Showing posts with label kota bharu. Show all posts
Showing posts with label kota bharu. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Pelamin mini Kota Bharu

Assalamualaikum :)


setelah sekian lama mendiamkan diri tidak bukak pun belog cik wan ni akhirnya nak update jugak satu post. first post untuk tahun 2015 haha

eh, SELAMAT TAHUN BARU 2015 (tak terlambat lagi kan? walaupun dah bulan Februari)



haa, ni bulan dua dan bulan tiga, dah mula start musim bekwoh (kenduri kahwin) termasuk la diri den koh koh koh...cik wan nak share tempat yang ore kelate boleh dapatkan mini pelamin yang murah dan cantik. jadi bolehlah korang tempah kalau nak pelamin bajet hihi

sebenarnya pelamin mini ni cik wan guna masa majlis bertunang hari tu. Sebenarnya tujuan buat mini pelamin ni just nak ambil gambar sebagai kenang kenangan jer dan rumahku sempit, jadi dengan adanya pelamin ni adalah tempat untuk duduk sarung cincin kan? 
dan dan, majlis kitew tu simple je sebenarnya. just sedara2 je datang. kawan2 tak ada sorang pun datang sebab cik wan tak jemput pun. 3 orang jer tau nak bertunang masa tu haha


ni jer ada gambar paling elok gambar pelamin mini ni. siap ada baby lagi haha
sebenarnya cakap nak biru turqoise tapi dia cakap ni biru turqoise. aish sabor jelah
tapi cantik dan murah

sebab pelamin macam ni hanya RM180 sahaja
dan owner dia pun senang sangat berhubung

tapi sekarang dah tak dapat harga tu, sekarang rasanya dah RM200
tapi masih murah lagi kan?

 


untuk kawasan Kota Bharu Kelantan sahaja ya
harga tu termasuk kos hantar dan pasang dah 

jika korang berminat boleh hubungi no di bawah ya

BERMINAT?
Untuk tempahan/pertanyaan, sila
sms/whatsapp/Line/tel/
ke 010-9260996 nyatakan:
a) Tarikh Majlis,
b) Warna tema,
c) Lokasi pemasangan.

**First Come, First Serve**

okay itu sahaja terima kasih kerana membaca :)

Saturday, November 8, 2014

Cara Pakai Shawl Labuh

Assalamualaikum :)

seronok tengok ramai dah orang berhijrah memakai tudung/shawl lebih labuh dari biasa
sebab ramai icon2 muslimah tampil dengan pemakaian yang patuh syarie
Alhamdulillah
semoga kita semua istiqamah 

saya memang jarang pakai shawl sebab :
1. MALAS
2. MALAS
3. MALAS

haha macam sama je semua :p
sebenarnya sebab pakai spek. jadi muka boolat tak sesuai pakai shawl bila pakai spek. kalau tak pakai spek baru ada keyakinan nak pakai shawl

sekarang ramai dah orang jual online, jual shawl panjang yang boleh jadi labuh
ALHAMDULILLAH

artis dan blogger muslimah juga dah ramai sekarang ni
artis TASHA MANSHAHAR juga sudah memiliki perniagaan sendiri dan pakai tudung labuh jugakk. hee. alhamdulillah
DENA BAHRIN, IRINE NADIA, NUR AMIRAH
memang lebih sopan dan cantik bila pakai labuh kan?
^_^

disebabkan saya 'tokey' tudung jugak
orang selalu tanya tutorial pakai shawl macam mana?
pakai tudung ni macam mana?

serius saya tak pandai nak ber'tutorial'
kecuali kalau datang depan2, senang skit nak ajar tutorial hihi

tapi sejujurnya tak susah pun pakai shawl labuh ni

SHAWL SHIMMER daripada FLUFFY STUFF

boleh pilih macam2 warna disini

simple je cara pakai ni

saya tertarik dengan tutorial blogger femes ibu medina ni
sumber dari IRINE NADIA MARCELLO


panjang 2 meter dan lebar 0.75 meter sahaja shawl ini

hari tu masa buka booth di KTC
ada seorang customer datang. dia cakap badan dia sedikit berisi jadi tak sesuai pakai shawl, nanti tak cover dan tak labuh
lalu pun ajar cara2 pakai cara saya pakai
alhamdulillah beliau suka dan terus grad dua helai tudung
kawan dia yang tengok pun excited dan grab satu shawl shimmer ^^

senang jer, cuma nak dan tak nak atas diri masing2 je kan :)

ini pulak cara pakai shawl di bahagian muka boleh buat macam bawal
kalau rasa muka tak sesuai pakai macam shawl, boleh try macam tutorial NUR AMIRAH ini

gambar kredit to by NUR AMIRAH 11



SELAMAT MENCUBA :)

jom pakai shawl labuh 

Friday, November 7, 2014

Kad Kahwin MURAH

Assalamualaikum :)

dah menginjak 23 tahun ni lebih banyak jemputan kenduri kahwin dari jemputan hari lahir ya? (macam la pernah dapat jemputan hari lahir kan? haha)

tapi serius rasa macam 'muda' lagi tapi dah banyak dapat jemputan kahwin dan ada sahabat2 dah dapat baby pun. Alhamdulillah. rezeki masing2 kan?

well, ini bukan entri kad kahwin saya ya
cuma tertarik dengan satu design kad kahwin ni
KREATIF habisss

memandangkan dah lama tak tengok kertas ujian UPSR ni, jadi kad kahwin memang menarik untuk beri nostalgia kepada yang lupa macam mana bentuknya haha

kalau nak upgrate sikit, print je atas kertas warna biru. jadi macam kertas SPM kan?

dan yang menjimatkan, dan terrlajak jimat, buat satu design ni lepas tu fotostat jer. jadi 10sen je sekeping. tak ke murah tu haha
guna kertas A4 jer. habis cerita :p




unik betul gambarajah dia. memang betul2 macam kertas exam daa

~terima kasih kerana sudi baca~



Thursday, November 6, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum :)



setelah sekian lama tidak buka akaun blogspot ini akhirnya hari ini merajinkan diri update blog. yeay. tahniah untuk diri sendiri

jadi blogger tak boleh malas2 tau?

okay. disebabkan JERUK PAUH/MANGGA ASAM BOI ini menjadi popular di laman sosial dan juga tempatku, jadi cik wan pun cuba la buat jeruk ini



serius sedappp sangatt..sedap asam boi kot?

okay cara-caranya senang sangat

anda hanya perlu
-mangga 2 biji
-gula 3 sudu
-1/2 sudu garam
-asam boi dipotong2
-cili padi beberapa biji ikut nak pedas mana

gaul semua benda ini, simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 5 jam
lagi lama lagi best tauu


selamat mencuba :)

Sunday, September 7, 2014

Pengalaman First Booth Fluffy Stuff

Assalamualaikum :)



alhamdulillah baru selesai kerja2 buka booth untuk Fluffy Stuff di Baza Festival yang berlangsung pada 5&6 September bertempat di KTC KB

pengalaman first time buka booth memang best
mula-mula rasa takut jugak. entahlah, mungkin sebab first time kot nak buka booth dan jumpa dengan orang ramai
tapi alhamdulillah dipermudahkan segala hal dan dapat jumpa ramai orang dan bermacam gaya dan perangai

memang kena belajar dan kena paham dan tahu dan jumpa orang ramai kan? berapa banyak 'dan' daa

1. HATI KENA KENTAL
haha.yang ni memang lawak. harga buka booth memang lain dengan harga online. memang harga promosi giler2 dah bagi sebab tujuan buka booth ni pun nak bagi orang kenal Fluffy Stuff ni...mana la tahu lepas ni buka booth luar kelantan pula kan? insyaAllah amin :)
hati kena kental sebab orang tawar menawar.lagi2 yang datang tu peniaga jugak.haha. memang pening dibuatnya wuwuwu. rasa nak nangis disitu jugak! haha ini over

2. SENYUM SOKMO
yang ni memang la kan. kena senyum jer pada customer dan juga orang lalu lalang even orang tak senyum kat kita
ada customer datang tak senyum pun. kita pulak yang takut haha.

yang pengalaman best orang ajak bergambar. tiba-tiba rasa macam 'retis' bila orang ajak bergambar dan berselfie. memang suka bergambar cuma segan dengan orang tak berapa kenal. hehe.

yang part suruh ajar tutorial tudung dan shawl ni tiba2 jadi ketar2...tangan sejuk tak tau sebab nervous atau aircond? haha. tapi alhamdulillah boleh manage dengan baik :)

ada customer datang hari jumaat. hari sabtu datang lagi sebab nak beli lagi tudung. alhamdulillah :)

semistinya tudung dan shawl palestin paling laris :)

SEMOGA FLUFFY STUFF DAPAT BANTU ORANG MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

sebab ada pasangan suami isteri datang, baru kahwin kot, si isteri try tudung lepas tu tanya suami macam mana? dia cakap suami dia nak dia pakai tudung tutup bahagian depan. alhamdulillah terus grab 4 helai tudung dan shawl. suami dia pun sporting dan lawak. haha. kan pemilihan pasangan tu penting? syukur dapat suami macam tu, boleh didik isteri menutup aurat dengan sempurna kan :)

insyaAllah, plan for next future





Friday, June 20, 2014

Make Up Remover Mary Kay

Assalamualaikum :)

nak review satu benda hehe
sebenarnya saya tak biasa make up. serius tak pandai pun
biasa pakai compact powder skit2, lip balm dan eye liner (ni pun kalau rajin)

jadi, cikwan rasa dan memang patut setiap wanita ada make up remover dalam beg diorang
sebab apa?
sebab untuk menyenangkan tanggalkan sebarang make up lagi2 untuk solat

pernah tengok orang amik wuduk tapi make up still ada macam tu
sebab make up ada yang waterproof
macam eyeliner yang cikwan guna skrang ni dari SilkyGirl, memang waterproof 
memang susah nak hilangkan 100% dengan guna air sahaja

aritu pernah belajar dengan Ustazah Azizah di Masjid Ar-Ridho pasal air, wuduk dan lain2 lagi
Ustazah tekankan pasal wuduk ni.
air wajib kena kulit even kelopak2 mata semua kena sampai air tu

jadi bahayakan kalau mekap still ada kat muka? takut air tu xsampai

so far, make up remover mary kay ni terrrbaikk
sebab fokus sapu di bahagian mata dan bibir dan mulut
biasa kita tahu yang bahagian mata dan mulut lebih sensitif sebab bahagian tu tisu lebih lembut kan
jadi, memang best guna make up remover ni
best. tak berminyak

pastu cuci muka dengan pencuci dia
wuhuu

alhamdulillah

oh saya bukan penjual produk ni
hihi saja nak review sebab cikwan rasa kita wajib cuci betul2 muka sebelum angkat wuduk

peace
^_^




Friday, June 6, 2014

Pok Su Singapore Cafe Kota Bharu

Assalamualaikum :)

PokSu SINGAPORE CAFE
for me 3 out of 5

First time ke kedai ni bersama ma abah
kedai baru bukak

try makan yee mee hot plate
sedap! banyak lauk pulak tu tapi masalahnya panas lambat sejuk.
susah jugak la nak makan

ma makan mee sizzling. pun sedap. banyak lauk jugak

abah makan nasi goreng poksu
memang terbaikkk

korang patut cuba!

tempat bersih
selesa
makanan best
air sedap

parking pun senang

second p dengan kawan
makan mee tomyam
mak aihh. sedap! tapi pedas. cikwan tak makan pedas, lidah pure kelantan haha
jadi yang menghabiskan tomyam tu kawan cikwan laa
dia orang penang, memang tahan pedas kot :p

mee tomyan ^_^

ore kelate try la makanan sini

tempat di
PT 1087, JALAN LONG YUNUS, 15200 Kota Bharu

boleh klik link facebook ni untuk tahu lebih lanjut

https://www.facebook.com/poksusingapore?fref=ts

Sunday, June 1, 2014

Burger Mat salleh Kota Bharu

Assalamualaikum :)

nak review makanan best
sebelum kawan pernah cakap burger mat salleh ni best. so apalagi, memang saya akan gugel

burger mat salleh kota bharu susah sikit nak cari atau nampak sebab kedainya agak kecil
dan kedai tak ada signboard
kalau korang jenis yang tak biasa dengan jalan di KB ni, memang susah nak jumpa la
so, lokasinya terletak di JALAN SULTANAH ZAINAB, betul2 depan PROTON bersebelahan KINDOM ELECTRIC
kalau datang dari lampur isyarat tu, sebelum restoran syafie ye

sebab apa diberi nama mat salleh?
sebab suaminya mat salleh. memang betul2 pure mat salleh ye
yang buat burger tu isterinya. pure kelantan
sedap! serius. sedap lagi dari burger bakar haha
sebab daging tu dia buat sendiri

hari tu gi try burger ayam. mintak tak pedas tapi dia tersalah bagi pedas. memang pedas sangat!
sebab buh cili dalam daging tu

burger biasa RM7.00
tambah cili +RM1.00
tambah cheese +RM1.00


pastu kawan nak order spagethi lala sebab sedap sangat katanya tapi malangnya bukan musim lala, jadi tukar kepada spaghetti tuna

boleh la. not bad spaghetti dia

harga RM10.00


then saya nak try ABC special.sedap sebab ada aiskrim dan kacang badam ok. bukan kacang biasa tau
harga ABC biasa RM3.00
ABC special RM3.50

(tak ingat sebenarnya.ye kot harga tu hehe)


orang cakap waffle aiskrim dia best!
xpernah lagi
maybe lain kali?
insyaAllah ^_^

Review Makanan Cik Wan


Saturday, April 26, 2014

ESP Shaklee

Assalamualaikum :)

hari ni nak cerita pasal ESP Shaklee yang famous itu
ESP ni memang berasaskan SOY...kacang soya yang berperisa vanilla..ada satu perisa jer
jadi, cara minum, korang boleh la campur2 dengan prisa lain macam milo ke, jus ke, air putih biasa pun boleh TETAPI elakkan campur dengan minuman berkafein

lebih elok kalau guna shaker, shake2 kan ESP ni sebab biasa kalau kacau dengan sudu biasa dia akan jadi berketul-ketul tapi still boleh minum

first time minum ESP ni campur dengan milo rasa macam oat jugak.haha..tapi sedap la

ESP tak boleh amik melebihi 3 scoop sehari
setiap kali minum, satu scoop sahaja..berbaloi-baloi la sebab satu caster tu boleh tahan sampai 2-3 bulan sebab saya hanya minum sekali sehari iaitu waktu breakfast, kadang2 buat dinner

ESP ni untuk apa?
ini soalan biasa yang diterima :)
ESP ni memang bagus untuk kulit..nak jadi gebu2 ke..kulit cantik, boleh la try minum. tapi sekali minum terus jadi gebu memang TAK LAH kan...jadi, amalkan secara konsisten..buat apa2 pun misti konsisten kan.ISTIQAMAH :)

ESP ni jugak bagus untuk bagi tenaga.untuk jadikan kita lebih sihat dan cergas. tak ada lah lembik dan mengantuk sepanjang hari ye dak?

untuk diet. untuk subur. untuk tulang

lelaki dan perempuan boleh consume esp ni tau


ESP ni jugak boleh buat MASKER untuk muka okay!
syok sangat. kulit jadi lembut2 gitu

senang jer, campur ESP dengan yogurt sahaja

image from google


JADI, saya ada promosi ESP murah. harga memang best lah nak bagi
tapi hanya untuk 4 orang sahaja

BERAPA HARGA??

boleh contact saya untuk tahu harga ya :)

email : nurulhanini91@gmail.com

atau 

whatsapp : 019-9847550

harga best sangat tau..lepas ni tak ada dah :)

sekian ~~

Thursday, March 20, 2014

Cara Pengambilan Set Gain Weight

Assalamualaikum wbt :)

yang ni nak update set untuk gain weight sebab ada orang bertanya..memang saya tak amik la gain weight ni. saya kena consume turunkan berat badan! HAHA

ok mula-mula tu nak suggest kepada nak berat naik..awak boleh amik MEAL SHAKE, VITA-LEA dan B-COMPLEX




Selain itu, anda juga disarankan makan makanan yang mengandungi kalori, vitamin dan mineral tinggi..
Makan dengan keseimbangan yang tepat. Nisbah yang disarankan adalah 60-70 % karbohidrat, 10-15% protein dan sejumlah kecil lemak...



Apa yang menyebabkan seseorang itu terlalu kurus???
  • Memiliki tahap metabolisme yang cepat
  • Pengaruh faktor genetik
  • Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
  • Serta beberapa keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi tahap metabolisme atau dari hormon tertentu.

ini adalah kelebihan2 produk2 yang saya cadangkan: 

1.Meal Shake - Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.Secara basicnya, protin amat penting dalam proses menambah berat badan, kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh kerana protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat , nak kurus, nak cantik..kesemuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..


2.Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Supplement penting untuk diet yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.



3.B-Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badanBComplex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif sentiasa.

Untuk Jadual Pengambilan Set Gain Weight ini pula boleh ikut disini :

Untuk Breakfast :
Mesti makan pagi, jangan nak skip breakfast tau! yelah, kata nak naikkan berat, kenalah makan...makan apa pun tak kisah. macam nasi goreng, nasi lemak, nasi berlauk tapi wajib lah ada sumber protein macam daging/ayam.telur/ikan
kemudian minum satu gelas susu dibancuh dengan satu sudu mealshakes
Makan Bcomplex (1biji) dan Vitalea (1 biji) bersama air kosong

Minum Pagi:
Makan Roti dan Minum satu gelas susu

Lunch pula:
Makan Nasi dan ikut kumpulan bergizi seperti biasa seperti sayur, ayam/ikan/daging..Makan macam biasa, tak perlu banyak pun tak apa

Minum Petang:
Makan roti dan minum satu gelas susu dibancuh dengan 1 sudu meal shake

Makan Malam:
Sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak pun tak apa. Kemudia makan Vitalea 1 biji bersama air masak

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping. Minum susu 1 gelas



PERATURAN /RULES
Senaman sehari 10 minit paling kurang...tak perlu melakukan senaman yang berat. Cukuplah dengan mengangkat botol air mineral yang 500 liter tu. isi air dlm tu. angkat mcm angkatberat. Ataupun skipping atau apa-apa senaman untuk membina otot badan dan Jangan makan makanan ringan dan ikut jadual ni selama sebulan

dan jangan lupa minum air masak banyak-banyak!!



Hubungi saya Hanini:

SID : 111506
SMS/Whatsapp : 019-9847550
Fanpage FB : FluffyStuff
Email : nurulhanini91@gmail.com