Saturday, July 14, 2012

Second Week of MY Practical




alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih menghidup aku sehingga hari ini
esok, Ahad dah kena masuk kerja balik (praktikal lah)
third week dah. fuh fuh cepat betol masa berlalu

yang mula-mula masuk jabatan ni rasa macam "arghh boringnya duduk sini"
lama-lama rasa cam best pulak! staf-staf serius sangat sporting even pengarah pun
pengarah jabatan tahu kitorang ni tahu kami suka ber-fesbuk, dia bagi jer kita nak bersosial dalam alam maya walaupun waktu pejabat. :)
kecuali ada kerja lah
then hari tu pengarah adakan perjumpaan bersama 'budak budak student praktikal' ni haaa
siap ajar kiotrang main game lagi ^^

teach us how to play scrabble 


well, second week ni saya bersama team saya, 2 orang lagi sahabat iaitu Sarah dan Fatin ditempatkan di unit kesihatan iaitu bahagian klinik haiwan
for me, itu sangat sangat best ok! sebab saya sangat suka kucing (tapi CUTE cat only) haha. demand kot~
saya boleh jumpa kucing-kucing yang gebu. pelanggan ramai jugak yang datang bawak binatang (basically kucing la)

comel.cute.active ^^


kucing orang kaca rasanya nih


biasanya penyakit berak cair disebabkan cacing dalam perut, so ni just bagi kucing minum ubat jer
penyakit kurap, kucing kena inject
kutu, bulu luruh ke bulu tanggal? eh?
patah kaki pun ada.
dan dan dannnn cucuk perangcang pun ada. kesian weh kucing tu takde keturunan T_T

nak mematikan terus pun ada if kucing tu dah penyakit xleh nak sembuh, daripada kesian tengok dia sakit kan

hari selasa rabu dan khamis kami ditugaskan ke Tumpat untuk inject lembu-lembu disana
tapi bukan kami lah yang inject, kami just pembantu dan pencatat setia sepanjang 3 hari itu
tapi saya just pergi 2 hari sahaja, selasa dan rabu sebab kitorang dibahagi kepada kumpulan
di Tumpat ada banyak kes penyakit kuku dan mulut, so inject vaccine untuk langkah pengcegahan kepada lembu lembu tersebut
Kg Geting Tumpat


hari khamis, sempena dengan 5 S yang diterapkan di jabatan itu, kami semua kena gotong royong bersama staff disana
sangat mengeratkan silaturrahim ^^


ini adalah puyuh

dan pengarah ajar kami cara-cara untuk kahwinkan pokok bunga kertas a.k.a kacukkan pokok tu lah.




5S is the name of a workplace organization method that uses a list of five Japanese words: seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke-wikipedia


Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

sekian :)


nak tau lebih lanjut? BOLEH KLIK DISINI


Friday, July 13, 2012

Fatwa Rokok HARAM



ok sebelum itu nak cakap awai-awai jangan serang saya ya pasai ni
bukan saya yang keluarkan fatwa ni, ni Islam yang cakap ROKOK HARAM

hah, mentang-mentang saya memang anti orang merokok ni, ada pulak yang cakap macam2.rilek2 sudaa~
dan awok2 yang merokok tu xpayah nak contribute asap tu kat orang lain, orang lain xnak terlibat sama! merokok ditempat awam, di kedai makan sangat sangat kurang ilmunya.heh~


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haramdari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

so, apa yang kamu perlu lakukan? stop merokok la. yer cakap memang senang tapi boleh punya! my dedi can, why u cannot. jangan jadikan alasan susah nak stop.

Merokok dari pandangan ISLAM  click here for more information okay~


insyaAllah sama-sama kita sebarkan


nak tau lebih lanjut? BOLEH KLIK DISINI

Tuesday, July 10, 2012

my target this ramadhan to complete read Al-Quran. but how?






insyaAllah
moga Allah permudahkan walaupun dalam keadaan praktikal
^_^

Ramadhan ♥
May Wan Nurul Hanini have better Ramadhan this year
amin!

Monday, July 9, 2012

first week practical



sebenarnya ni dah masuk second week practical tapi tak pelah, ni baru ada kerajinan nak kongsi pengalaman practical yang OSEM itu!

first2 sebelum masuk praktikal ni, ingatkan kami berenam jer yang praktikal kat sana, Pusat Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. rupanya ramai sangat kat sana. ada daripada U lain. yang dah seminggu kat situ pun ramai dah. alhamdulillah kami ditempatkan di jabatan bukan di makmal. di jabatan ni, memang tak de yang sangkut paut dengan course kitorang la kan tapi nak cari pengalaman, go on jer lah. tak kan nak duduk dalam makmal jer.

kami ramai! sampai staff kat situ pun pening tengok budak praktikal ramai sangat. minggu lepas muka-muka lain, minggu ni muka baru pulak. sabor jer lah kan.

2/7/2012-Isnin
first day praktikal
bukan main berdebor lagi rasa takut nak praktikal ni tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.
hari first, kitorang diberi briefing mengenai jabatan tu dan matlamat diorang untuk budak praktikal ni. at the end of our practical we have to present our experience and project (oh my! ni paling tak suke T_T)
kami dibahagikan kepada 5 unit iaitu unit pedaging, unggas, argonomik, kesihatan dan pembakaan.
so, hari ini berlalu dengan begitu saja. tahap keboringan yang melampau-lampau sampai kitorang boleh pergi makan nasi air kat luar nun jauh disana~
sebab nak tunggu pukul 5 petang




3/7/2012 Selasa
second day...
erm.hari ini pun tak banyak buat kerja. boring jugak tapi petang tu kitorang OT=overtime. balik pukul 6 petang. my ayahanda bukan main risau lagi sebab balik lambat, fon pun selalu jer mati (yelah, asyik on9 jer).
petang tu kami ke PESTA FLORA di Pengkalan Chepa untuk persiapan. so, memang kena angkat pasu, baja semua tu lah.



4/7/2012 Rabu
third day...
hari ini tak banyak jugak buat kerja, cuma belajar daripada slide la.
tentang penyakit-penyakit haiwan masa dia bunting, bersalin dan sebagainya
belajar pasal Artificial Insemination (AI) dan Pregnancy Diagnosis (PD)


5/7/2012 Khamis
forth day...
Alhamdulillah banyak ilmu hari ini dapat
tentang pembakaan (BAKA) dimana kami dibawa ke ladang untuk tengok lembu-lembu kena AI
basically, AI ni adalah cara untuk memasukkan semen dari baka yang baik (biasa di ambil dari luar negara) ke dalam ibu tumpang. biasanya lembu kampung la guna. sebab tu dia tak 100% baka dari luar negara.
memang mantop la lembu-lembu hasil AI ni.
dan cara AI ni dia panggil hubungan di luar tabii

tapi, sebelum buat AI ni, kena buat PD dulu dimana untuk mengesan ibu tu bunting ke tak.
kalau tak bunting, boleh masukkan semen tu

p/s:serius kesian tengok lembu tu kena AI T_T

encik Lan


sumber cik wikipedia...
Artificial insemination (AI) is the deliberate introduction of semen into a female for the purpose of fertilisation, by means other than ejaculation directly into the vagina or oviduct.
Artificial insemination may employ assisted reproductive technology, donated sperm, and/or animal husbandry techniques.




syringe

syringe ni la digunakan untuk mencucuk semen ke dalam uterus lembu tu.




saya ada rambut kerinting!

percaya tak lembu ni baru setahun? besar MOK




ok sekian ^^

Saturday, July 7, 2012

kain telekung tak wajib pakai untuk solat




ehem!

pelik jugak manusia sekarang ni, kalau muslimat solat tak pakai telekung, dia orang tengok pelik jer. macam budak tu buat kesalahan besar jer. nak solat pun tak tenang. ya bukan semua orang akan pandang pelik tapi kebanyakkannya begitu lah.

sebab apa?

sebab kita dah memang set dalam minda/akal/otak kita yang kalau nak solat MISTI pakai telekung! baru sempurna. walhal, pakaian menutup aurat pun dah okay!
pemakaian telekung hanyalah budaya
Allah yang akan menilai awak-awak sekalian.
sebab tu la sesetengah orang tak solat kalau musafir, alasannya tak bawak kain telekung OR tempat solat tu tak sediakan kain telekung.

Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai, kuning dan sebagainya

herm..macam mana tu?

gambar hiasan daripada google


lagi satu hal, kain telekung tak semistinya warna putih. oh pelis lah korang. berfikiran terbuka sikit boleh.
tapi betul jugak apa yang mak saya cakap, kain telekung tak boleh berwarna pastu xleh ada munga-munga banyak2 nanti orang cakap apa.

so, kita kena ikut orang cakap la ea???


Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.


Islam tu mudah bukan ^^
so, jangan kita susahkan

Islam juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada