Friday, August 10, 2012

my abah give me this.so sweet :)



IMAM AL-GHAZALI

PESANAN KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DI HARI PERKAHWINANNYA


Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...

sEmOgA mNjAdi IsTeRi YG sOLeHah


p/s: tapi abah, saya single dan tak kawen lagi. saya kan anak yang comel kepada abah dan ma. dan selamanya gini kan? wuwuwu.besar dah rupanya saya ni T__T

Friday, July 20, 2012

minggu ke 3 my praktikal: kursus AI di Bachok




so, ni kesimpulan untuk minggu ketiga saya di Bachok la kot
malas nak ulas panjang
kursus Artificial Insemination ni di buat ke atas lembu.
sehari jer sebenarnya kami kursus dan ia adalah percuma!

alhamdulillah
terima kasih Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan ^^

tapi kami hanya di ajar AI sahaja tapi tidak dibenarkan buat AI lah kan.
just buat PD=pregnancy diagnosis jer. dan sentuh cervix dia jer

semua orang buat okay! termasuk saya.
TAPI
anugerah pemerhati terbaik dan budak paling penakut goes to ME.yeay for that!

orang lain buat 2 3 lembu.saya buat satu jer lembu.tu pun xrasa sangat cervix dia. dan ring2 dia.
yang PD pun xrasa anak dia sebab susah nak masukkan tangan dalam dubur lembu tu.
aish.sabor jer lah.

not for cooking okay
ni just nak demonstrate sebelum memasukkan tangan ke dalam perut lembu



si budak ungu tengok jer orang buat.aish ~.~!

Sunday, July 15, 2012

Al-Quran Pen Digital VIDEO





Menarik Pen Quran Digital model ni. Ada penggunaan WORD by WORD, ada 7 bacaan Qari terkenal, ada terjemahan 3 bahasa, boleh rekod suara dan macam-macam lagi.

JOM la tonton video2 ni. moga ada manfaat untuk semua.



Item-item Dalam Al-Quran Pen Digital


Fungsi-fungsi Yang Ada Dalam Al-Quran Pen Digital


Cara Menggunakan Pen Digital Bersama Al Quran


Cara Menggunakan Pen Digital Bersama Naskah Kecil


Cara Menggunakan Pen Digital Bersama Index Surah


Cara Charge Pen Digital


Cara Memasukkan File MP3






produk my Qalam berharga RM290.00 dengan penghantaran PERCUMA!


my qalam


p/s:PM saya untuk tanya lebih lanjut. nurulhanini91@gmail.com

Saturday, July 14, 2012

Second Week of MY Practical




alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih menghidup aku sehingga hari ini
esok, Ahad dah kena masuk kerja balik (praktikal lah)
third week dah. fuh fuh cepat betol masa berlalu

yang mula-mula masuk jabatan ni rasa macam "arghh boringnya duduk sini"
lama-lama rasa cam best pulak! staf-staf serius sangat sporting even pengarah pun
pengarah jabatan tahu kitorang ni tahu kami suka ber-fesbuk, dia bagi jer kita nak bersosial dalam alam maya walaupun waktu pejabat. :)
kecuali ada kerja lah
then hari tu pengarah adakan perjumpaan bersama 'budak budak student praktikal' ni haaa
siap ajar kiotrang main game lagi ^^

teach us how to play scrabble 


well, second week ni saya bersama team saya, 2 orang lagi sahabat iaitu Sarah dan Fatin ditempatkan di unit kesihatan iaitu bahagian klinik haiwan
for me, itu sangat sangat best ok! sebab saya sangat suka kucing (tapi CUTE cat only) haha. demand kot~
saya boleh jumpa kucing-kucing yang gebu. pelanggan ramai jugak yang datang bawak binatang (basically kucing la)

comel.cute.active ^^


kucing orang kaca rasanya nih


biasanya penyakit berak cair disebabkan cacing dalam perut, so ni just bagi kucing minum ubat jer
penyakit kurap, kucing kena inject
kutu, bulu luruh ke bulu tanggal? eh?
patah kaki pun ada.
dan dan dannnn cucuk perangcang pun ada. kesian weh kucing tu takde keturunan T_T

nak mematikan terus pun ada if kucing tu dah penyakit xleh nak sembuh, daripada kesian tengok dia sakit kan

hari selasa rabu dan khamis kami ditugaskan ke Tumpat untuk inject lembu-lembu disana
tapi bukan kami lah yang inject, kami just pembantu dan pencatat setia sepanjang 3 hari itu
tapi saya just pergi 2 hari sahaja, selasa dan rabu sebab kitorang dibahagi kepada kumpulan
di Tumpat ada banyak kes penyakit kuku dan mulut, so inject vaccine untuk langkah pengcegahan kepada lembu lembu tersebut
Kg Geting Tumpat


hari khamis, sempena dengan 5 S yang diterapkan di jabatan itu, kami semua kena gotong royong bersama staff disana
sangat mengeratkan silaturrahim ^^


ini adalah puyuh

dan pengarah ajar kami cara-cara untuk kahwinkan pokok bunga kertas a.k.a kacukkan pokok tu lah.




5S is the name of a workplace organization method that uses a list of five Japanese words: seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke-wikipedia


Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

sekian :)


nak tau lebih lanjut? BOLEH KLIK DISINI


Friday, July 13, 2012

Fatwa Rokok HARAM



ok sebelum itu nak cakap awai-awai jangan serang saya ya pasai ni
bukan saya yang keluarkan fatwa ni, ni Islam yang cakap ROKOK HARAM

hah, mentang-mentang saya memang anti orang merokok ni, ada pulak yang cakap macam2.rilek2 sudaa~
dan awok2 yang merokok tu xpayah nak contribute asap tu kat orang lain, orang lain xnak terlibat sama! merokok ditempat awam, di kedai makan sangat sangat kurang ilmunya.heh~


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haramdari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

so, apa yang kamu perlu lakukan? stop merokok la. yer cakap memang senang tapi boleh punya! my dedi can, why u cannot. jangan jadikan alasan susah nak stop.

Merokok dari pandangan ISLAM  click here for more information okay~


insyaAllah sama-sama kita sebarkan


nak tau lebih lanjut? BOLEH KLIK DISINI