Saturday, July 14, 2012

Second Week of MY Practical




alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih menghidup aku sehingga hari ini
esok, Ahad dah kena masuk kerja balik (praktikal lah)
third week dah. fuh fuh cepat betol masa berlalu

yang mula-mula masuk jabatan ni rasa macam "arghh boringnya duduk sini"
lama-lama rasa cam best pulak! staf-staf serius sangat sporting even pengarah pun
pengarah jabatan tahu kitorang ni tahu kami suka ber-fesbuk, dia bagi jer kita nak bersosial dalam alam maya walaupun waktu pejabat. :)
kecuali ada kerja lah
then hari tu pengarah adakan perjumpaan bersama 'budak budak student praktikal' ni haaa
siap ajar kiotrang main game lagi ^^

teach us how to play scrabble 


well, second week ni saya bersama team saya, 2 orang lagi sahabat iaitu Sarah dan Fatin ditempatkan di unit kesihatan iaitu bahagian klinik haiwan
for me, itu sangat sangat best ok! sebab saya sangat suka kucing (tapi CUTE cat only) haha. demand kot~
saya boleh jumpa kucing-kucing yang gebu. pelanggan ramai jugak yang datang bawak binatang (basically kucing la)

comel.cute.active ^^


kucing orang kaca rasanya nih


biasanya penyakit berak cair disebabkan cacing dalam perut, so ni just bagi kucing minum ubat jer
penyakit kurap, kucing kena inject
kutu, bulu luruh ke bulu tanggal? eh?
patah kaki pun ada.
dan dan dannnn cucuk perangcang pun ada. kesian weh kucing tu takde keturunan T_T

nak mematikan terus pun ada if kucing tu dah penyakit xleh nak sembuh, daripada kesian tengok dia sakit kan

hari selasa rabu dan khamis kami ditugaskan ke Tumpat untuk inject lembu-lembu disana
tapi bukan kami lah yang inject, kami just pembantu dan pencatat setia sepanjang 3 hari itu
tapi saya just pergi 2 hari sahaja, selasa dan rabu sebab kitorang dibahagi kepada kumpulan
di Tumpat ada banyak kes penyakit kuku dan mulut, so inject vaccine untuk langkah pengcegahan kepada lembu lembu tersebut
Kg Geting Tumpat


hari khamis, sempena dengan 5 S yang diterapkan di jabatan itu, kami semua kena gotong royong bersama staff disana
sangat mengeratkan silaturrahim ^^


ini adalah puyuh

dan pengarah ajar kami cara-cara untuk kahwinkan pokok bunga kertas a.k.a kacukkan pokok tu lah.




5S is the name of a workplace organization method that uses a list of five Japanese words: seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke-wikipedia


Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

sekian :)


nak tau lebih lanjut? BOLEH KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment