Wednesday, August 24, 2011

Kesilapan Kaum Wanita Islam tentang AURAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

assalamualaikum wbt~



KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

 

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke bandar. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. T_T

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?
Jawabnya seperti berikut :-


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. 





Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG
TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.


 
buat kaumku PEREMPUAN @ WANITA yang SeIslam ku...renung-renungkan

perbetulkan balik niat sebab apa kita pakai HIJAB?


HIJAB is not for fashion..please respect..please please girls T__T


"Sesungguhnya  aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm  kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku  juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu  hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn  ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"
sesungguhnya AKU PERNAH melampaui batas...


jom cover aurat kita dan paham ERTI SEBENAR AURAT sebelum orang COVER untuk kita :)



Monday, August 22, 2011

kek coklat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
assalamualaikum wbt~

KEK COKLAT



Haa..aritu saje2 nak try buat kek coklat..so, beli la barang2nya..hajat dihati nak buat surprise kat abah dengan kek ni tapi mak ni xleh simpan rahsia la pulak..terus ilang mood nak bagi surprise kat abah..adoi ~.~


Tapi Alhamdulillah percubaan pertama sangatlah memberangsangkan (KOYA a.k.a POYO skit~) abah suka sebab dia makan sampai abis..walaupun mak kata rupa kek saya macam ta*k kuba!! (kerbau) adoi~ mak ni selalu tak bagi semangat untuk anak dia ni..tapi mak makan jer kek ni…HAHA


Senang jer tapi bahan2 dia agak banyak skit..so, try la..gerenti sodap lah~


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
senang jer dah boleh hidang...

insyaAllah raya ni plan nak buat lagi :)

SELAMAT MENCUBA :)

resepi lain? KLIK PICTURE


Friday, August 19, 2011

Spaghetti Sos Kimball & Koktail

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

assalamualaikum wbt~


SPAGHETTI SOS KIMBALL SEDAP~

p/s: ni bukan 1st time masak yer :p

Aritu adalah cuba2 masak spaghetti ni, masak khas untuk abangku yang bakal pulang ke perak malam tu..(bodek jer sebenarnya)..yelah, petang tu dah dapat sandal polo satu..abang belanja tuuu~ terharu kejap, xpernah merasa pakai selipar harga gituw~ syukur sangat2 ^_^ terima kasih abangku, kerana dirimu begitu berharga…(nanti kena paw lagi)

Spaghetti oh spaghetti~

Buat juadah berbuka puasa pun sodap ni..haa, sekali sekala nak makan western untuk berbuka apa salahnya kan?

Dah tiap2 hari makan nasik~ lagipun menda ni x yah dah nak beli banyak2 lauk

So, marilah sama2 mencuba yer


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan) –brand lain pun bleh asalkan namanya SPAGHETTI oke!
  • 1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
  • 3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur) 1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan




  • 1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant) –yang ni saya tak letak sebab tak beli, kalau tak letak pun tak per-
  • 1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus)
  • 5 sudu besar minyak kelapa sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur –untuk hiasan sahaja
  • 2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur  -untuk hiasan sahaja
  • Bawang besar sebijik atau sebijik setengah


Cara-cara:

  • Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau
  • Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat
  • Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat
  • Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...
  • Tambah air dalam secawan dan kacau hingga sebati
  • letak garam
  • Tambah hirisan cendawan butang tadi, kacau lagi sampai mendidih...
  • Letak spaghetti dalam pinggan dan tuang kuah atasnya,kemudian letak beberapa hiris broccoli dan capsium tadi....
* Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi...

Broccoli & capsium dicelur dalam air mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal...

Selamat mencoba...

**********************************************************


KOKTAIL SUSU


Koktail ni sangat sodap makan/minum time berbuka puasa tau..senang jugak nak buat

5 minit pun dah siap…and as always, abang saya suka kan koktail ni? Sebab tu saya semangat nak buat..:D


Bahan-bahan:

  • 3 sudu makan gula
  • Air masak
  • 1 tin Susu cair
  • 1 tin buah campur
  • Jelly (kalau tak de pun takpe)

Cara-cara:

  1. Mula-mula buat air gula iaitu kacaukan gula dengan air sehingga larut
  2. Masukkan susu cair
  3. Tambah air masak (elok buat dalam bekas yang besar macam kat gambar atas tu)
  4. Masukkan buah campur dan jelly
  5. Dan last sekali makan bersama ais



Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENJALANI BULAN RAMADAN DAN GUNAKAN MASA YANG ADA SEBAIK MUNGKIN :)

Thursday, August 18, 2011

[GAMBAR] polis wanita iran tutup aurat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
assalamualaikum wbt~
 
 
 
 lengkap berjubah oke!


jom kawad! :)













p/s: kalau diorang boleh pakai jubah dan tutup aurat dengan sempurna dan melakukan aktiviti/rutin harian untuk berjuang, kenapa tidak kita?

kenapa kita sering adakan seribu alasan untuk tidak berhijab? untuk tidak menutup aurat? untuk mengabaikan apa yang Allah perintah?

padahal kita tahu kewajiban kita sebagai MUSLIM / MUSLIMAH?

Tuesday, July 19, 2011

sehari di singapura

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

assalamualaikum wbt~

hai hai hai..apa khabar iman dan hati? hope sehat jer yer... :)
semoga Allah sentiasa melindungi kita semua...

baru jer pulang dari pondok seligi lepas tu kawan ajak p singapura...
nak tau kawan saya cakap apa "nini nak p singapore x? mun ajak dengan sepupu2 dia sekali...3 hari 2 malam..bayar RM150 jer"
masa tu excited la..ingatkan betul, rupanya dia pun salah information la..adeh2..rupanya ni TRIP yang budak UITM buat...
semuanya 3 bas, 2 bas dari UITM ARAU dan 1 bas dari Shah Alam...saya naik dari shah alam punyer...

fuh...merantau abis la..dari timur ke utara dulu umah kawan tu..pastu ke barat (shah alam) baru baru ke selatan...abih 1 malaysia round..:D

malas la nak cerita panjang2 pasal trip ni...best ke x? erm..xtau nak cakap macam mana...best sebab bleh tengok 4D cinema tu...memang terbaik la kan...
tengok citer pirates...dia wat citer lawak2 gtu la..memang best la teknologi dia..xtau nak cakap macam mana...mahal kot nak masuk sana...tapi ikut jer lah dah orang bawak kan...
aktiviti kedua naik extreme log...naik balak...padahal tgk screen jer, rasa macam betul...best!
tapi tu semua aktiviti lara lah..aish

p/s: terlebih ayu pulak g sana pakai jubah jer :p (sebab ada azam baru..moga istiqamah)

barang2 kat sana memang mahal sangat! tapi xsempat nak beli paper, xsempat...smua benda nak kena rushing...xsuka betul lah..
dan one more thing xsuka sebab BEBAS sangat..aish, den memang tak suka las tempat2 gituww...dan mungkin ni last ikut trip gitu...

malam tengok SONG OF THE SEA..great!



tempat pertama yang dibawa..nak tau berapa minit jer dia bawak kat sini...15 minit jer oke! amik2 gambar then trus naik bas yer..adoi~ rushing2

kapal atas bangunan....kat singapura ni bangunan dia memang lawa2 la..dan tinggi2 sebab nak tampung penduduk dia...singapura ni kecik jer sebab tu dia bleh jaga tempat dia BERSIH jer...
dan tempat dia xsesak yer jalan raya even ari sabtu sebab ari sabtu kereta tertentu jer bleh guna jalan raya...kereta yang ada plat warna merah...kalau plat hitam putih tu kereta orang mewah skit la kot sebab dia bayar $25 setiap hari sebab nak guna jalan tu..fuh~

suka tengok bangunan ni...lawa kan? ni bangunan balai polis dia...
singapura ni kecik jer...alih2 tempat sama jer lalu...


tengahari kitorang sembahyang dekat masjid kat ARAB STREET
ramai betul pelancong mai kat masjid ni...xde la besar sangat tapi unik :)

depan masjid ni ada jual2...orang kata murah2 tapi xsempat g tengok pun kat kedai2 tu 
T____T
sedih2


lepas solat, kitorang dibawa ke kedai apa ntah nama dia...ZAM ZAM kot
murtabak dia terkenal kat sni..so, try la makan...
nasib baik sedap murtabak ni...
ada pakcik tu tengok saya syok sangat makan, dia nak balik lepas tu dia tegur
"dik sedap tak murtabak singapura? sedap tak?"
(pakcik tu orang singapura kot)

dengan riangnya menjawab "SEDAP!"
haha..memalukan betul~~

yang kat atas ni chicken briyani
makan utk 2 orang..banyak kot, ayam dia pun besar
$6 untuk satu..mahal~~

 SENTOSA ISLAND
haa..kat sini la habiskan masa banyak
T_T
main macam2

1. 4D pirates cinema
2. extreme log 4D
3.LUGE
4.skyline
5.song of the sea

 naik luge (macam kete yang kat fun fair la kot tapi ni lagi best!)
naik menda ni dengan keayuan yang terserlah...
(maksudnya dengan pakai jubah la)
sabor jer la kan~


before g, xtau pun ada main benda2 macam ni...

naik skyline...
actually agak gayat dengan tempat tinggi...
masa naik tu siap mengucap lagi...takut la~
alhamdulillah semua selamat :)

 ni dedi singa tu...
yang keluar air kat mulut tu mak dia...
baby dia xsempat nak tangkap gambar...






SONG OF THE SEA
diorang banyak duit bleh la nak buat menda2 ni..
lawa..teruja dengan gabungan cahaya dan air menghasilkan imej



tu jer kot..walaupun gambar ada banyak kan..malas nak letak banyak2..:p




wassalam
^_^