Saturday, December 22, 2012

Al-Quran tidak hancur selepas digilis bulldozer israel


Assalamualaikum wbt...

Semasa operasi menghancurkan Masjid Al-Mafqara oleh tentera yahudi laknatullah di Hebron (4/12/2012) semalam, berlaku sebuah kejadian yang menakjubkan.
 
Al-Quran yang digilis oleh bulldozer bersama dengan benda-benda yang lain tidak rosak atau bahkan tidak hancur.



Kitab suci itu masih utuh tanpa ada cacat sekalipun. Padahal semua benda yang berada di dalam masjid hancur.
Ketika berlaku operasi untuk memusnahkan masjid, para penduduk Palestin di wilayah itu bertindak melawan. Teriakan takbir mengema di mana-mana oleh kanak-kanak dan juga orang tua.
Masjid ini sebelum ini pernah dihancurkan pada tahun 2011. Yahudi laknatullah sendiri sudah mengeluarkan perintah merobohkan masjid itu pada tahun 2003.
Pada bulan Jun tahun ini, penduduk kampung dan aktivis antarabangsa cuba untuk membina masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera yahudi zionis laknatullah.
Pemerintah yahudi akan membuat zon latihan ketenteraan di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lain.
 via detikislam

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKHBAR

ALLAH MAHA HEBAT!

Thursday, December 13, 2012

tears of GAZA

assalamualaikum wbt :)

tears of gaza ataupun tangisan gaza

sebenarnya, semalam 12/12/12 pergi tengok satu tayangan mengenai gaza. tajuk tayang dia TEARS OF GAZA la.
haa, kan pengacara tu cakap awal2 sediakan tisu dulu, kang dah nangis2

sedih kot tengok tayangan tu. nangis laju2 nasib baik gelap dalam dewan tu :D
situasi sebenar di gaza. tu waktu 2008 kalau tak silap
mak ayah adik beradik lain mati depan mata mereka jer. dibom hingga jadi serpihan. ya Allah, aku terbayangkan yang aku berada disana.
diorang Allah kurniakan jadi istimewa. eh bukan istimewa yang tu. diorang hebat. semangat juang diorang. dan walaupun kehilangan saudara mara yang lain, diorang boleh bercerita dalam keadaan bersahaja tanpa tangisan ataupun mimik muka minta belas kasihan pun. masha Allah.

tertarik dengan cerita seorang ustaz ni (eh tapi dia cakap dia bukan ustaz tapi lupa nama dia so panggil ustaz jer lah). dia pernah g gaza dua kali dah. yang baru2 ni pergi bersama-sama afdlin semua tu kali kedua dah.  dulu waktu dia pergi, sy tertarik beliau bercerita tentang semangat budak2 disana. budak disana, kalau dapat coklat, dia akan kongsi dengan semua kawan2 dia yang ada disana biar semua rasa walaupun sikit2 sorang.

diorang tak perlukan kita tetapi kita yang perlukan diorang

semangat diorang dalam membangun, tak pernah putus asa
melayan tetamu dengan sangat baik
bak kata afdlin, dan yang lain2, rakyat kat sana TAK PERNAH TAK SENYUM. semuanya sentiasa senyum dan bertegur sapa.

menyambut tetamu malaysia macam keluarga mereka sendiri. sebab tu orang pergi sana, rasa happy dan nak pergi lagi walaupun tu kawasan perang

KAGUM

palestine will be FREE! insya Allah.

Friday, December 7, 2012

berfesyen mengikut syariat

Berfesyen hendaklah mengikut syariat


Sabda Nabi saw : ” Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dan dinilai sahih oleh al-Albani).

Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Nabi saw diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Penyempurnaan akhlak ini adalah melalui contoh dan teladan mulia yang ditunjukkan oleh Baginda kepada umatnya atau disebut sebagai qudwah hasanah.
Dalam hal ini Allah swt telah berfirman :
“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulallah itu peribadi yang mulia”. (al-Ahzab:21).

Antara akhlak-akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw adalah dengan menjaga penampilan diri Baginda di hadapan khalayak ramai. Hal ini termasuklah bagaimana ‘fesyen baginda’ ketika berpakaian.



Adakah salah untuk kita berfesyen? 
Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah swt menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah.

Daripada Abdullah Ibnu Masud ra beliau mendengar Rasulallah saw bersabda:

“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah”. 

Maka telah berkata seorang lelaki kepada Baginda:”Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik”.

Balas Baginda saw :”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong meleyapkan kebenaran dan merupakan kehinaan kepada manusia”. (Riwayat Imam Muslim).
Daripada hadith ini jelas menunjukkan bahawa Rasulallah saw tidak melarang seseorang manusia itu untuk memperagakan fesyen malah Baginda menerangkan bahawa Allah itu sifatNya cantik dan suka akan kecantikan. Namun Rasulallah saw melarang jika seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakat sekelilingnya. Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila. Sesungguhnya Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslim mahupun muslimah dalam berpakaian.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam berfesyen ialah: 

1) Memastikan pakaian tersebut menutup aurat.
Apakah itu aurat? Aurat berasal daripada perkataan arab yang bermaksud aib atau kekurangan pada sesuatu benda. Apabila menyebut mengenai aurat dalam berpakaian ialah kawasan anggota yang perlu dijaga dan ditutup oleh setiap orang Islam daripada dilihat oleh orang lain. Tujuan utama diwajibkan menutup aurat ke atas umat Islam adalah semata-mata untuk memelihara dirinya dan orang lain daripada perkara-perkara buruk yang menjerumuskan mereka ke dalam lembah dosa. Aurat bagi seseorang lelaki adalah di antara kawasan pusat dan lututnya. Manakala bagi seseorang wanita pula auratnya ketika bersama dengan bukan mahram adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya.

2) Tidak memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan si pemakai secara jelas.
Antara adab ketika berpakaian adalah memakai pakaian yang tidak ketat yang menampakkan bentuk tubuh si pemakai terutamanya kepada kaum wanita. Dalam hal ini Nabi SAW telah menyatakan sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya bahawa antara golongan yang akan diazab oleh Allah dalam api neraka adalah golongan perempuan yang disebut ‘Kaasiyat Aariyat’ iaitu wanita-wanita yang memakai pakaian dengan mendedahkan sebahagian bentuk tubuhnya. Salah seorang ulama’ terkenal iaitu Sheikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin ketika mengulas hadith ini beliau menyatakan bahawa yang dimaksudkan golongan ini antaranya perempuan yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada dengan pakaian yang ketat, jarang mahupun terdedah sebahagian daripada tubuh badannya yang telah dilarang oleh syariat Islam. Bagi kaum lelaki juga mereka tidak digalakkan untuk memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh pada bahagian aurat mereka dan hukumnya adalah makruh sepertimana yang diterangkan oleh Imam al-Nawawi dalam karyanya al-Majmu’.

3) Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-ciri budaya orang bukan Islam.
Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada terikut-ikut dengan budaya negatif masyarakat bukan Islam. Hal ini termasuklah ketika berpakaian dan memperagakan sesuatu fesyen. Nabi saw telah melarang kita daripada terikut-ikut dengan budaya luar yang kadang kala mampu menggugat akidah dan akhlak umat Islam terutamanya di kalangan para pemuda-pemudi.
Dalam sebuah hadith Nabi saw pernah bersabda: ” Sesiapa yang terikut-ikut dengan gaya hidup sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut” (Direkodkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi). 
Hadith ini melarang umat Islam daripada terikut-ikut dengan budaya luar yang bersifat negatif termasuklah dalam berpakaian. Antara ikutan negatif yang berlaku seperti memakai pakaian yang mempunyai gambar salib, gambar-gambar yang tidak menutup aurat, bertindik pada anggota badan tertentu bagi kaum lelaki, melukis tatu dan lain-lain. Inilah realiti umat Islam akhir zaman sepertimana yang telah dinyatakan oleh Nabi saw :
“Sesungguhnya kamu akan mengikuti gaya hidup masyarakat selepas kamu (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekali pun nescaya kamu akan memasukinya”. (Hadith muttafaq alaih). 

4) Fesyen yang bertentangan dengan jantina si pemakai.
Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada menyerupai golongan yang berlainan jantina. Hal ini termasuklah dalam memperagakan fesyen. Hukum lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki adalah haram kerana ianya berlawanan dengan fitrah asal penciptaan seseorang manusia sama ada dalam tingkah laku dan juga pemakaian. Contohnya kaum lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian yang menunjukkan ciri-ciri kaum wanita seperti memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera. Begitulah juga mereka ditegah daripada memperagakan tubuh badan mereka dengan aksesori wanita seperti rantai emas, pewarna bibir, pewarna kuku dan sebagainya.

Nabi saw telah bersabda: “Sesungguhnya Allah swt melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Direkodkan oleh Abu Daud, al-Nasaie dan Ahmad). 

5) Mengelakkan daripada fesyen-fesyen yang keterlaluan daripada adat kebiasaan masyarakat setempat.
Nabi saw menganjurkan kita supaya bersederhana dalam segala perkara termasuklah ketika memperagakan sesuatu fesyen. Kita perlu mengambil berat dalam memilih sesuatu fesyen yang ingin diketengahkan. Antara larangan Nabi saw dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut sebagai pakaian ‘syuhrah’ iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya berbanding pakaian-pakaian kebiasaan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya perasaan sombong di dalam jiwa si pemakai.

Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian ‘syuhrah’ di dunia maka Allah swt akan memakaikannya dengan pakaian yang hina pada hari akhirat”. (Direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah). 

Kesimpulannya Islam tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen namun perlulah mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Malah kita digalakkan untuk menghias diri kita secara kemas, cantik dan sederhana. Persoalan penting juga adalah bagaimanakah niat kita ketika berfesyen? Dan kita sewajibnya menghiaskan fesyen kita yang diharuskan syarak itu tadi dengan penuh rasa ketaqwaan sepertimana firman Allah swt : “Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik”.
dipetik dari blog imam muda asyraf


untuk muslimah, silalah ke fanpage saya FLUFFYSTUFF insyaAllah banyak tudung yang memenuhi syariat yang dijual dengan harga yang berpatutan. 

thank you for reading! 

Thursday, November 15, 2012

Ciri-ciri orang munafik. perkongsian menarik dari seorang ustaz

:)
Bismillah.
Alhamdulillah.

semalam, 14 November 2012, dengar seorang ustaz ceramah mengenai dosa-dosa besar.
dan antara dua dosa yang tergolong dalam dosa-dosa besar adalah TIDAK AMANAH dan MENGUNGKIT-UNGKIT KEBAIKAN

orang yang tidak amanah adalah tergolong dalam orang yang munafik!

Ciri-ciri orang munafik adalah:
1. apabila dia bercakap, dia berbohong
2. apabila dia berjanji, dia memungkiri janji contohnya dalam berhutang. macam mana kamu berjanji dengan orang tersebut, tunaikanlah janjimu dan hutang perlu dibayara walaupun tidak diminta-Rasulullah pernah bersabda "tidak ada agama bagi orang yang memungkiri janji"
3. apabila dia diberi amanah, dia tidal melakukan amanah tersebut macam pecah amanah Rasulullah pernah bersabda "tiada iman bagi orang yang tidak melakukan amanahnya"


SOLAT itu amanah. amanah terbesar yang Allah bagi pada umatNya
PUASA, HARTA, KUASA, BARANG SIMPANAN semua itu amanah
dan JANJI itu sendiri amanah!

jangan main-main dengan amanah sebab Allah akan soal nanti. di akhirat nanti


dan Allah tidak memandang mereka yang mempunyai ciri-ciri dibawah ini masa akhirat nanti
1. orang yang melabuhkan pakaiannya terutamanya lelaki yang melabuhkan pakaiannya sehingga boleh sapu tahi ayam! dan ada juga manusia yang berpakaian labuh sebab menandakan kemegahan mereka. tapi ingat jangan pakai singkat sangat sampai nampak lutut kamu. paham?
2. orang yang mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan demi kepentingan dirinya. contohnya mengungkit sedekah dan sebagainya. (surah al-baqarah ayat 286)







sahabatku, hati-hati dalam BERCAKAP, hati-hati dalam BERJANJI, hati-hati dalam memegang amanah

Sunday, November 11, 2012

awak, saya bukan ustazah :)

^_^


“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin...


kredit to seorang ukhti dalam faceb00k :)