Thursday, September 20, 2012

Wanita yang haid, boleh ke masuk masjid?


 kredit to ustazah Fatimah Syarha :)


Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.

Perlu diperjelaskan juga... Ia bukan isu khilaf bagi orang yang belajar atau mengajar fiqah berpandukan pendapat-pendapat lama semata-mata. Iaitu berpandukan pendapat imam yang empat sahaja. Ia suatu isu khilaf bagi orang yang belajar dan mengajar fiqah dengan cara menghargai pendapat lama dan meraikan pendapat baru/kontemporari.

Dengan cara kedua inilah, saya belajar dan diajar tentang fiqah. Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini, beliau menjawab wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha'.

Namun beliau berkata lagi, "Ternyata saya telah membuat mereka berada dalam kesempitan dalam masalah yang sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan."

Beliau mengkaji nash-nash sahih, kuat dan jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yang tidak menghalalkan wanita haid dan junub masuk masjid itu penuh dengan sanad-sanad lemah dan tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum. Kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yang mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.

Saya dan jutaan muslimah serata dunia berbahagia memilih kemudahan ini. Jika ada di kalangan kalian yang tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama-sama berlapang dada. Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dengan hina-menghina

Tuesday, September 18, 2012

Wajib Ke Pakai Tudung Labuh?


Wajib Pakai Tudung Labuh?




Soalan:

Salam,saya ingin bertanya, adakah seseorang perempuan itu diwajibkan untuk memakai tudung labuh sehingga menutupi dada?Saya harap dapat dijelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.terima kasih.

Jawapan:

Soalan saudari ini mungkin berpunca daripada firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 (وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ ) yang terjemahannya (dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;)

Menurut at Tafsir at-Tobariy, ayat ini bermaksud: wanita hendaklah melabuhkan tudungnya ke hadapan supaya menutupi rambut, leher dan subang mereka.

Dalam tafsir al-Qurtubiy menyebut bahawa sebab turun ayat ini ialah wanita-wanita pada masa itu, meletakkan tudung di atas kepala dengan mengikatnya ke belakang. Dengan cara itu telinga, leher dan dada tetap terdedah. Maka Allah perintahkan supaya tudung di bawa ke depan agar tertutup bahagian-bahagian tersebut. Ini menunjukkan dada, leher dan telinga adalah aurat yang wajib ditutup. Cara menutupnya ialah dengan tudung kerana kebiasaannya baju yang dipakai oleh kaum wanita tidak menutupi bahagian tersebut. Kadang-kadang baju yang dipakai itu ketat. Walaupun menutupi sehingga ke leher, tapi masih menonjolkan bentuk buah dada. Sebab itu lebih sempurna kalau tudung itu dilabuhkan. Kalau baju itu longgar dan tidak kelihatan seperti membungkus anggotanya, maka tidak mengapa kalau tidak dilabuhkan tudung.

Apa yang penting, semua bahagian yang wajib ditutup itu tertutup. AllahuA’lam.

credit to facebook :) (lupa nama sape)

Thursday, September 6, 2012

Seorang Isteri Ingin Memandikan Mayat Suaminya



Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia..
Bapak mertua dgn polis forensik x bagi..
Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri..
Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami..
Ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah.. tersentuh hati cikwan baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

klau nak share post ni silalah :'(

p/s:nak janji macam ni jugak dengan encik somi. eh sejak bila ada suami? :p

Monday, August 27, 2012

ada masalah nak baca Al-Quran?



anda mungkin mengalami masalah ini?

-Bacaan tajwid kurang "pandai". Tak tahu mana Idghamnya, mana Izharnya. Selalu pakai redah je baca. Takde panjang pendek.

-Sambil baca Quran, mahu tahu tafsirnya samada dalam Bahasa Melayu mahupun English dengan cepat. Malas sikit nak buka tafsir semasa baca Quran.

-Mahu membaca Quran dengan gaya Qari-Qari hebat dunia, tapi tak tau bagaimana. Bukan senang nak belajar gaya bacaan Qari-Qari hebat ini...

-Mahu mengajar anak membaca Quran di rumah, masa selalu menjadi halangan. Ditambah lagi dengan keletihan selepas bekerja seharian. Nak hantar anak mengaji, susah nak cari guru.


dan ustaz pernah cerita ada yang tak tahu baca al-Quran, guna pen digital ni sampai dia boleh hafal surah2 tertentu.hebat kan?gunalah teknologi yang ada sekarang ini untuk kebaikan jugak kan?


nak tahu lebih lanjut boleh tekan SINI MY QALAM


nak ajar anak-anak belajar Al-Quran guna my qalam ni pun effective jugak!


Friday, August 10, 2012

my abah give me this.so sweet :)



IMAM AL-GHAZALI

PESANAN KEPADA ANAK PEREMPUANNYA DI HARI PERKAHWINANNYA


Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...

sEmOgA mNjAdi IsTeRi YG sOLeHah


p/s: tapi abah, saya single dan tak kawen lagi. saya kan anak yang comel kepada abah dan ma. dan selamanya gini kan? wuwuwu.besar dah rupanya saya ni T__T