Tuesday, May 1, 2012

jadilah wanita yang hebat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum wbt~

hari ini kami berusrah bercakap pasal tasawur tarbiyyah islamiyah yang dikendalikan oleh saya dan sahabat saya, maisarah.
mungkin banyak istilah-istilah bahasa arab yang kurang difahami oleh kami tetapi alhamdulillah banyak pengajaran yang kami dapat pada hari ini.

dalam tarbiyyah ni ada marhalahnya iaitu level2 nya iaitu ta'rif (perkenalan), takwim (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan)

perlaksanaan yang susah dan jarang orang yang dapat buat dalam tarbiyyah ni.
tarbiyyah secara umumnya bermaksud apa jua usaha yang dilakukan oleh murabbi untuk mendidik seseorang muridnya supaya berdisiplin dan supaya mencapai matlamat yang ditentukan.

herm.nk cerita pasal usrah kami hari ini panjang la plak tapi nasihat naqibah kami KITA MISTI JADI WANITA YANG KUAT/HEBAT!

antaranya pesan naqibah kami, jadilah wanita yang hebat.

wanita yang kuat. kuat dari segi emosi dan fizikal sebab apa nak jadi wanita yang kuat?
kita bukan nak pergi berjihad/berperang pun kan?

ya, bukan berperang tapi kita/wanita yang akan menjadi/bakal ibu-ibu yang akan mendidik anak-anak kita. akan mencorakkan generasi yang akan datang.
saham kita untuk akhirat nanti kita yang akan bekalkan ilmu amalan pendidikan kepada anak-anak kita nanti. pernah dengar, kejayaan seseorang lelaki, pasti ada wanita dibelakang?

ya, mungkin tak semua lelaki tapi kebanyakkannya begitu kan?
ada isteri yang support mereka dari belakang :)
nak baitulmuslim yang baik, bentuk individu Islam yang baik dulu. yakni betulkan diri kita dulu sebelum mengharapkan orang lain baik kepada kita kannn???

pesan naqibah lagi, kita jangan mengharapkan nak dapat lelaki/suami yang soleh. tapi kita bentuk diri kita dulu untuk jadi kuat. untuk jadi tegas. untuk bisa mengawal keluarga yang akan datang nanti. opss bukan queen control ok!

don't worry, the day will come. just wait and see. Allah sentiasa bersama kita ^_^

p/s: tak suka blogspot dah berubah T__T

4 comments:

  1. blogspot boleh ubah jadi lama... pergi setting, pastu tekan apa yang patut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat tapi tak tau kena tekan apa. dan xjadi macam yang lama pun T_T

      Delete
    2. kat interface/antaramuka, ada butang gear/bulat, namanya dalam melayu pilihan blogger, rasanya inggeris Blogger option...

      Tekan di situ, dan kemudian pilih antara muka blogger lama, dalam inggeris mungkin "Old blogger interface"..

      Delete