Wednesday, May 25, 2011

munajat cinta-taufiqurrahman al-Azizy

assalamualaikum wbt~



baru jer khatam buku MUNAJAT CINTA ni...
hurmm..lagi-lagi pasal cinta kan? tapi aku bukan mencari cinta yang itu...ini cinta untuk mengenal diri sendiri...dia mencari diri sendiri..mengenal Islam...mengenal apa-apa yang belum pernah dia pelajari...
macam diri aku yang lemah ni lah...aku masih mencari...mencari siapa? ya...diri aku la..siapa lagi... (jadi ikut-ikutan cakap indonesia sebab buku ni dalam bahasa indonesia tapi boleh dipahami)

sinopsis skit pasal citer ni....

“Sudahkah engkau temukan dirimu, Ayda?”

“Sudah, Ayah. Insya Allah….”

“Jadi, siapa dirimu?”

“Saya bukan siapa-siapa….”

“Alhamdulillah, kalau begitu. Lalu, apa yang engkau lihat sekarang?”

“Saya melihat kebenaran firman-Nya bahwa Dia telah menciptakan manusia dengan seindah-indahnya. Sayang sekali, keindahan ini sering kali dibuat buruk oleh manusia itu sendiri….”

'Terpujilah Allah kita, Nak. Semoga Dia mengaruniai ketabahan dan kesabaran pada kita. Sudah siapkah engkau jika sewaktu-waktu Allah memanggil ayahmu ini?”

“Cepat atau lambat, saya pun akan menghadap-Nya, Ayah….”

Itulah petikan percakapan terakhir Ruwayda dan ayahnya. Ruwayda, seorang gadis yang diberkahi dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga kaya, tiba-tiba harus berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bangkrut! Cita-citanya untuk menjadi mahasiswi kandas. Hampir setiap hari kedua orang tuanya terlibat pertengkaran karena utang dan kekurangan. Jiwa Ruwayda terguncang. Kebangkrutan telah memorak-porandakan keharmonisan cinta ayah dan ibunya.

Di atas tanah pekuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda sampai pada kondisi kejiwaan yang amat kritis! Antara menjadi pelacur agar bisa memperoleh uang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara ini. Ia kehilangan pesona imannya sebagai muslimah gara-gara belenggu uang, cinta, harga diri, dan ke-bahagiaan.

Novel religius ini menuturkan dengan sangat kuat pergulatan jati diri penuh liku seorang gadis mencari kesejatian hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh intrik, kemelut, tegangan, getaran, kasih sayang, sekaligus air mata….

tapi munajat cinta ni ada MUNAJAT CINTA 2...tak beli lagi tapi insyaAllah akan dibeli..tunggu saja...:)


"Cinta kalau bertunjangkan agama akan membuahkan kebahagiaan walau pahit di mata dunia. Usaha Taufiqqurahman al-Azizy menulis tentang cinta menurut perspektif agam perlu dipuji." - Imaen, novelis Gurindam Jiwa, Vendetta dan Labyrinth

Munajat Cinta 2: 
Ruwayda melaju pada sebuah titik pencarian yang begitu me-rindukan kedamaian, ketenangan, kepasrahan, dan kebahagiaan dalam hidupnya, di tengah pergolakan pemikirannya, dan juga di antara untaian air mata (bahagia dan duka) yang tiada henti mendera oleh peristiwa-peristiwa yang mengharukan, mendebarkan, menggetarkan, bahkan nyaris merenggut kegadisannya!!!
Baginya, pencarian adalah sebuah upaya agar batin dan jiwa tidak mudah ter-guncang, demi mengenal Allah, memahami cinta dan kasih-Nya, memahami takdir-Nya, dan memahami pentingnya rasa ikhlas hanya kepada-Nya. Sungguh, betapa nikmat mampu merasakan cinta kepada-Nya, rindu kepada-Nya, dan dzikir kepada-Nya.


Inilah novel religius terkini karya Taufiqurrahman al-Azizy, Munajat Cinta 2, yang akan menjawab semua kegelisahan ribuan pembaca Munajat Cinta 1. Sangat memikat, penuh hikmah, dan motivasi kehidupan. 
p/s: pasni nak baca HANYA TUHAN YANG TAHU pulak :)

Tuesday, May 17, 2011

doa untuk jauhkan dari fitnah dajjal!!

assalamualaikum wbt~



10 ayat pertama ayat al-kahfi
hafal dan amalkan...

(xleh nak hafal lagi..xingat sokmo T__T)



dan doa ni...amalkan selepas solat..:)

insyaAllah selamat semua...

ok, tata!

Wednesday, May 11, 2011

RABIATUL ADAWIYAH

assalamualaikum wbt~


buku srikandi ni dah lama dah cari sebenarnya..tapi baru jumpa kat pesta buku antarabangsa hari tu..yeay~
syukur alhmdulillah...
sebab apa nak baca sangat buku ni? sebab dia srikandi yang hanya mencintai Allah..dia hanya kenal Allah..
Allahurabbi...diri ni jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan srikandi2 dahulu..mungkin dirini hanya sekecil kuman ataupun habuk! T_T

dia idola saya! PERINDU CINTA ABADI :) 

tapi mampukah aku sekuatnya? TAK! aku seorang yang lemah~!

CINTA RABIATUL 'ADAWIYAH

Tanpa aku sedari, ada air mata bergelinangan di mata..menginsafi kisah keagungan seorang serikandi yang mengabdikan seluruh hati, seluruh diri, seluruh cinta, seluruh hidupnya kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah swt...

Cintanya yang amat kukuh kepada Allah membuatkannya tidak menghirau sesiapa..Rabiatul Adawiyah, serikandi yang tercipta.

Di dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang tiada bandingan kepada Allah swt sehingga menolak untuk berkahwin. Hidupnya berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang kekal..aku mengambil iktibar daripada kisahnya, agar menjadi pedoman hidup.

Nama ini sinonim dalam sejarah dunia .

>>> Rabi'ah binti Ismailal-Adawiyah terkenal dalam sejarah Islam.

>>> Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrahdi Iraq.

>>> Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.

>>> Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.

Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telahmempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya dihadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari (Masya Allah)

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

•Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernahghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah.
Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.

Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya ..

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yangmencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takutkepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan MahaMulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal duniapada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.

Moga-moga Allah meredainya dan membimbing kita untuk mencari cinta ILAHI, amin!

Sunday, April 17, 2011

bukit broga sudah ku tawan

assalamualaikum wbt pembuka bicara~

semalam kak zul mesej ajak join daki bukit broga..apa lagi peluang ni jangan lepaskan...
well, macam biasa la kan, cakap pukul 4 pagi tepat kena kumpul...then dekat 2 jam tunggu orang baru leh gerak..nasib baik bleh sabar~~
5 buah kereta+3 motor rombongan ke bukit broga...


pengalaman pertama: sembahyang atas tanah kat kelapa sawit tu...berlapikan surat khabar jer..nasib baik masa tu ada wuduk lagi..
lepas tu bermula daki bukit...mula2 bukan main semangat..sampai tengah-tengah dah semput..HAHA
tu la xpernah exercise tiba2 naik bukit...tapi bukan kitorang jer, ada jer budak laki mana ntah semput jugak..WAHAHA (jahat betul gelakkan orang)
sampai pukul berapa ntah kat atas tu tapi bukan puncak lagi..makan2 bihun dan rehat2 dulu...orang lain dah tak larat nak naik ke puncak...



bihun kak zul :)

lepas makan+amik gambar...apa lagi, mendaki lagi sampai puncak! yeah bangga giler dapat naik puncak tu..letih kot..dekat tanah yang licin tu..
ai..pengalaman2...dah la pakai kasut lab..
nak turun bukit sangat2 sakit kaki..nasib baik selamat sampai bawah tu..alhamdulillah :)

gambar dari atas...

muka bangga dapat sampai naik atas..hee

pengalaman yang amat best!
then bergerak ke sungai tekala...
pukul 2 petang sampai kolej...lepas tuuuuuu....PENGSAN sampai petang...heee

terima kasih kepada pihak terlibat...+pengisian yang sangat best! alhamdulillah....

BUKIT BROGA...
sungguh cantik pemandangan dari atas bukit...subhanallah..

Sunday, January 30, 2011

tips untuk elakkan fitnah al-masih ad-dajal

assalamualaikum semua!
ini satu perkongsian, jom amalkan! dan doakan saya supaya terus istiqamah...(lara betul sekarang ni...hurmm)

TIPS 1: DOA

Ya Allah selamatkan kami dari azab kubur,dan selamatkan kami dari azab jahannam,dan selamatkan kami dari fitnah kehidupan dan kematian dan selamatkan kami dari fitnah dajjal al masihi..
wallahualam...


TIPS 2 : SURAH AL-KAHFI

barangsiapa menghafal 10 ayat pertama al-kahfi, dia dilindungi dari fitnah al-masih ad-dajjal (sahih muslim dr Abu Darda’)
ni lah penceramah malam tu..yang tengah tu bukan, dia moderator or "pendebat" pada malam itu...:)
tengkiu ustaz syaari dan tuan khalid sebab bagi input yang sangat menarik...orang pun ramai yang datang sampai penuh dewan...