بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
assalamualaikum wbt~
SPAGHETTI SOS KIMBALL SEDAP~
p/s: ni bukan 1st time masak yer :p
Aritu adalah cuba2 masak spaghetti ni, masak khas untuk abangku yang bakal pulang ke perak malam tu..(bodek jer sebenarnya)..yelah, petang tu dah dapat sandal polo satu..abang belanja tuuu~ terharu kejap, xpernah merasa pakai selipar harga gituw~ syukur sangat2 ^_^ terima kasih abangku, kerana dirimu begitu berharga…(nanti kena paw lagi)
Spaghetti oh spaghetti~
Buat juadah berbuka puasa pun sodap ni..haa, sekali sekala nak makan western untuk berbuka apa salahnya kan?
Dah tiap2 hari makan nasik~ lagipun menda ni x yah dah nak beli banyak2 lauk
So, marilah sama2 mencuba yer
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan) –brand lain pun bleh asalkan namanya SPAGHETTI oke!
- 1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
- 3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur) 1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan
- 1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant) –yang ni saya tak letak sebab tak beli, kalau tak letak pun tak per-
- 1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus)
- 5 sudu besar minyak kelapa sawit
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur –untuk hiasan sahaja
- 2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur -untuk hiasan sahaja
- Bawang besar sebijik atau sebijik setengah
Cara-cara:
- Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau
- Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat
- Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat
- Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...
- Tambah air dalam secawan dan kacau hingga sebati
- letak garam
- Tambah hirisan cendawan butang tadi, kacau lagi sampai mendidih...
- Letak spaghetti dalam pinggan dan tuang kuah atasnya,kemudian letak beberapa hiris broccoli dan capsium tadi....
Broccoli & capsium dicelur dalam air mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal...
Selamat mencoba...
**********************************************************
KOKTAIL SUSU
Koktail ni sangat sodap makan/minum time berbuka puasa tau..senang jugak nak buat
5 minit pun dah siap…and as always, abang saya suka kan koktail ni? Sebab tu saya semangat nak buat..:D
Bahan-bahan:
- 3 sudu makan gula
- Air masak
- 1 tin Susu cair
- 1 tin buah campur
- Jelly (kalau tak de pun takpe)
Cara-cara:
- Mula-mula buat air gula iaitu kacaukan gula dengan air sehingga larut
- Masukkan susu cair
- Tambah air masak (elok buat dalam bekas yang besar macam kat gambar atas tu)
- Masukkan buah campur dan jelly
- Dan last sekali makan bersama ais
Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENJALANI BULAN RAMADAN DAN GUNAKAN MASA YANG ADA SEBAIK MUNGKIN :)
eleh.. hari 2 baru mkn western food :P mcm org x tahu je.. nk gk!
ReplyDeleteHAHA..jgn jeles yer incik anonymous :p
ReplyDeletepatot ler..hehehe..B-)
ReplyDelete..ahmad9106..
:)
ReplyDeletebuleh try nih hohoho
ReplyDelete#zakiran-bules2..try la :)
ReplyDeleteSalam kenal daripada Kak Noor. Akak pernah guna sos spaghetti cendawan kimball ni. Memang sedap. Lebih prefer sos keluaran kimball daripada prego. Tapi kita campurlah bahan-bahan lain untuk menyedapkannya lagi. Nak buat malam ni untuk dinner. Anak-anak akak suke...
ReplyDelete