Assalamualaikum wbt :)
hari ini 19/12/2013 tarikh keputusan PMR iaitu penilaian menengah rendah
mungkin ini PMR terakhir sebab lepas ni dah tak ada PMR kan
tahniah kepada yang berjaya mendapat apa yang diidam2kan
dan yang tak dapat tu jangan kecewa, spm kan adooo
hee. sejak dari kecik, kita memang di-set-kan minda kita untuk dapat semua A dalam pelajaran...
yelah bila kau tak dapat semua A, confirm dihina dicerca dan dilabelkan tidak pandai. padahal bilangan A tidak menentukan kemana kamu sekarang. tapi memandangkan kita di negara yang 'aman' ni, jadi bilangan A itu penting la untuk menentukan next step kamu dimana ye dak..
aku bukan budak yang pandai tapi aku dulu rajin.. aku rajin buat latihan
aku bukan budak yang jenis bila cikgu ajar, semua benda tu terus zuppp masuk dalam kepala
bila cikgu ajar, aku kena baca balik. dan buat latihan. buku latihan aku, bertimbun bak hanggg.
masa UPSR, memang aku rajin. bukan nak bangga tapi itulah kenyataan. buat latihan sambil bukak radio buruk. hafal2. dan alhamdulillah, 5A aku dapat. aku rasa masa UPSR je aku dapat 5A, sebelum ni mana pernah dapat 5A, sebab tu masa nak umum keputusan tu aku tak mengharap sangat walaupun ma abah memang cakap "yu doh termasuk 20 orang tu". aku memang antara target sekolah. eh bukan nak bangga. aku pun bukan ada keyakinan diri. hehe
dalam buku rekod aku, siap ada tulisan dengan pen merah lagi. tu masa mula2 masuk sekolah la. pen merah maksudnya dapat E laaa.. HAHA. hebat tak? :P
tapi sekarang, anak sedara aku masuk darjah 5. abahnya cikgu sains. maknya cikgu sejarah. tapi anak lemah math dan sains. sifir pun tak lepas. geram kot aku! aku paling pantang orang tak pandai math! aku dulu jadi "cikgu kecil sifir" kotttt
ucu doakan awak jadi rajin lepas ni dan UPSR misti dapat 5A! kalau tak, awak bukan keturunan ucu. haa boleh tak macam ni? :p
Keputusan PMR aku agak tak baik sebab dapat 7A jer tapi alhamdulillah. aku syukur dengan apa yang aku dapat. masa ni rajin lagi. tapi bila masuk form 4, kerajinan tu kurang. hehe
memang honeymoon habislah masa form4. form5 baru aku tekan balik tu pun sebulan dua sebelum tarikh spm. buku teks aku hafal weh. punyalah gigih. dan aku memang jenis suka study sorang...sampai laa masuk U pun. sebab aku tak boleh fokus bila study ramai2 dan tempat2 terbuka macam library ke...huhu
Alhamdulillah. spm tak delah gempak. tapi syukur dan i am now graduated from bacelor sains bioteknologi ^_^
now bukan penganggur dan tanam buah anggur dan makan sendiri oke
begitulah kehidupan. mula dari bawah, dan usaha insyaAllah kamu akan dapat apa yang kamu nak. kita pun lahir bukan terus berlari kan? meniarap, merangkak, berjalan dan berlari.
Allah pandang pada usaha kita
insyaAllah setiap usaha yang kita buat, akan dikira pahala
ok bai. assalamualaikum
No comments:
Post a Comment