan pula kan? insyaAllah amin :)
hati kena kental sebab orang tawar menawar.lagi2 yang datang tu peniaga jugak.haha. memang pening dibuatnya wuwuwu. rasa nak nangis disitu jugak! haha ini over

2. SENYUM SOKMO
yang ni memang la kan. kena senyum jer pada customer dan juga orang lalu lalang even orang tak senyum kat kita
ada customer datang tak senyum pun. kita pulak yang takut haha.

yang pengalaman best orang ajak bergambar. tiba-tiba rasa macam 'retis' bila orang ajak bergambar dan berselfie. memang suka bergambar cuma segan dengan orang tak berapa kenal. hehe.

yang part suruh ajar tutorial tudung dan shawl ni tiba2 jadi ketar2...tangan sejuk tak tau sebab nervous atau aircond? haha. tapi alhamdulillah boleh manage dengan baik :)

ada customer datang hari jumaat. hari sabtu datang lagi sebab nak beli lagi tudung. alhamdulillah :)

semistinya tudung dan shawl palestin paling laris :)

SEMOGA FLUFFY STUFF DAPAT BANTU ORANG MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

sebab ada pasangan suami isteri datang, baru kahwin kot, si isteri try tudung lepas tu tanya suami macam mana? dia cakap suami dia nak dia pakai tudung tutup bahagian depan. alhamdulillah terus grab 4 helai tudung dan shawl. suami dia pun sporting dan lawak. haha. kan pemilihan pasangan tu penting? syukur dapat suami macam tu, boleh didik isteri menutup aurat dengan sempurna kan :)

insyaAllah, plan for next future





Friday, June 20, 2014

Make Up Remover Mary Kay

Assalamualaikum :)

nak review satu benda hehe
sebenarnya saya tak biasa make up. serius tak pandai pun
biasa pakai compact powder skit2, lip balm dan eye liner (ni pun kalau rajin)

jadi, cikwan rasa dan memang patut setiap wanita ada make up remover dalam beg diorang
sebab apa?
sebab untuk menyenangkan tanggalkan sebarang make up lagi2 untuk solat

pernah tengok orang amik wuduk tapi make up still ada macam tu
sebab make up ada yang waterproof
macam eyeliner yang cikwan guna skrang ni dari SilkyGirl, memang waterproof 
memang susah nak hilangkan 100% dengan guna air sahaja

aritu pernah belajar dengan Ustazah Azizah di Masjid Ar-Ridho pasal air, wuduk dan lain2 lagi
Ustazah tekankan pasal wuduk ni.
air wajib kena kulit even kelopak2 mata semua kena sampai air tu

jadi bahayakan kalau mekap still ada kat muka? takut air tu xsampai

so far, make up remover mary kay ni terrrbaikk
sebab fokus sapu di bahagian mata dan bibir dan mulut
biasa kita tahu yang bahagian mata dan mulut lebih sensitif sebab bahagian tu tisu lebih lembut kan
jadi, memang best guna make up remover ni
best. tak berminyak

pastu cuci muka dengan pencuci dia
wuhuu

alhamdulillah

oh saya bukan penjual produk ni
hihi saja nak review sebab cikwan rasa kita wajib cuci betul2 muka sebelum angkat wuduk

peace
^_^




Friday, June 6, 2014

Pok Su Singapore Cafe Kota Bharu

Assalamualaikum :)

PokSu SINGAPORE CAFE
for me 3 out of 5

First time ke kedai ni bersama ma abah
kedai baru bukak

try makan yee mee hot plate
sedap! banyak lauk pulak tu tapi masalahnya panas lambat sejuk.
susah jugak la nak makan

ma makan mee sizzling. pun sedap. banyak lauk jugak

abah makan nasi goreng poksu
memang terbaikkk

korang patut cuba!

tempat bersih
selesa
makanan best
air sedap

parking pun senang

second p dengan kawan
makan mee tomyam
mak aihh. sedap! tapi pedas. cikwan tak makan pedas, lidah pure kelantan haha
jadi yang menghabiskan tomyam tu kawan cikwan laa
dia orang penang, memang tahan pedas kot :p

mee tomyan ^_^

ore kelate try la makanan sini

tempat di
PT 1087, JALAN LONG YUNUS, 15200 Kota Bharu

boleh klik link facebook ni untuk tahu lebih lanjut

https://www.facebook.com/poksusingapore?fref=ts

My Forth Interview

Assalamualaikum :)

nak cerita jugak pasal interview saya hee
siapa yang kenal saya macam mana, of course tahu betapa ketarnya dan nevesnya cik wan bila cakap dengan orang and include interview

ingat lagi masa 1st interview, memang dengan tak kofidennya, sengih2. tak ingatnya. pastu campur english-bm-kelate HAHA
sabor jelah interviewer tu...

second interview bukan interview kerja
interview untuk join BEST program
Biotechnology EntrepreneurShip Training
sebulan class training dan 5 bulan training di syarikat yang dipilih
DAPAT tapi tak pergi
rezeki bukan disini kot :D

third interview di UPM as Pegawai Sains Fakulti Sains (Biologi)
of course laaa tak dapat
peserta paling muda kottt haha

ok yang keempat ni di Kelantan Biotechcorp di Machang
Iklan Pegawai/Penolong Pegawai Mikrobiologi
jadi yang cikwan prepare pasal syarikat tu, jawatan tu
so memang expect macam pegawai sains which kita tak buat experiment atau research bagai
just as admin, memantau, dan kerja dengan peralatan, persekitaran semua tu lah

call pejabat sehari sebelum interview sebab dapat tau petang khamis. jumaat dan sabtu pejabat tutup. ahad pagi baru call dan isnin interview
terkejut jugak sebab dapat mesej kata UJIAN. rupanya ada 3 peringkat
1. UJIAN BERTULIS
2. AMALI
3. INTERVIEW

siapa yang lepas no 1 dan no 2 baru boleh interview dengan big boss
masa ujian bertulis, kertas ujian tu tulis AHLI MIKROBIOLOGI
whattt?? terkejut amboo

rupanya memang kerja dalam lab dan korang kena la tahu  semua kerja lab tu ye
ujian bertulis berjalan lancar
kemudian amali. sorang2 dia observed

masa buat tu pun cikwan lambat sebab tak ingat punya pasal HAHA
sampai orang tu ckp "cepat skit cepat skit"
ada satu benda tak berkenan disini sebab sorang observer tu  selalu gelak2 dan memang nampak meremeh-remehkan orang lain
be professional la even kamu tak suka orang tu pun kan
huhu

masa nak keluar tu, bukak lab coat, he ask me "awak rasa awak dapat tak?" pastu sengih
haha. sepanjang cikwan dok dalam tu dia dok gelak2 dan macam sorang lagi serius

dan of kos la cikwan tak dapat HAHAHA
boleh pulak jawab dengan yakin
"saya tak ingat"
buat serial dilution jer pun...berkarat nampaknya

pastu dia suh spread microb atas plate jer
dan kenal pasti jenis mikrobe dalam balang tu

dan keluar
"tahniah sebab terpilih daripada 500 resume"

hahahaha
ok bai

terus balik walaupun dia suruh tunggu sampai dapat mesej boleh ke peringkat 3 ke tak

sekarang ni, kamu xda kabel, tak dapet den nak nolongnya huhu

CUBA LAGI ya
atau tidak mencuba
nak interview orang lah plak rasa :P

korang nak belajar dan tahu lubuk jualan tudung??klik digambar dibawah

Sunday, June 1, 2014

Burger Mat salleh Kota Bharu

Assalamualaikum :)

nak review makanan best
sebelum kawan pernah cakap burger mat salleh ni best. so apalagi, memang saya akan gugel

burger mat salleh kota bharu susah sikit nak cari atau nampak sebab kedainya agak kecil
dan kedai tak ada signboard
kalau korang jenis yang tak biasa dengan jalan di KB ni, memang susah nak jumpa la
so, lokasinya terletak di JALAN SULTANAH ZAINAB, betul2 depan PROTON bersebelahan KINDOM ELECTRIC
kalau datang dari lampur isyarat tu, sebelum restoran syafie ye

sebab apa diberi nama mat salleh?
sebab suaminya mat salleh. memang betul2 pure mat salleh ye
yang buat burger tu isterinya. pure kelantan
sedap! serius. sedap lagi dari burger bakar haha
sebab daging tu dia buat sendiri

hari tu gi try burger ayam. mintak tak pedas tapi dia tersalah bagi pedas. memang pedas sangat!
sebab buh cili dalam daging tu

burger biasa RM7.00
tambah cili +RM1.00
tambah cheese +RM1.00


pastu kawan nak order spagethi lala sebab sedap sangat katanya tapi malangnya bukan musim lala, jadi tukar kepada spaghetti tuna

boleh la. not bad spaghetti dia

harga RM10.00


then saya nak try ABC special.sedap sebab ada aiskrim dan kacang badam ok. bukan kacang biasa tau
harga ABC biasa RM3.00
ABC special RM3.50

(tak ingat sebenarnya.ye kot harga tu hehe)


orang cakap waffle aiskrim dia best!
xpernah lagi
maybe lain kali?
insyaAllah ^_^

Review Makanan Cik Wan


My first Nuffnang GAJI

Assalamualaikum :)

after a very very long holiday
yes, i am a lazy blogger :p

pasni saya ingat nak review kedai makan yang best2 la sebab saya kan peminat makanan

alhamdulillah, perniagaan saya berjalan lancar walaupun interview saya ke laut
cik wan, awak kena improve tau x?

memandangkan saya ni lazy blogger, jadi ni lah first gaji daripada nuffnang. xdapat lagi sebenarnya sebab baru claim dan kena tunggu 30 hari baru dapat cek dari nuffnang

terima kasih nuffnang. akan ku manfaatkan blog ini sebaik mungkin ^-^


oklah kan?
alhamdulillah ^_^



Monday, May 26, 2014

Rahsia Jadi Tauke Tudung

Assalamualaikum :)

Buat yang berminat untuk mulakan bisnes tudung, korang misti tercari-cari caranya nak mula? nak dapatkan dari mana? macam mana nak mark up? marketing lagi?

yes, korang boleh belajar daripada sini. sila klik gambar dibawah untuk keterangan lanjut ^^


atau disini

Saturday, April 26, 2014

ESP Shaklee

Assalamualaikum :)

hari ni nak cerita pasal ESP Shaklee yang famous itu
ESP ni memang berasaskan SOY...kacang soya yang berperisa vanilla..ada satu perisa jer
jadi, cara minum, korang boleh la campur2 dengan prisa lain macam milo ke, jus ke, air putih biasa pun boleh TETAPI elakkan campur dengan minuman berkafein

lebih elok kalau guna shaker, shake2 kan ESP ni sebab biasa kalau kacau dengan sudu biasa dia akan jadi berketul-ketul tapi still boleh minum

first time minum ESP ni campur dengan milo rasa macam oat jugak.haha..tapi sedap la

ESP tak boleh amik melebihi 3 scoop sehari
setiap kali minum, satu scoop sahaja..berbaloi-baloi la sebab satu caster tu boleh tahan sampai 2-3 bulan sebab saya hanya minum sekali sehari iaitu waktu breakfast, kadang2 buat dinner

ESP ni untuk apa?
ini soalan biasa yang diterima :)
ESP ni memang bagus untuk kulit..nak jadi gebu2 ke..kulit cantik, boleh la try minum. tapi sekali minum terus jadi gebu memang TAK LAH kan...jadi, amalkan secara konsisten..buat apa2 pun misti konsisten kan.ISTIQAMAH :)

ESP ni jugak bagus untuk bagi tenaga.untuk jadikan kita lebih sihat dan cergas. tak ada lah lembik dan mengantuk sepanjang hari ye dak?

untuk diet. untuk subur. untuk tulang

lelaki dan perempuan boleh consume esp ni tau


ESP ni jugak boleh buat MASKER untuk muka okay!
syok sangat. kulit jadi lembut2 gitu

senang jer, campur ESP dengan yogurt sahaja

image from google


JADI, saya ada promosi ESP murah. harga memang best lah nak bagi
tapi hanya untuk 4 orang sahaja

BERAPA HARGA??

boleh contact saya untuk tahu harga ya :)

email : nurulhanini91@gmail.com

atau 

whatsapp : 019-9847550

harga best sangat tau..lepas ni tak ada dah :)

sekian ~~

Thursday, April 10, 2014

Saya nak jadi TV

Assalamualaikum :)

saje-saje nak update blog sebab terdengar satu cerita tadi

SAYA NAK JADI TV

ini bukan kisah saya tapi insyaAllah boleh dijadikan teladan dan pengajaran buat kita, buat bakal-bakal ibubapa

seorang guru perempuan menangis ketika sedang memeriksa karangan anak muridnya lalu suaminya sangat pelik melihat keadaan isterinya menangis

suaminya bertanyakan isterinya kenapa menangis?

lalu isterinya bercerita...dia bagi tugasan kepada muridnya untuk membuat karangan mengenai apa yang kamu ingin jadi? nak jadi kerusi ke? meja ke? peti ke?
ada yang lucu tapi yang ini benar2 membuatkan dia menangis

saya nak jadi TV sebab sesibuk dan seletih manapun ayah saya, ayah saya mesti pergi dekat dengan tv...saya nak jadi tv sebab nak dekat dengan ayah saya

saya nak jadi TV sebab bila ibu saya letih macam mana pun dengan tugasan hariannya, ibu saya akan pergi dekat dengan tv...saya nak jadi tv sebab nak dekat ibu saya

saya nak jadi TV sebab abang2 dan kakak2 saya bila sedih dan bergaduh macam mana pun, mereka tetap akan berkumpul dekat dengan tv...saya nak jadi tv sebab nak dekat dengan abang2 dan kakak2 saya

................................

suaminya menyambung "budak ni mesti di rumah sangat kurang diberi perhatian"

lalu isterinya menjawab "abang, budak yang saya maksudkan ini ANAK KITA...huwaaa"

...........................

realiti kan sekarang ni? dan benda ni jugak memang berlaku depan mata sendiri. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana, saya hanya insan yang duduk ditepi memandang dari jauh hoho

anak buah yang sulung, semua diberi kemewahan...dari kecik di ajar dengan teknologi, dengan ipad, dengan ifon...bila makan sekali, duduk sekali ramai2, masing2 dengan gadget masing2. 
ya Allah, sedih tengok budak2 dan ibubapa sekarang ni

note to myself, sesibuk manapun kita cari rezeki untuk keluarga, please cari masa untuk anak2
kurangkan penggunaan gadget depan mereka sebab ini boleh membantut minda anak2 yang sedang berkembang
banyakkan bercakap dan bercerita dengan anak2 sebab masa kecik ni mereka sangat2 memerlukan perhatian orang sekelilingnya


this little boy...dan jugak mat kinting
anak buah yang ke-5

umur 2 tahun dan dah dapat adik
lepas dapat adik, cepat sangat merajuk
sikit2 nak nangis dan berguling-guling ok!
drama sangat ini budak

sebab apa? sebab masa ni dia nak orang pujuk dia..belai dia..peluk dia..layan dia

tapi dia ni sombong..selalu sepak makcik dia ni HAHA

begitulah al-kisahnya, anugerah Allah bagi, jangan disia-siakan
jaga elok-elok, insyaAllah boleh jadi saham akhirat ibubapa jugak
tak rugi pun kan?

sekian dari saya
^_^

Thursday, March 20, 2014

Cara Pengambilan Set Gain Weight

Assalamualaikum wbt :)

yang ni nak update set untuk gain weight sebab ada orang bertanya..memang saya tak amik la gain weight ni. saya kena consume turunkan berat badan! HAHA

ok mula-mula tu nak suggest kepada nak berat naik..awak boleh amik MEAL SHAKE, VITA-LEA dan B-COMPLEX




Selain itu, anda juga disarankan makan makanan yang mengandungi kalori, vitamin dan mineral tinggi..
Makan dengan keseimbangan yang tepat. Nisbah yang disarankan adalah 60-70 % karbohidrat, 10-15% protein dan sejumlah kecil lemak...



Apa yang menyebabkan seseorang itu terlalu kurus???
  • Memiliki tahap metabolisme yang cepat
  • Pengaruh faktor genetik
  • Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
  • Serta beberapa keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi tahap metabolisme atau dari hormon tertentu.

ini adalah kelebihan2 produk2 yang saya cadangkan: 

1.Meal Shake - Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.Secara basicnya, protin amat penting dalam proses menambah berat badan, kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh kerana protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat , nak kurus, nak cantik..kesemuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..


2.Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Supplement penting untuk diet yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.



3.B-Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badanBComplex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif sentiasa.

Untuk Jadual Pengambilan Set Gain Weight ini pula boleh ikut disini :

Untuk Breakfast :
Mesti makan pagi, jangan nak skip breakfast tau! yelah, kata nak naikkan berat, kenalah makan...makan apa pun tak kisah. macam nasi goreng, nasi lemak, nasi berlauk tapi wajib lah ada sumber protein macam daging/ayam.telur/ikan
kemudian minum satu gelas susu dibancuh dengan satu sudu mealshakes
Makan Bcomplex (1biji) dan Vitalea (1 biji) bersama air kosong

Minum Pagi:
Makan Roti dan Minum satu gelas susu

Lunch pula:
Makan Nasi dan ikut kumpulan bergizi seperti biasa seperti sayur, ayam/ikan/daging..Makan macam biasa, tak perlu banyak pun tak apa

Minum Petang:
Makan roti dan minum satu gelas susu dibancuh dengan 1 sudu meal shake

Makan Malam:
Sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak pun tak apa. Kemudia makan Vitalea 1 biji bersama air masak

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping. Minum susu 1 gelas



PERATURAN /RULES
Senaman sehari 10 minit paling kurang...tak perlu melakukan senaman yang berat. Cukuplah dengan mengangkat botol air mineral yang 500 liter tu. isi air dlm tu. angkat mcm angkatberat. Ataupun skipping atau apa-apa senaman untuk membina otot badan dan Jangan makan makanan ringan dan ikut jadual ni selama sebulan

dan jangan lupa minum air masak banyak-banyak!!



Hubungi saya Hanini:

SID : 111506
SMS/Whatsapp : 019-9847550
Fanpage FB : FluffyStuff
Email : nurulhanini91@gmail.com

Thursday, March 13, 2014

Perniagaan dan aku

Assalamualaikum :)

ada budak rajin pulak update blog
well, saya bukan lah blogger tegar

baiklah,

PERNIAGAAN DAN AKU

saya memang minat berniaga
yes i am
sejak dari kecil sampai sekarang

dan

saya masih konfius kenapa spm, matrik dan degree terjebak dengan SAINS
rugi jugak rasa tapi tak apa lah
redha, dan alhamdulillah

minat saya sejak dari kecil,
dulu waktu budak2, suka jual coklat dengan sepupu2..ala main2 jer tapi guna duit betul

start darjah 4, saya start dengan RM50.00 sahaja
beli coklat dengan kawan sebab mak kawan jual dekat rumah dia
mula2 jual dengan kawan2, letak dalam kotak kecik jer

bila abah ma support dari segi moral dan sedikit duit dan saya bayar balik yer, seronok. start gi borong sendiri kat kedai
daripada kotak kecik untuk letak barang-barang sampai lah beli rak besi yang bertingkat-tingkat tu
macam-macam jual dalam rumah
rumah masa tu memang strategik, dok tepi. budak2 lalu nak tunggu bas/van ke sekolah

daripada kawan2, terus meluas orang tau kepada budak2
banyak pengalaman masa ni
sedih, gembira, nak marah pun ada HAHA

yelah, pelanggan saya budak2, dari umur baya saya sampailah budak2 kecik yang datang bawak 20sen tapi nak beli macam2..siap buat muka sedih lagi.
abah ma memang cepat kesiankan orang tapi saya tak. HAHA
maklumlah, masa tu baru darjah 4 kottt

jual sampai darjah 5 ke 6 macam tu lah
abah manage duit, masuk dalam tabung haji
abah cakap jualan dapat 4k semua sekali..saya tak tau berapa pun dapat :p

dan lepas tu stop bisnes

masa degree join keusahawanan dalam kolej. tak adalah aktif sangat tapi adalah jugak sumbangan SKIT
start tahun akhir, baru rasa nak start balik.
lagi satu ada niat untuk berniaga ni

nak bantu muslimah menutup aurat dengan sempurna
insyaAllah

dan cita-cita nak ada butik sendiri, butik yang dikenali dan membantu muslimah menutup aurat

back to the story, start balik bisness dengan borong tudung bawal bidang besar. jual online dan kawan2 kat kolej
lama jugak jual tudung bawal
daripada yang plain, tones dan bunga-bunga sulam

alhamdulillah

lepas dah ada duit skit, start buat tag sendiri dan sekarang buat tudung sendiri
alhamdulillah, bila dapat banyak feedback orang puas hati dengan produk kita, rasa seronok menjual ni
dapat bantu orang :)

perniagaan sekarang tak adalah hebat sangat
tapi
cukup untuk saya sekarang

moving to 5 angka jualan insyaAllah!


Wednesday, March 12, 2014

SET COMBO DENGAN ESP

Assalamualaikum semua :)

sempena bulan MAC ini saya ada promosi SET COMBO DENGAN ESP

ESP ni best. serius! ramai dah try. saya pun consume ESP shaklee ni

✔ Promosi BULAN MARCH SAHAJA
✔ ESP Buy 6 FREE 1
✔ FREE MEMBERSHIP SHAKLEE
✔ FREE CASH BACK

ataupun saya cadangkan anda amik order daripada kawan-kawan atau saudara mara seramai 6 orang untuk dapatkan satu set ESP (6 botol ESP), dapat FREE 1 canister ESP tu anda ambillah untuk consume...lepas tu dapat FREE MEMBERSHIP dan FREE CASH BACK



untung tau jadi ahli shaklee ni...tak nak jual pun tak apa, just untuk consume ahli keluarga..korang boleh beli secara online sendiri atau pergi ke branch shaklee berdekatan, dan dapat beli dengan harga ahli. berbaloi-baloi. siap dapat bonus lagi :)

Bulan ni excited sana sini cerita tentang ESP…
Mana taknya…ESP satu canister sangat banyak fungsi bila digabungkan dengan vitamin lain.

➽ SET KULIT
✿Bila digabung bersama VITAMIN E = membantu masalah kulit yang kusam, eye bag dan lebam bawah mata. Amazingly, bukan hanya kulit wajah yang makin flawless, kulit tumit kaki yang kasar berduri pun boleh licin semula tau.

➽ SET MENYUSU
✿ Bila digabung bersama ALFALFA = membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.
ALFAFA jugak bagus untuk badan untuk buang toksik2 yang ada dalam badan



➽ SET MIGRAIN
✿ Bila digabung bersama OSTEMATRIX = melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

➽ SET IBU HAMIL
✿ Bila digabung bersama VITALEA = terhasillah supplement superb yang memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Highly recommended kepada ibu hamil yang mempunyai DIABETIS kerana set ini mampu mengawal paras gula, ibu hamil yang ada bacaan HB yang rendah dan ibu hamil yang banyak sangat tanggungjawab sehingga badan merasa letih tak bermaya.

➽ SET KESUBURAN WANITA
✿ Bila digabung bersama GLA COMPLEX = khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.

➽ SET GASTRIK
✿ Bila digabung bersama PEPPERMINT GINGER PLUS = Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

➽ SET IBU HAMIL II
✿ Bila digabung bersama OMEGA GUARD = sesuai diambil ibu hamil bagi membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia. Bayi anda berkemungkinan akan lebih bijak dan mempunyai IQ yang tinggi. Dengan izin Allah jua…



➽ SET RAMBUT
✿ Bila digabung bersama ZINC = hasilnya rambut hitam lebat, tiada masalah hujung rambut bercabang atau masalah keguguran rambut. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah.

➽ SET WEIGHT GAIN
✿ Bila digabung bersama MEALSHAKES = bagus untuk anda yang sedang tercari-cari set weight gain. Gabungan keduanya memang membantu anda menaikkan berat badan dengan cara yang sihat. Bukan berat naik dengan lemak atau kolestrol yea..tetapi berat dengan otot yang menjamin kesihatan berpanjangan

➽ SET TENAGA
✿ Bila digabung bersama PERFORMANCE DRINK = cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan, ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan.

➽ SET SLIMMING/ REPLACEMENT MEAL
✿ Bila digabung bersama CINCH = Bertindak sebagai meal replacement. ESP ambil sebagai breakfast, CINCH sebagai dinner. Seminggu dah boleh nampak kesan positif. Cara menurunkan berat dengan selamat tanpa menggeleberkan bahagian badan anda. Otot anda masih terjaga walaupun berat dah turun. Bermakna hanya lemak dan kolestrol yang telah tiada.

➽ SET GEBU-GEBAS
✿ Bila digabung bersama KOLAGEN = SERIUS colagen shaklee memang terbaik dan bila bergabung dengan ESP lagi la terbaik. kulit jadi bertambah sihat dan gebu dan flawless ok. memang best! terutama kulit muka :)

Best kan ESP ni??? Hanya mereka yang dah guna mengetahui kehebatan ESP...
Satu canister ESP ni boleh merawat mereka yang bermasalah kulit, rambut gugur dan dalam masa yang sama membantu ibu-ibu dalam penyusuan dan gastrik.dan jangan lupa, ESP ni juga beri tenaga yer.sangat sesuai untuk mereka yang workaholic dan pelajar...

Untuk dapatkan Combo ESP super best ni…
Hubungi Hanini 0199847550 (whatsapp/sms)

Monday, February 24, 2014

Cara minum ESP yang sedap!

Assalamualaikum wbt :)

jom minum ESP yang sedap ni 
ESP ni perasa vanila
boleh campur-campur dengan minuman korang tapi elakkan minum dengan kopi atau minuman berkafein


eh jap jap
ESP ni bukan sahaja sesuai untuk perempuan ye
sesuai juga diminum untuk lelaki

jadi disini nak share cara-cara minum untuk menjadikan ESP ni lebih sedap!

1. Campur dengan air suam biasa
yang ni boleh la rasa keaslian ESP



2. 1 sudu ESP Shaklee dicampur dengan MILO
ini my favourite oke!
pagi2 shake ESP dengan milo dan minum.senang ja 

3. 1 susu ESP Shaklee dicampur dengan oren sunquick
haa, yang suka rasa juice ke, boleh la try campurkan dengan oren sunquick
fresh rasa bila minum ni
tambah2 buat dengan air sejuk bukan air batu ya

4. 1 sudu ESP Shaklee dicampur dengan susu segar
paling suka campur dengan susu coklat
perghhh sedap sangat


5. 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma 
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)

6. 1 sudu bancuhan ESP + Ribena  

7. 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 

8. 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum 

9. 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend 

(boleh pilih buah kegemaran anda)

10. 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
 
11. 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

12. 1 sudu bancuhan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake



Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (Cik Wan suggestkan 2x sehari ye.)

Ok yang perlu korang tau, ESP ni dalam bentuk serbuk ye. Kena bancuh dengan air suam/jus/milo/horlicks/susu untuk minum.

Tips ESP

 Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi

Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal

Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

Ingin mengetahui best price untuk ESP??

Yes! jauh lebih murah dan ni adalah harga promo ye! 

boleh email di
nurulhanini91@gmail.com

  • MY ID NUMBER : 1115106