Saturday, December 24, 2011

tips awal bertudung labuh :)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

assalamualaikum wbt~

amaran: ini post saya copy daripada blogger yang lain..moga manfaat buat sahabat2 yang membacanya...dan kisah ni sebijik macam kisah saya, nak berubah susah tapi tak mustahil,
start sikit2 dan lama2 alhamdulillah :)


TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.






Bismillahirrohmanirrohim.

"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...."[surah 24; an-Nur; ayat 35]

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]



Saya percaya... ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak di luar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala. 
Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agar tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.

Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang 'biasa-biasa' sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru 'dipanggil' pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3;

1) Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah. 

2) Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali 'terpikat' dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.

3) Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,

Renungilah firman Allah; 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan.

Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah;

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid,ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus.Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.



contoh 1: Tudung Akel bidang 50.



Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna.Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.



9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)



contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.


CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba... masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita. 

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.  

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.  

Firman Allah swt; 
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.


Firman Allah swt;
"Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [surah 29; al-ankabut; ayat 6]




"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah." [HR Bukhari & Muslim]


Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. :) Sesungguhnya, antum bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Salam Maal Hijrah. Taqaballahu minna wa minkum. 

Allahu 'alam.


p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. 

Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.  

Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. insyaAllah :)

http://muslimatankamilatan.blogspot.com/2011/12/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh.html

Thursday, November 24, 2011

Wordless wednesday #10


BioMalaysia 2011, KLCC
wednesday 23th November 2011

p/s:tu la nama panjang2 orang letak sikit jer...sama dengan kad matrik WAN NURUL jer dapat..isk3

Saturday, November 12, 2011

12/11/2011 acara sembelihan ktdi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

assalamualaikum wbt~


ustaz dari jawi yang ajar kitorang macam mana nak sembelih ayam dengan betul



alhamdulillah minggu sahsiah cemerlang mukmin gemilang (sesa') 2011 ni dah nak penghujungnya..insyaAllah esok majlis penutup..
dan pagi rasa macam best jer aktiviti...
pagi2 trun qiammualai..apa yang paling best tengok ramai yang turun..alhamdulillah ^_^
aktiviti diteruskan dengan memasak2..ptong2 sayur...
pihak jawi sampai pukul 9.00 pagi, 9.30 dah strat briefing sikit lepas tu start sembelihan ayam
48 ekor ayam tau sembelih...
first time tengok perempuan sembelih ayam, macam2 ragam ada tapi saya tak sembelih yer...bukan ayam tu yang bising, saya ni yang bising nanti..kih3
saya tukang ambil gambar jer...paling best dapat pegang DSLR nikon d3100 tuuu..bangga sekejap :p

motifnya? in case kalau dah tak de orang lelaki nak sembelih ayam kat sesuatu tempat, boleh la perempuan yang tolong sembelihkan ye dak?

dan ustaz ni ada jugak bagitahu, kebanyakkan pasar yang jual ayam ni, yang selalu kita beli tu, ayam mati bukan sebab sembelihan tetapi sebab bertindan. ustaz cakap TAK HALAL~
takutnya :(


ustaz cakap, senang jer, pegang pisau macam pegang pen

dah mati


my floormate memang terbaik! semuanya berani...except me la kan~
ayam semuanya putus urat halkum dan halal dimakan...
lepas tu cabut bulu ayam dan sekarang tengah goreng2...
bila ntah boleh makan~

gabungan MARWAH hantar DUA ORANG jer lelaki ok!



hujan renyai2 pulak hari ini...alhamdulillah, xderlah panas sangat...
dalam hujan2 ni, muslimat2 ni ajak pergi makan rambutan, time ni laki takder, senang sikit nak ambil rambutan belakang kolej ni...hee
best sangat korang!



p/s:kerja banyak tapi enjoy je memanjang..isk3
p/s/s:malam ni rehearsal untuk penutup esok...pagi esok nak g rehlah..isk3..

Saturday, October 8, 2011

antara ujian dan bala?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum wbt~

apa beza ujian dengan bala?

ujian tu Allah turunkan untuk hambaNya yang Dia sayang sebab nak ujian tahap mana iman dan takwa hambaNya tu...
"jangan kamu kata kamu telah beriman selagi kamu tidak di uji"

bala tu pulak Allah turunkan kepada hambaNya yang Allah murka, yang banyak lakukkan benda Allah tak suka..maksiat dan macam2 lagi la...Allah turunkan bala untuk pengajaran kepada manusia, sebagai amaran supaya manusia lebih sedar tujuan mereka hidup atas muka bumi Allah ni...

kalau kat malaysia ni, Allah tak turunkan bala dengan tsunami,gempa bumi dan macam2 gituu..tapi kat negeri kita ni, lahirnya anak2 muda yang derhaka kepada ibubapa mereka sendiri...yang tak hormat kepada orang tua...macam tu lah lebih kurang

dalam ayat al-Quran pun dah banyak Allah bagi peringatan kan tapi kita jer buat tak endah :(

semalam dengar usrah/tazkirah daripada my naqibah pasal ujian dan bala ni...lepas tu kita kongsi cerita masing2...ok, now i know, dalam kalangan kitorg tu tak semua dilahirkan memang 'baik' macam tu...

dalam proses nak berubah jadi lebih baik dari semalam2 tu tentu ada ujian dari Allah kan? banyak dengar cerita dari sahabat2....

then tertarik dengan ayat ni "Allah lebih suka orang berubah dari jahat kepada baik daripada orang yang xberubah langsung dan orang yang konsisten baik"

serius semalam nak cerita semua kisah saya...nak kongsi semua tapi tak terkeluar mungkin sebab sedih...semalam pun nak nangis bila teringat kisah dulu2 :(

  • saya dulu yang bertudung pendek
  • saya dulu yang tak pernah kenal usrah
  • saya dulu yang tak pernah tahu pasal tudung labuh
  • saya dulu yang agak anti dengan budak tudung labuh
  • saya dulu yang jarang baca kitab suci
  • saya dulu yang tak suka dengar ceramah
  • saya dulu yang malas pakai stoking
  • saya dulu yang suka memberontak
  • saya dulu yang selalu negatif
  • saya dulu yang macam2 la...senang cerita saya dulu ZERO yer...ZERO

dan saya bukan budak sekolah agama~

  • tapi sekarang insyaAllah akan istiqamah mengenakan tudung sekarang walaupun masih baru :)
  • alhamdulillah kenal usrah sejak masuk matrik...diperkenalkan oleh seorang sahabat baik shafiqah ♥
  • sekarang dah tahu pasal tudung labuh...sebab dulu2 bagi saya orang tudung labuh hanya orang 'alim' dan budak sekolah agama jer pakai...orang yang macam saya ni cukup lah sekadar tudung yang biasa2 jer..padahal menutup dengan sempurna tu WAJIB :) dan terkesan dengan ayat presiden pmiupm satu hari tu pasal ni...
  • dan sekarang sahabat2 saya bertudung labuh dan saya tenang dengan mereka :D siapa sahabat kita hari ini mencerminkan saper diri kita esok kan?
  • alhamdulillah kitab suci selalu dibaca dan for the first time dapat khatam dalam masa sebulan masa ramadhan aritu..siyes gembira sangat...terima kasih ya Allah ^_^
  • sekarang suka sangat dengar tazkirah sebab dari sini saya belajar macam2
  • alhamdulillah sampai sekarang moga istiqamah pakai stoking
  • alhamdulillah memberontak dengan orang tu tak kurang walaupun kadang2 ada lagi...kih3
  • sekrang more to positif insyaAllah

walau apa pun sekarang saya masih belajar :)

nak kongsi cerita saya dari tak tahu apa2 sampai sekarang ilmu masih lagi skit memang banyak! gembira sedih ketawa air mata semua ada...tapi apa yang baik kita ambil yang tak baik kita jadikan pedoman...

doakan untuk kesejahteraan semua

ok..next week ada test 1 daa~ :)

Wednesday, August 24, 2011

Kek Batik Milo

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum wbt~


KEK BATIK MILO


Kek batik adalah kek yang paling senang nak buat di abad ni..siyes! tak tipu la..tak payah guna oven or pembakar kek..Cuma sejukkan jer dan bleh dihidangkan..
Saya dah banyak kali buat kek ni..siap ajar kawan2 masa kat sekolah dulu lagi taw~
So, cubalah…sonang sangat aih~


Bahan-bahan
  • 500 gm marjerin
  • 1 sb gula
  • 525 gm susu pekat (1 stgh tin)
  • 5 biji telur (dipukul hingga kembang)
  • 400 gm milo (boleh didapati dlm 1 paket kecil)
  • 2 sb serbuk koko (ni untuk buat rasa dia pekat skit..kalau tak nak guna serbuk koko, pekatkan milo tu jer)
  • 1 kilo biskut marie (yg biasa bkn coklat tau) dipatahkan dengan tangan menjadi dua setiap keping



Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dan gula. Kacau seketika sehingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan telur. Kena kacau sampai sebati jugak lagi..
  4. Masukkan milo kemudian koko. ( Jangan masak terlalu lama atas api, takut hangus pulak)
  5. Agak2 pekat masukkan biskut marie dan gaulkan sehingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam bekas loyang dan ratakan ke serata loyang. Jangan terlalu tebal nanti susah nak potong.
  7. Sejukkan di dalam fridge sbb lau letak di luar coklat mudah cair.
  8. Setelah sejuk, potong dan sedia untuk dihidangkan sebagai dessert ataupun minum petang.
Selamat Mencuba =)


resepi lain? klik gambar


Kesilapan Kaum Wanita Islam tentang AURAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum wbt~



KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

 

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke bandar. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. T_T

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?
Jawabnya seperti berikut :-


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. 





Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG
TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.


 
buat kaumku PEREMPUAN @ WANITA yang SeIslam ku...renung-renungkan

perbetulkan balik niat sebab apa kita pakai HIJAB?


HIJAB is not for fashion..please respect..please please girls T__T


"Sesungguhnya  aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm  kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku  juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu  hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn  ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"
sesungguhnya AKU PERNAH melampaui batas...


jom cover aurat kita dan paham ERTI SEBENAR AURAT sebelum orang COVER untuk kita :)



Monday, August 22, 2011

kek coklat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
assalamualaikum wbt~

KEK COKLAT



Haa..aritu saje2 nak try buat kek coklat..so, beli la barang2nya..hajat dihati nak buat surprise kat abah dengan kek ni tapi mak ni xleh simpan rahsia la pulak..terus ilang mood nak bagi surprise kat abah..adoi ~.~


Tapi Alhamdulillah percubaan pertama sangatlah memberangsangkan (KOYA a.k.a POYO skit~) abah suka sebab dia makan sampai abis..walaupun mak kata rupa kek saya macam ta*k kuba!! (kerbau) adoi~ mak ni selalu tak bagi semangat untuk anak dia ni..tapi mak makan jer kek ni…HAHA


Senang jer tapi bahan2 dia agak banyak skit..so, try la..gerenti sodap lah~


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
senang jer dah boleh hidang...

insyaAllah raya ni plan nak buat lagi :)

SELAMAT MENCUBA :)

resepi lain? KLIK PICTURE


Friday, August 19, 2011

Spaghetti Sos Kimball & Koktail

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum wbt~


SPAGHETTI SOS KIMBALL SEDAP~

p/s: ni bukan 1st time masak yer :p

Aritu adalah cuba2 masak spaghetti ni, masak khas untuk abangku yang bakal pulang ke perak malam tu..(bodek jer sebenarnya)..yelah, petang tu dah dapat sandal polo satu..abang belanja tuuu~ terharu kejap, xpernah merasa pakai selipar harga gituw~ syukur sangat2 ^_^ terima kasih abangku, kerana dirimu begitu berharga…(nanti kena paw lagi)

Spaghetti oh spaghetti~

Buat juadah berbuka puasa pun sodap ni..haa, sekali sekala nak makan western untuk berbuka apa salahnya kan?

Dah tiap2 hari makan nasik~ lagipun menda ni x yah dah nak beli banyak2 lauk

So, marilah sama2 mencuba yer


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan) –brand lain pun bleh asalkan namanya SPAGHETTI oke!
  • 1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
  • 3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur) 1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan




  • 1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant) –yang ni saya tak letak sebab tak beli, kalau tak letak pun tak per-
  • 1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus)
  • 5 sudu besar minyak kelapa sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur –untuk hiasan sahaja
  • 2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur  -untuk hiasan sahaja
  • Bawang besar sebijik atau sebijik setengah


Cara-cara:

  • Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau
  • Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat
  • Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat
  • Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...
  • Tambah air dalam secawan dan kacau hingga sebati
  • letak garam
  • Tambah hirisan cendawan butang tadi, kacau lagi sampai mendidih...
  • Letak spaghetti dalam pinggan dan tuang kuah atasnya,kemudian letak beberapa hiris broccoli dan capsium tadi....
* Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi...

Broccoli & capsium dicelur dalam air mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal...

Selamat mencoba...

**********************************************************


KOKTAIL SUSU


Koktail ni sangat sodap makan/minum time berbuka puasa tau..senang jugak nak buat

5 minit pun dah siap…and as always, abang saya suka kan koktail ni? Sebab tu saya semangat nak buat..:D


Bahan-bahan:

  • 3 sudu makan gula
  • Air masak
  • 1 tin Susu cair
  • 1 tin buah campur
  • Jelly (kalau tak de pun takpe)

Cara-cara:

  1. Mula-mula buat air gula iaitu kacaukan gula dengan air sehingga larut
  2. Masukkan susu cair
  3. Tambah air masak (elok buat dalam bekas yang besar macam kat gambar atas tu)
  4. Masukkan buah campur dan jelly
  5. Dan last sekali makan bersama ais



Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENJALANI BULAN RAMADAN DAN GUNAKAN MASA YANG ADA SEBAIK MUNGKIN :)