Wednesday, February 4, 2015

Pelamin mini Kota Bharu

Assalamualaikum :)


setelah sekian lama mendiamkan diri tidak bukak pun belog cik wan ni akhirnya nak update jugak satu post. first post untuk tahun 2015 haha

eh, SELAMAT TAHUN BARU 2015 (tak terlambat lagi kan? walaupun dah bulan Februari)



haa, ni bulan dua dan bulan tiga, dah mula start musim bekwoh (kenduri kahwin) termasuk la diri den koh koh koh...cik wan nak share tempat yang ore kelate boleh dapatkan mini pelamin yang murah dan cantik. jadi bolehlah korang tempah kalau nak pelamin bajet hihi

sebenarnya pelamin mini ni cik wan guna masa majlis bertunang hari tu. Sebenarnya tujuan buat mini pelamin ni just nak ambil gambar sebagai kenang kenangan jer dan rumahku sempit, jadi dengan adanya pelamin ni adalah tempat untuk duduk sarung cincin kan? 
dan dan, majlis kitew tu simple je sebenarnya. just sedara2 je datang. kawan2 tak ada sorang pun datang sebab cik wan tak jemput pun. 3 orang jer tau nak bertunang masa tu haha


ni jer ada gambar paling elok gambar pelamin mini ni. siap ada baby lagi haha
sebenarnya cakap nak biru turqoise tapi dia cakap ni biru turqoise. aish sabor jelah
tapi cantik dan murah

sebab pelamin macam ni hanya RM180 sahaja
dan owner dia pun senang sangat berhubung

tapi sekarang dah tak dapat harga tu, sekarang rasanya dah RM200
tapi masih murah lagi kan?

 


untuk kawasan Kota Bharu Kelantan sahaja ya
harga tu termasuk kos hantar dan pasang dah 

jika korang berminat boleh hubungi no di bawah ya

BERMINAT?
Untuk tempahan/pertanyaan, sila
sms/whatsapp/Line/tel/
ke 010-9260996 nyatakan:
a) Tarikh Majlis,
b) Warna tema,
c) Lokasi pemasangan.

**First Come, First Serve**

okay itu sahaja terima kasih kerana membaca :)

Saturday, November 8, 2014

Cara Pakai Shawl Labuh

Assalamualaikum :)

seronok tengok ramai dah orang berhijrah memakai tudung/shawl lebih labuh dari biasa
sebab ramai icon2 muslimah tampil dengan pemakaian yang patuh syarie
Alhamdulillah
semoga kita semua istiqamah 

saya memang jarang pakai shawl sebab :
1. MALAS
2. MALAS
3. MALAS

haha macam sama je semua :p
sebenarnya sebab pakai spek. jadi muka boolat tak sesuai pakai shawl bila pakai spek. kalau tak pakai spek baru ada keyakinan nak pakai shawl

sekarang ramai dah orang jual online, jual shawl panjang yang boleh jadi labuh
ALHAMDULILLAH

artis dan blogger muslimah juga dah ramai sekarang ni
artis TASHA MANSHAHAR juga sudah memiliki perniagaan sendiri dan pakai tudung labuh jugakk. hee. alhamdulillah
DENA BAHRIN, IRINE NADIA, NUR AMIRAH
memang lebih sopan dan cantik bila pakai labuh kan?
^_^

disebabkan saya 'tokey' tudung jugak
orang selalu tanya tutorial pakai shawl macam mana?
pakai tudung ni macam mana?

serius saya tak pandai nak ber'tutorial'
kecuali kalau datang depan2, senang skit nak ajar tutorial hihi

tapi sejujurnya tak susah pun pakai shawl labuh ni

SHAWL SHIMMER daripada FLUFFY STUFF

boleh pilih macam2 warna disini

simple je cara pakai ni

saya tertarik dengan tutorial blogger femes ibu medina ni
sumber dari IRINE NADIA MARCELLO


panjang 2 meter dan lebar 0.75 meter sahaja shawl ini

hari tu masa buka booth di KTC
ada seorang customer datang. dia cakap badan dia sedikit berisi jadi tak sesuai pakai shawl, nanti tak cover dan tak labuh
lalu pun ajar cara2 pakai cara saya pakai
alhamdulillah beliau suka dan terus grad dua helai tudung
kawan dia yang tengok pun excited dan grab satu shawl shimmer ^^

senang jer, cuma nak dan tak nak atas diri masing2 je kan :)

ini pulak cara pakai shawl di bahagian muka boleh buat macam bawal
kalau rasa muka tak sesuai pakai macam shawl, boleh try macam tutorial NUR AMIRAH ini

gambar kredit to by NUR AMIRAH 11



SELAMAT MENCUBA :)

jom pakai shawl labuh 

Friday, November 7, 2014

Kad Kahwin MURAH

Assalamualaikum :)

dah menginjak 23 tahun ni lebih banyak jemputan kenduri kahwin dari jemputan hari lahir ya? (macam la pernah dapat jemputan hari lahir kan? haha)

tapi serius rasa macam 'muda' lagi tapi dah banyak dapat jemputan kahwin dan ada sahabat2 dah dapat baby pun. Alhamdulillah. rezeki masing2 kan?

well, ini bukan entri kad kahwin saya ya
cuma tertarik dengan satu design kad kahwin ni
KREATIF habisss

memandangkan dah lama tak tengok kertas ujian UPSR ni, jadi kad kahwin memang menarik untuk beri nostalgia kepada yang lupa macam mana bentuknya haha

kalau nak upgrate sikit, print je atas kertas warna biru. jadi macam kertas SPM kan?

dan yang menjimatkan, dan terrlajak jimat, buat satu design ni lepas tu fotostat jer. jadi 10sen je sekeping. tak ke murah tu haha
guna kertas A4 jer. habis cerita :p




unik betul gambarajah dia. memang betul2 macam kertas exam daa

~terima kasih kerana sudi baca~



Thursday, November 6, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum :)



setelah sekian lama tidak buka akaun blogspot ini akhirnya hari ini merajinkan diri update blog. yeay. tahniah untuk diri sendiri

jadi blogger tak boleh malas2 tau?

okay. disebabkan JERUK PAUH/MANGGA ASAM BOI ini menjadi popular di laman sosial dan juga tempatku, jadi cik wan pun cuba la buat jeruk ini



serius sedappp sangatt..sedap asam boi kot?

okay cara-caranya senang sangat

anda hanya perlu
-mangga 2 biji
-gula 3 sudu
-1/2 sudu garam
-asam boi dipotong2
-cili padi beberapa biji ikut nak pedas mana

gaul semua benda ini, simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 5 jam
lagi lama lagi best tauu


selamat mencuba :)

Sunday, September 7, 2014

Pengalaman First Booth Fluffy Stuff

Assalamualaikum :)



alhamdulillah baru selesai kerja2 buka booth untuk Fluffy Stuff di Baza Festival yang berlangsung pada 5&6 September bertempat di KTC KB

pengalaman first time buka booth memang best
mula-mula rasa takut jugak. entahlah, mungkin sebab first time kot nak buka booth dan jumpa dengan orang ramai
tapi alhamdulillah dipermudahkan segala hal dan dapat jumpa ramai orang dan bermacam gaya dan perangai

memang kena belajar dan kena paham dan tahu dan jumpa orang ramai kan? berapa banyak 'dan' daa

1. HATI KENA KENTAL
haha.yang ni memang lawak. harga buka booth memang lain dengan harga online. memang harga promosi giler2 dah bagi sebab tujuan buka booth ni pun nak bagi orang kenal Fluffy Stuff ni...mana la tahu lepas ni buka booth luar kelantan pula kan? insyaAllah amin :)
hati kena kental sebab orang tawar menawar.lagi2 yang datang tu peniaga jugak.haha. memang pening dibuatnya wuwuwu. rasa nak nangis disitu jugak! haha ini over

2. SENYUM SOKMO
yang ni memang la kan. kena senyum jer pada customer dan juga orang lalu lalang even orang tak senyum kat kita
ada customer datang tak senyum pun. kita pulak yang takut haha.

yang pengalaman best orang ajak bergambar. tiba-tiba rasa macam 'retis' bila orang ajak bergambar dan berselfie. memang suka bergambar cuma segan dengan orang tak berapa kenal. hehe.

yang part suruh ajar tutorial tudung dan shawl ni tiba2 jadi ketar2...tangan sejuk tak tau sebab nervous atau aircond? haha. tapi alhamdulillah boleh manage dengan baik :)

ada customer datang hari jumaat. hari sabtu datang lagi sebab nak beli lagi tudung. alhamdulillah :)

semistinya tudung dan shawl palestin paling laris :)

SEMOGA FLUFFY STUFF DAPAT BANTU ORANG MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

sebab ada pasangan suami isteri datang, baru kahwin kot, si isteri try tudung lepas tu tanya suami macam mana? dia cakap suami dia nak dia pakai tudung tutup bahagian depan. alhamdulillah terus grab 4 helai tudung dan shawl. suami dia pun sporting dan lawak. haha. kan pemilihan pasangan tu penting? syukur dapat suami macam tu, boleh didik isteri menutup aurat dengan sempurna kan :)

insyaAllah, plan for next future