Saturday, July 7, 2012

kain telekung tak wajib pakai untuk solat




ehem!

pelik jugak manusia sekarang ni, kalau muslimat solat tak pakai telekung, dia orang tengok pelik jer. macam budak tu buat kesalahan besar jer. nak solat pun tak tenang. ya bukan semua orang akan pandang pelik tapi kebanyakkannya begitu lah.

sebab apa?

sebab kita dah memang set dalam minda/akal/otak kita yang kalau nak solat MISTI pakai telekung! baru sempurna. walhal, pakaian menutup aurat pun dah okay!
pemakaian telekung hanyalah budaya
Allah yang akan menilai awak-awak sekalian.
sebab tu la sesetengah orang tak solat kalau musafir, alasannya tak bawak kain telekung OR tempat solat tu tak sediakan kain telekung.

Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai, kuning dan sebagainya

herm..macam mana tu?

gambar hiasan daripada google


lagi satu hal, kain telekung tak semistinya warna putih. oh pelis lah korang. berfikiran terbuka sikit boleh.
tapi betul jugak apa yang mak saya cakap, kain telekung tak boleh berwarna pastu xleh ada munga-munga banyak2 nanti orang cakap apa.

so, kita kena ikut orang cakap la ea???


Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.


Islam tu mudah bukan ^^
so, jangan kita susahkan

Islam juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada

8 comments:

  1. Berdasarkan bacaan, kalau pakaian harian tu dah menutup aurat, boleh je terus buat solat tak kira laki atau perempuan. Cumanya, ulama dahulu sarankan untuk pakai pakaian khas solat (baju melayu/telekung semua) supaya akan benar-benar rasa konfiden tutup aurat, dan sepertimana kita jumpa pembesar pakai smart-smart, camtulah jugak seharusnya bila berjumpa dengan yang maha besar.

    Dan lagi satu, pasal warna-warni tu, lebih kepada budaya. Bila ada satu yang pelik, memang jadi peliklah. Dan kepelikan ini mungkin mengganggu tumpuan solat, sebab itu disarankan seragamkan iaitu putih, seperti yang sudah biasa diamalkan Melayu Nusantara.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat setuju dgn sis tentang ni. Pemakaian telekung dikalangan orang kita sebenarnya lebih kepada budaya dan adat.

    ReplyDelete
  3. memang tak salah kalau telekung corak corak bagai. tapi akan menjadi kesalahan jika corak2 yg dipakai mengganggu penglihatan atau minda orang lain yg bersolat dibelakang anda sehingga solatnya tidak kyusuk. yelah cantik sgt corak2 tu. kat mana belinya dan sbgnya.

    Memang juga tak salah kalau tak pakai telekung. tapi yakinkah kita dgn pakaian kita hari ini? adakah sisi pakaian tidak menampakkan susuk tubuh anda..kalau pakai seluar nampak tak susuk tubuh kaki anda? kalau pakai tshirt nampak tak susuk tubuh dada anda? oleh itu lebih afdal kita tambahkan dengan telekung yang seperti jubah itu. lainlah anda mmg pakai jubah seharian. lagi pun mmg dpt dipastikan kebersihan telekung tersebut lebih dr baju anda pakai kerana disimpan rapi.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum saudari.
    yakin 100% ke kalau tak pakai telekung solat, masa saudari rukuk dan sujud tu tak terdedah aurat saudari terutamanya dada dan leher? walaupun tempat solat itu tiada orang, tapi aurat tetap aurat.bahkan masa mandi pun seeloknya kita kena jaga aurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. 100% yakin aurat tak terdedah even tak pakai telekung kalau pakai kena dengan pakaiannya. harap mengerti

      Delete
  5. Salam..saya nk tnya sbb prkara nie buat saya ttanye2...mse sya solat di surau shopping..ada seorang wanita solat die memakai telekung tapi die xpkai kain tlekung atau stoking..seolah die solat sperti lelaki tp hanya menutup kepala tp kaki nye tidak tutup...adakah adew mazhab lain mengatakn solat sperti itu sah...bantu saya jelaskan perkara ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. yer pernah juga melihat sesetengah wanita yang tidak menutup kaki semasa solat (tapi bukan negara kita, negara luar) sebab ada mazhab yang mengatakan kaki tu bukan aurat jadi mereka tidak menutup kaki ketika solat. mazhab syafie tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. maaf kalau salah. wallahualam

      Delete